Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, February 28, 2011

Hujan Duit Di Musim Pilihanraya

Kalau boleh biarlah setiap minggu ada Wakil Rakyat (terutamanya Dewan Undangan Negeri) yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan. Dengan cara ini setiap minggu ramai pula para menteri dan pemimpin parti turun ke padang, melawat kampung-kampung dan menaburkan segala macam bantuan kepada orang kampung, iaitu pengundi. Dalam masa pilihanraya, para menteri dan pemimpin ini "merayu" kepada orang kampung supaya mengundi parti mereka. Maka berkampunglah para menteri dan pemimpin kerajaan di tempat tersebut. Apabila menang sahaja pilihanraya, batang hidup mereka pun hilang. Bila orang kampung datang ke pejabat menteri, para pegawai menteri buat tak layan dan menteri pun tidak mahu bertemu dengan orang kampung (para pengundi). Inilah lumrah hidup dalam budaya politik Malaysia masakini.

Seminggu sekali kampung tersebut pun berubah wajah. Jalan raya diturap dengan tar atau diperbaiki, longkang tersumbat dibetulkan, projek itu dan projek ini dan berbagai lagi bantuan kepada orang kampung, ada yang dijanjikan dan ada yang dilaksanakan. Menteri-menteri, termasuk PM dan TPM tidak ada kerja di pejabat masing-masing kerana turun padang berkempen pilihanraya bagi memenangkan calon parti pemerintah. Perkara semacam ini tidak pernah berlaku di negara-negara lain kerana para menteri dan pemimpin sibuk dengan tugas rasmi negara, bukan sibuk kempen di sana sini.

Selamat mengundi kepada para pengundi DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka. Semoga anda menggunakan budi bicara dan tanyalah hati nurani sebelum anda memangkah mana-mana parti politik dalam pilihanraya kali ini. Jika anda salah pangkah, jangan salahkan menteri atau pemimpin jika mereka tidak membantu anda atau kampung anda selepas mereka menang dalam pilihanraya. Anda kena salahkan diri sendiri kerana andalah yang memilih pemimpin, bukannya pemimpin yang memilih diri mereka sendiri.

Tuesday, February 15, 2011

Bukti kewujudan Orang Melayu 1.8 juta tahun dahulu

Pada 10 Februari 2011, sepasukan pengkaji sejarah dari USM Pulau Pinang sudah mengesahkan bahawa tapak arkeologi yang ditemui di Lenggong, Perak telah diserahkan kepada Jabatan Warisan Malaysia untuk dihantar kepada UNESCO sebagai pengesahan bahawa kesan kependudukan di rantau ini telah dikesan bermula lebihkurang 1.8 juta tahun dahulu, iaitu lebih awal daripada teori Spencer yang mengatakan manusia di dunia ini berasal dari Afrika melalui teorinya, "Out of Africa." (Rujuk akhbar The Star, 14/02/2011). Di Muzium Negara, Kuala Lumpur pernah dipamerkan penemui tengkorak manusia yang berusia lebih 10,000 tahun dahulu di tempat yang sama di Lenggong, Perak. Kenapakah orang kita, khasnya pihak berkuasa lambat bertindak untuk melanjutkan kajian di bidang arkeologi dan antropologi berkenaan asal usul orang Melayu sebelum mereka itu berpecah menjadi suku-suku bangsa, seperti suku Jawa, Banjar, Bugis, Dusun, Kadazan, Iban, Batak, Rawa, Sunda dsb.

Saya akan menerbitkan sebuah buku tentang kajian saya, berjodol: "Malaiyana Mulayanam" iaitu Ajaran Melayu Mula Ajaran. Ia mengupas asal usul orang Melayu di Nusantara (sebelum itu, ia merupakan daratan besar yang memanjang sehingga ke Taiwan yang dikenali dengan nama Sundaland. Ada pula pihak yang mengataknya Kumari Kandam, atau Lemuria, atau Mu, atau Atlantis. Sebahagian besar dari daratan Sundaland itu telah tenggelam ke dalam laut disebabkan banjir paling besar berlaku akibat letusan gunung Batara Guru (sekarang menjadi Tasik Toba dan Pulau Samosir). Letusan ini menyebabkan sesetengah benua ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair yang menyebabkan air laut naik mendadak. Selain itu, rekahan perut bumi berlaku. Sehingga sekarang, Sumatera dan Jawa sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana rekahan di perut bumi. Tanah daratan yang tenggelam itu dipenuhi air laut yang sekarang ini menjadi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa, Teluk Siam dan Selat Melaka.

Siapa penegak tamadun-tamadun besar di Mohenja-Daro dan Harappa di Lembah Indus beribu-ribu tahun dahulu (sebelum wujudnya agama Hindu)? Siapakah bangsa Sumeria yang menegakkan tamadun di Lembah Mesopotamia? Siapakah orang Mesir Purba yang mengajar orang Mesir membina piramid dan rumah ibadat agam? Siapakah orang Inca, Maya dan Aztec di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah? Siapakah Red Indian Amerika dan Kanada? Siapakah asal usul orang Eskimo di Kutub Utara? Siapakah asal usul orang Ainu di Jepun dan orang Alishan di Taiwan? Kenapakah "Orang Bukit" di Baratdaya Negeri China menyerupai orang Melayu? Siapakah asal usul orang Myanmar, Nepal dan Tibet? Siapakah penduduk asal di Vietnam, Thailand dan Laos? Semuanya terjawab di dalam buku tersebut.

Seni bina rumah Melayu menjadi konsep arkitektur di mana ada terdapat anjung ('veranda'), ruang tamu, bilik-bilik tidur dan dapur. Orang Melayu membina tandas di luar rumah untuk menjadi kesihatan di dalam rumah. Laman rumah Melayu adalah besar untuk kanak-kanak bermain, belia berlatih silat dan untuk mengadakan majlis keramaian seperti nikah kahwin dan sebagainya.

Selain daripada malapetaka dahsyat yang berlaku, tamadun Melayu masih mengekalkan kesan artifaks seperti yang terdapat di Easter Island dan lain-lain pulau di Kepulauan Polynesia, Micronesia, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan di dasar laut, dekat Taiwan dan di pesisir pantai Negeri China. Leluhur Melayu telah mengajar lain-lain bangsa tentang ketamadunan sehingga ke pesisir Laut Mediterranean, termasuklah di Sparta (yang menggerakkan tamadun Greek - Yunani Purba).

Orang Melayu sudah berasimilasi dan berpecah disebabkan 1) Malapetaka besar yang telah berlaku, 2) Pengaruh agama Hindu yang tersebar ke Nusantara), 3) Pengaruh agama Islam yang tersebar ke Nusantara), 4) Penjajahan Barat (Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika Syarikat) di wilayah Nusantara, 5) Pemerintah sendiri yang gagal memartabatkan bangsa dalam segala bidang sehinggakan orang luar yang datang ke mari menjadi penguasa dalam bidang ekonomi. Untuk menjadi Melayu Sejati, seseorang itu mestilah: 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, dan 3) Tidak boleh mungkir janji. Sesungguhnya Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, silalah hubungi saya di: drilyasmy@yahoo.co.uk atau mobile saya: 012-9516012 supaya kita dapat menjana minda ke arah pembangunan umat Melayu di bidang keagungannya di zaman dahulu kala.