Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Friday, July 29, 2011

PELANCARAN PRODUK BARU JURUS STRUM FORMULA

Syarikat Jurus Strum Formula telah melancarkan produk barunya yang berupa "perfume" atau minyak wangi jenama Jurus Strum Formula yang diformulasi daripada pati beberapa bunga yang wangi lagi suci untuk para pengguna, khasnya semasa menyambut bulan Ramadan dan Syawal ini yang tidak mengandungi alkohol. Lihat blog: jurusstrumformula.blogspot.com

Syarikat juga ingin mencari Pengedar (dibenarkan melantik beberapa orang Agen di bawahnya) di seluruh Malaysia untuk memasarkan produk ini. Sila layari blog di atas dan hubungi penama seperti di bawah:

Mobile: 019-3037107
Rina Zakaria

Thursday, July 21, 2011

POLITIK LAWAN POLITIKUS

Ahli politik lidah bercabang
Bercakap kuat bila bersembang
Pabila muncul bulan mengambang
Depa dok syok suka pula bergebang
Dok tunggu segala macam mendatang
Sapu bersih, amanah sorok tembelang
Prinsip hidupnya semacamlah lalang
Kebas semua tak kata temberang
Bila tak bagi, mula naik berang
Bila tak undi, lagi meradang

Perangai semacam perempuan jalang
Maruahnya tergadai, tak kira orang
Politik kotor bukan main kepalang
Politikus bersih bukan sebarang
Sukar dicari di era sekarang

UMNO dan PAS suka berperang
Sama-sama Melayu tak kira orang
Berperang pulak tu tak pakai pedang
Pendapat orang tak mahulah dipandang
Pendapat sendiri saja selalunya menang
Pangkat dan kuasa di otak bersarang
Jikalau kalah, mahu pula berparang
Tidak mengikut pantang dan larang
Politikus makan mahu dihidang
Tak main ikan bilis dan kerang
Sambil makan, mahu didendang
Lagu dinyanyi Hetty Koes Endang
Dibawa datang dari Seberang

Ah Chong mari membawa dulang
Berisi dengan berjuta-juta kupang
Duit kecik sudah tak mahu pandang
Kerana dah kaya harta dan ladang
Permintaan balak tidaklah dihalang
Ah Chong jugak diberikan barang
Tanah dan lombong pasti mendatang
Politikus kaya, Ah Chong lebih senang
Politikus kalah, Ah Chong menghilang

Ah Chong menghilang bukan kepalang
Menemui pulak politikus pemenang
Politikus baru semacamlah jalang
Duit dan kekayaan terus dijulang
Wanita upahan disuruh kangkang
Politikus jalang jalan terkengkang
Masuk duit dan masuk burit jalang
Mati ditanam di Jerat Cina Rawang
Kalau tak mati, ada di Penjara Kajang
Riwayat hidupnya ditulis berkajang-kajang
Akhirnya semua masuk ke dalam keranjang
Penutup riwayatnya dia pun dilupai orang
Ah Chong juga hidup senang lenang

Oh Politikus! Oh Ah Chong!
Dapat tokeh janganlah sombong
Perut kempis dah menjadi kembung
Kepala botak sebelumnya genderung
Hidung tu penyek masakan mancung
Pipi dah tembam tak boleh cengkung
Selalu pulak bermain kung kali kung
Dengan tokeh datang dari Kwantung
Hutang piutang banyak tergantung
Projek tender dilulus bertong-tong
Siapa dapat? Tentulah si Ah Chong

Politikus kaya tambahlah selera
Mereka pun terus mabukkan kuasa
Perebutan jawatan semakin menggila
Kuasa mutlak mahu terus bertakhta
Memerintah ikut sendiri cita rasa
Cita rasa sendiri empunya angkara
Kehidupan rakyat tak ambil kira
Hidup papa miskin hina dan dina
Hidup semakin jadi sengsara

Masalah sosial semakin bermaharajalela
Penyalahgunaan dadah, buang anak, bohsia
Itu sudah memang menjadi lumrah biasa

Bandar dibangun, kampung disia-sia
Jalan atas jalan banyaklah biaya
Pegi jahanamlah rakyat jelata
Itulah polisi politikus durjana
Menagih undi, sokongan rakyat dipinta
Sumpah dan janji taubat tak ke mana
Rakyat semakin terus digula-gula
Mulut manis semacam cuka
Politik kotor, politikus gila
Go to Hell rakyat semua
Jalan ke Neraka

Politikus sudah menjadi Perdana Menteri
Rakyat pulak disuruh berderma bakti
Jikalau tak ikut kalu, bolehlah mati
ISA, OSA, rakyat pulak digari
Tiada soal, tidak mahu bukti
Mahkamah tidak boleh diadili
Segala tuduhan tidaklah bersaksi

Undang-undang pakai ikut suka hati
Bukit Aman sudah jadi tak aman lagi
Dipenuhi oleh tangisan anak-anak isteri
Kemarahan, kesedihan tidak terperi
Si-suami mendapat makanan free
Gari pulak diikat di tangan kaki
Makan dan tidur sambil berdiri
Sudah bercakap seorang diri
Setiap masa dijaga polis senteri
Arahan dari Perdana Menteri

Anda sudah tidak kenal lagi siapa?

Agong, Melayu
Sultan-sultan, Melayu
Raja, Melayu
Gabenur, Melayu
Perdana Menteri, Melayu
Timbalan Perdana Menteri, Melayu
Menteri Besar, Melayu
Ketua Menteri, Melayu
Menteri-menteri kanan, Melayu
Timbalan menteri, Melayu
Ketua Setiausaha Negara, Melayu
Ketua Setiausaha Kementerian, Melayu
Timbalan Ketua Setiausaha, Melayu
Ketua Pengarah, Melayu
Pengerusi-Pengerusi GLC, Melayu
Pengerusi-Pengerusi Perbadanan Kerajaan, Melayu
Pegawai-pegawai Daerah, Melayu
Datuk Bandar, Melayu
Yang Dipertua Perbandaran, Melayu
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Melayu
Pengerusi Felda, Melayu
Ketua Polis Negara, Melayu
Timbalan Ketua Polis Negara, Melayu
Gabenur Bank Negara, Melayu
Jeneral-jeneral, Melayu
Kerani-kerani, Melayu
Budak pejabat, Melayu

Semuanya Melayu
Bagaimana nasib umat Melayu?
Melayu pun terus layu
Semuanya tidak malu

Politikus datang, politikus pergi
Politikus baru sebagai pengganti
Mereka semuanya penghasad dengki
Sepuluh itu memang dua lima kali
Tipu muslihat mainan semulajadi
Selalu tercatat di dalam hati
Diamalkan setiap hari
Supaya rakyat menjadi lali
Omongan bohongan kerap diulangi
Surat khabar, radio dan TV
Arahan dan perintah menteri
Konon dikata bijak bestari
Rupanya otak letak di kaki
Ditegur sikit, kata perli
Cakap banyak, kata maki
Cakap lagi banyak, mahu mati?
Rakyat membisu seribu erti
Mulut rakyat disimpul mati

Politikus kaya serba serbi
Bini lama nak ditambah lagi
Bukan kampung, tapi Ipoh mali
Lenggang lengguk berkain mini
Mahu mengorat politikus bini
Lu mampus, you see?

Bini-bini politikus berlagak tak terperi
Dulu Khatijah, kini sudah menjadi Kathy
Sharifah Mariam, kini dah jadi Mary
Rambut hitam, dah jadi warna warni
Kuku merah kuitik dah melekat di jari
Inai sudah tak main lagi, janganlah perli
Duit dan emas berguni berkati-kati
Pabila bercakap, I am sorry
Tengok oranglah, you see
I am isteri YB

Nukilan untuk renungan oleh politikus
di negara kita Malaysia
Pegawai-pegawai pertengahan, Melayu
Budak pejabat, Melayu

Monday, July 18, 2011

TO ALL MY READERS

This is to inform to all my readers that my full photos and profile
are attached in my FB accounts. Please check:
facebook//ilyasharun & www.kamarika.com

Thanks and best regards
Dr ILYAS HARUN

Thursday, July 14, 2011

Harian Metro - 14 Julai 2011 (Khamis)

Harian Metro keluaran 14 Julai 2011 (Khamis) muka surat 39, Ruangan Bisnes menyiarkan artikel yang ditulis oleh wartawan Hafiz Ithnin, seperti berikut:

RAMUAN TRADISI ATASI KEGEMUKAN
- Jurus Strum Formula Suntik RM70,000 buat kajian produk pelangsingan -

Oleh Hafiz Ithnin
bisnes@hmetro.com.my

Jurus Strum Formula, pengeluar produk berasaskan kesihatan menyuntik lebih RM70,000
bagi menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pelangsingan badan
berasaskan ramuan tradisional selepas menyedari ramai rakyat di negara ini mengalami
kegemukan atau obesiti.

Pengasas bersama, Rina Zakaria berkata, beliau bersama suaminya, Dr Ilyas Harun
menghasilkan rangkaian produk pelangsingan mampu milik terdiri daripada sabun,
minyak aroma dan losyen menggunakan tumbuhan yang sesuai untuk badan manusia.

"Kami mengeluarkannya dalam bentuk set termasuk sabun yang boleh didapati pada
harga RM95 sekotak dan antara khasiat sabun ini ialah menghaluskan kulit,
menanggalkan sel kulit mati, membersih dan mencerahkan kulit (menjadi anjal dan
awet muda) kerana ia mengandungi gamat, madu, kolagen serta herba.

"Khasiat aroma pula membantu menyegarkan tubuh, nyaman dan menenangkan
fikiran kerana mengandungi bunga seperti lavender, manakala losyen pula membantu
mengurangkan kedutan, selulit dan lemak berlebihan di bahagian tertentu tubuh
badan selain baik untuk wanita selepas bersalin," katanya.

"Minyak wangi ini mengandungi ramuan intipati bunga tepu
menjadikannya berbau harum dan mampu bertahan sehingga
lapan jam serta tidak mengandungi alkohol"

- Rina Zakaria -
Pengasas Bersama Jurus Strum Formula

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan minyak wangi Jurus Strum Formula untuk
lelaki dan perempuan yang dijual pada harga RM55 dengan isi kandungan
10 mililiter sebotol mengandungi pelbagai campuran bunga baik untuk keintiman
suami isteri.

"Minyak wangi ini mengandungi ramuan intipati bunga tepu menjadikannya
berbau harum dan mampu bertahan sehingga lapan jam serta tidak mengandungi
alkohol," katanya sambil menambah pengedar berminat boleh melayari laman
web: jurusstrumformula.blogspot.com

Sambutan produk Jurus Strum Formula

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro pada hari ini, 14/7/2011, produk-produk Jurus Strum Formula telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Banyak bukti terhadap keberkesanan produk ini, dan ianya tidak langsung memberikan kesan sampingan. Malah, para pengguna terus memuji kelebihan produk ini yang membuatkan mereka berasa puas hati dan bertambah yakin. Perlu dinyatakan di sini bahawa penggunaan produk ini adalah dengan disiplin yang ketat, iaitu 1) Menggunakan produk-produk ini setiap hari (pagi dan malam), dan 2) Dapat menjaga makan dan minum yang tidak berlebihan. Ianya tidak perlu kepada senaman dan bersukan.

Untuk menjana pendapatan sampingan yang amat lumayan, anda sebagai pengguna, boleh pula menjadi Pengedar atau Agen bagi produk-produk Jurus Strum Formula ini. Syarat-syaratnya tidak ketat dan ianya sangat mudah bagi anda semua. Lihat blog: jurusstrumformula.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Sebagai pengasas (founder), saya bersama-sama isteri, Rina Zakaria (pengasas bersama) bertanggungjawab terhadap produk-produk Jurus Strum Formula yang sudah pasti dapat memberikan keberkesanan yang sangat positif dengan disiplin yang tersebut di atas. Semoga anda dapat mengembalikan keremajaan anda apabila menggunakan produk-produk ini.

Dr Ilyas Harun (Pengasas) 012-9516012
Rina Zakaria (Pengasas Bersama) 019-3037107

Monday, July 11, 2011

Tindakan Brutal Polis terhadap Bersih 2.0

Tanggal 9/7/2011 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia apabila Polis bertindak ganas terhadap rakyat (diketuai oleh Bersih) mengadakan rali aman di Kuala Lumpur. Perkara ini berlaku kerana para pemimpin kerajaan berdolak dalik tentang permohonan Bersih 2.0 yang mahukan SPR dibersihkan dari kekotoran dan penyelewengan, terutamanya terhadap pilihan raya (umum dan kecil). Walaupun Agong sudah bersetuju menjemput para pemimpin Bersih 2.0 mengadap di Istana Negara, tetapi para pemimpin kerajaan (PM dan kabinetnya) gagal menuruti perintah Agong. Jika kerajaan membenarkan Rali Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka (seperti saranan PM=Najib+), sudah tentulah perkara yang menjatuhkan imej kerajaan Malaysia tidak berlaku. Namun semuanya sudah terlambat.

Tindakan brutal Polis yang menangkap para hadirin rali (lebih 1,000 orang ditangkap, termasuk para pemimpin Bersih 2.0 dan tokoh politik pembangkang dari PAS, PKR dan DAP) serta menembak gas pemedih mata dan menyembur air kimia ke arah rali adalah tindakan di luar peri kemanusiaan. Sebabnya rakyat yang berali itu tidak bersenjata. Mereka bukannya penjenayah. Itu sebabnya kejadian jenayah di negara ini terus meningkat sebab kerajaan dan Polis sibuk memerangi rakyat. Sebelum rali, beratus orang telah ditangkap dengan pelbagai tuduhan rekaan. Hatta memakai baju berwarna kuning pun kena tangkap.

Dari sudut pandangan psikologi, peristiwa ini merupakan satu signal kepada para pemimpin kerajaan yang berkuasa supaya berfikir dalam-dalam secara kritikal sebelum terlambat. Kelak nanti, kuasa yang ada itu pasti dihilangkan oleh rakyat dalam pilihanraya. Berbagai manipulasi dan taktik kotor boleh digunakan dalam pilihanraya, tetapi jika kebanyakan rakyat mengundi parti pembangkang, bolehkah diputarbelitkan? Kita lihat ramai pemimpin yang dulu semasa berkuasa, mereka sangat ego dan tak sedar diri. Akhirnya mereka ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya. Kita boleh ambil contoh Hosni Mubarak yang sudah lama bertahta sebagai Presiden Mesir, tetapi akhirnya tumbang. Sesungguhnya kuasa rakyat itu adalah maha sakti yang tidak dapat dibendung oleh pemerintah zalim/diktator. Soviet Union yang 100% diktator pun tumbang, inikan pula negara demokrasi.

Polis (tak kira apa pangkat) yang sedang bekerja sekarang dan ada kuasa, janganlah sombong dan menyalahgunakan kuasa terhadap orang ramai (rakyat). Nanti, bila anda pencen atau dibuang kerja, anda pun menjadi rakyat jelata juga, bukan menjadi raja. Pada waktu itu barulah anda sedar dan menyesal, tetapi sudah terlambat. Anda pasti dihukum oleh Tuhan, kalau tidak di dunia ini, sesungguhnya di Akhirat nanti. Ini kenyataan yang anda tidak boleh lari. Belajarlah dengan Polis di negara-negara Barat yang berdisiplin dan mesra dengan orang ramai. Jika ada tunjuk perasaan, mereka hanya bertindak apabila berlaku kemusnahan dan kerosakan. Polis kita telah mendera orang ramai, melalui tangkapan, kesesakan jalan raya kerana road block dan intimidasi sebelum tarikh 9/7/2011 lagi. Anda dilantik oleh Agong, bukan PM. Jadi hormatilah Agong (jika baginda bertindak adil).

Saya menyeru para pemimpin kerajaan, khasnya PM supaya mengkaji dan menerima saranan Bersih 2.0 (kalau tak dapat memenuhi semua tuntutan, sekurang-kurangnya separuh pun sudah cukup) disebabkan kita ada Perlembagaan. Berapa lama anda boleh menodai Perlembagaan yang akhirnya rakyatlah yang membuat penentuan. Lihatlah kejadian di Thailand yang berjaya menukarkan Perdana Menteri mereka dengan seorang wanita yang tidak berpengalaman pun dalam pentadbiran negara. Perkara ini pasti berlaku di Malaysia jika sekiranya para pemimpin kerajaan sedia ada masih lagi bersikap tidak prihatin terhadap rakyat. Sudah hilang 2/3 suara di Parlimen pun masih tidak sedar lagi. Bilakah anda mahu sedar sebelum terlambat? Saya pernah bermesyuarat dengan MUBARAK (Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat) yang terdapat di dalamnya ialah bekas-bekas menteri, timbalan menteri dsb yang sudah "obselete" dan diasingkan oleh para pemimpin sekarang. Dulu, mereka hebat...tetapi sekarang, mereka "out-of date." Lihatlah Dr M dan Paklah yang tak hebat lagi.....Anda mahu jadi semacam mereka?

Wednesday, July 6, 2011

Rali dibatalkan?

Suatu perarakan (rally) raksasa akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 (Sabtu) yang dianjurkan oleh gabungan NGO yang menamakan diri mereka, BERSIH untuk menuntut SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya di negara ini secara telus dan tidak berat sebelah. Rali ini terpaksa diadakan kerana rali BERSIH tiga tahun dahulu dengan tuntutan yang sama tidak diendahkan oleh SPR dan pemerintah. Maka dengan kelam kabut, Polis menangkap lebih 100 orang rakyat Malaysia dengan tuduhan sebagai subsersif, termasuklah orang-orang yang memakai baju berwarna kuning (samada terdapat logo BERSIH atau tidak). Inilah kejadian yang menyedihkan. Sepatutnya, tuntutan-tuntutan tersebut dikaji sejak lama dahulu. Kini, terdapat rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi berperlembagaan, khasnya di dalam pengendalian pilihanraya (umum dan kecil) di negara ini yang didapati tidak telus.

Agak aneh bila melihat tokoh-tokoh politik kita yang berkuasa tidak menghiraukan keluhan rakyat apabila mereka menduduki takhta. Tetapi semasa berlangsungnya pilihanraya, mereka ini sanggup turun ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pendalaman untuk menemui rakyat bagi meraih undi untuk berkuasa semula. Selepas menang dan mendapat kuasa, rakyat pun dilupakan. Barisan Nasional boleh bertahan lama memerintah negara ini dengan syarat para pemimpinnya betul-betul membela rakyat di mana kemiskinan menjadi ZERO di negara ini oleh sebab Malaysia merupakan negara yang kaya dengan hasil mahsul buminya. Jika kekayaan ini dibahagikan secara merata kepada seluruh rakyat, sudah tentulah tiada kemiskinan dan kemelaratan di negara ini dan Malaysia secara otomatik boleh menjadi NEGARA MAJU di dunia, iaitu sama tarafnya dengan Amerika, Jepun, dan Eropah. Perkara ini mestilah difikirkan secara mendalam orang para pemimpin kita untuk memajukan rakyat dan negara. Adalah tidak logik segelintir sahaja yang kaya raya sedangkan majoritinya miskin dan papa kedana.

Bagi Pakatan Rakyat yang memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, para pemimpinnya mestilah memajukan negeri-negeri di bawah kepimpinan mereka supaya menjadi negeri-negeri yang maju di Malaysia dengan kemiskinan di paras SIFAR. Hentikan perbuatan mencari kesalahan para pemimpin (Barisan Nasional) terdahulu dan tumpukan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri masing-masing. Apabila negeri-negeri ini sudah menjadi maju dan kehidupan rakyat bertambah senang, sudah tentulah rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat. Tidak usah adakan rali atau rapat umum/perhimpunan untuk menuntut itu dan ini dari kerajaan Pusat (BN). Jalankan tugas untuk memakmurkan rakyat supaya semua rakyat di negeri-negeri PR tidak ada yang miskin dan semuanya ada rumah dan mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi. Selain itu, negeri-negeri PR menjadi mercutanda kejayaan pemerintahan PR yang membuatkan semua rakyat berasa aman, makmur dan bahagia. Rakyat-rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN pasti berasa inferiority complex dan mereka tidak akan memangkah BN lagi dalam pilihanraya.

Jika idealisma tersebut di atas dapat dilaksanakan oleh PR, sudah tentulah SPR tidak dapat nak memesongkan undi. Bolehkah SPR memesongkan berjuta undi yang diberikan rakyat kepada PR? Walaupun PR menuduh SPR berlaku tidak adil, tetapi kenapakah mereka dapat memerintah empat buah negeri dan menafikan 2/3 kuasa BN di Parlimen?

Kita boleh buat satu analogi seperti ini: katakan PR itu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya di mana anak-anaknya berjaya cemerlang dalam pendidikan, beretika dan berbudi bahasa, pandai berniaga dan menabung, hormat orang lain, patuh pada undang-undang dan bekerja keras tanpa mengomel, sudah tentulah si bapa itu menjadi bapa contoh, dan semestinya ingin ditiru oleh bapa-bapa lain. Bapa yang bertanggungjawab tidak akan menyalahkan orang/pihak lain. Dia fokus kepada pembangunan insan di bawah jagaannya. Menyalahkan orang/pihak lain tidak dapat menyelesaikan masalah dan sudah pasti membantutkan pembangunan insaniah dirinya dan anak-anaknya (rakyat di bawah pemerintahannya).

Memang betul demokrasi itu adalah kebebasan, tetapi bukanlah kebebasan mutlak. Jika PR sekarang ini menjadi parti pembangkang di Parlimen boleh mengadakan rali ataupun berbagai bantahan kepada BN sebagai parti pemerintah, bagaimana pula jika BN menjadi parti pembangkang dan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh PR? Bolehkah aman negara ini jika ada perlakuan negatif yang destruktif seperti itu? Ataupun bos nombor satu ingin ditumbangkan oleh orang nombor dua? Bagaimana pula jika orang nombor dua itu yang sudah menjadi orang nombor satu mahu ditumbangkan oleh orang bawahannya? Inilah anarki. Biarlah rakyat membuat pilihan sebab negara ini demokrasi raja berperlembagaan. Kita mesti menghormati undang-undang yang digubal oleh Parlimen (dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya).

Saya memang kenal dengan Anwar Ibrahim semasa menuntut di IPT dalam era 70an dahulu. Beliau yang pernah menjadi orang nombor dua hirarki pemerintahan negara dan menjadi menteri kewangan tidak dapat menaikkan taraf YAYASAN ANDA yang ditubuhkannya, bolehkah diharapkan pada beliau untuk memajukan negara ini? Semasa berkuasa, beliau sangat jarang melawat tanah-tanah rancangan Felda dan menyelesaikan berbagai permasalahan peneroka dan generasi Felda, tetapi kini beliau mahu menjadi juara warga Felda. Masuk akalkah perkara ini? Bila sudah hilang kuasa, beliau mahu jadi juara, tetapi bila ada kuasa beliau lupa. Beliau pun tidak demokratik apabila tidak bertanding dalam pemilihan kepimpinan Parti KeAdilan tetapi menjadi ketua de-facto (kuasa besar luar biasa). Apakah peranan Presiden parti tersebut? Patung? Bagaimana jika DS Najib tidak mahu bertanding jawatan Presiden UMNO tetapi menjadi ketua de-facto? Katakan PR menang majoriti PRU 13 di mana Parti KeAdilan mendapat undi tertinggi (ramai Wakil Rakyat di Parlimen), adakah Presiden Parti KeAdilan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia atau Ketua de-facto? Maka berebut-rebutlah sesama para pemimpin PR untuk menjadi Perdana Menteri dengan undi tak percaya kepada Ketua de-facto. Mungkin Ketua de-facto meletak jawatan dan digantikan oleh ketua parti kedua terbesar. Berlaku juga undi tak percaya di kalangan MP-MP PR untuk Perdana Menteri yang baru ini meletakkan jawatan. Mereka berebut-rebut sesama sendiri dan bagaimana pula dengan nasib rakyat dan negara ini?

Pendapat saya adalah mudah: Pemimpin yang berkuasa sekarang (tidak kira dari BN atau PR) mestilah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membela nasib rakyat, bukan membela diri sendiri dan kroni. Rakyat kini sudah cerdik dan tahu politik di mana mereka dapat menilai para pemimpin yang membela rakyat dan memajukan negara/negeri. Dengan itu berwaspadalah semasa memegang kuasa untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebelum kuasa itu dicabut oleh rakyat. iNGATLAH BAHAWA RAKYAT MALAYSIA ADALAH BERKUASA BUKAN PARA PEMIMPIN.