Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Sunday, March 3, 2019

PENGAJARAN BAGI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional
yang sudah memerintah negara ini selama lebih 60 tahun di dalam
pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei 2018. Dengan itu, PH
pun membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya, di mana
pengagihan jawatan menteri dibuat sama rata di antara parti-parti
komponen PH, iaitu PKR, DAP, Pribumi dan Amanah. Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menjadi pengerusi PH dilantik menjadi Perdana Menteri
dan Dr Wan Azizah, presiden PKR menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas sembilan bulan memerintah negara, kerajaan PH tidak dapat
menunaikan beberapa perkara di dalam Manifesto mereka. Perkara ini
membuatkan rakyat berasa marah dan tidak puas hati, terutamanya
harga barang keperluan yang semakin mahal, tiada subsidi minyak,
tiada penghapusan tol, nasib peneroka Felda, pesawah, petani dan
nelayan masih tidak terbela, dan berbagai permasalahan rakyat tidak
dapat diatasi oleh kerajaan PH. Alasan yang diberi adalah hutang
negara yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu berjumlah RM 1 trillion
yang berat untuk ditanggung oleh kerajaan PH kini.

Petanda kemarahan rakyat dijelmakan di dalam pilihan raya kecil
(PRK) terbaharu, iaitu di Cameron Highlands (Parlimen) dan
Semenyih (DUN). Kedua-dua kerusi itu, parti pemerintah kalah
yang sepatutnya boleh menang dengan mudah. Berbagai alasan
yang diberikan, tetapi alasan itu tidak boleh diterima, Alasan
sebenar adalah:
RAKYAT KECEWA DENGAN PEMERINTAHAN PH.

Dengan itu, eloklah kerajaan PH mengambil iktibar daripada
kekalahan yang baru dialami dalam PRK terkini jika ingin
memenangi PRU ke 15 nanti, dengan menunaikan segala
perkara di dalam Manifesto PRU 14 tanpa alasan.

Sunday, February 3, 2019

GONG XI FATT CHAI

Selamat tahun baru, Gong Xi Fatt Chai kepada para sahabatku
berbangsa Cina di Malaysia dan seluruh dunia.

Kesian la orang Cina kat Malaysia ni tak boleh pamerikan
patung2 babi di tahun Babi mengikut kepercayaan mereka
kerana menjaga sensitiviti orang Melayu/Islam.

Kenapakah perlu berlaku diskriminasi sebegitu, sedangkan
Malaysia ni sebuah negara majmuk yang mempunyai
berbagai bangsa dan agama, Melayu, Cina, India, Sikh,
Orang Asli dan berbagai etnik di Sabah dan Sarawak
yang menganut agama2 Islam, Buddha, Kristian, Hindu,
Sikh, Bahai, animisme dan sebagainya.

Untuk mendapat hormat dari orang lain, kita mestilah
hormat pada orang lain. Hormat itu diperolehi melalui
toleransi di antara satu sama lain, bukannya dengan
cara paksa, iaitu kita mahu orang lain hormat pada
kita tetapi kita tidak mahu menghormati orang lain.

Orang Melayu/Islam di Malaysia sekarang ini sudah
jauh terpesong pemikiran mereka jika mahu dibandingkan
dengan Orang Melayu/Islam di era tahun-tahun 40an,
50an, 60an, 70an dan 80an.

Tanpa adanya orang bukan Melayu/Islam di Malaysia,
negara ini tak akan maju seperti yang kita kecapi sekarang ini.

Tuesday, January 29, 2019

BOIKOT BARANGAN KAFIR OLEH UMAT ISLAM MALAYSIA

Dewasa ini heboh kat media sosial yang mengajak umat Islam di
Malaysia supaya memboikot barangan dan produk bukan Islam.
Memang lucu la gesaan seperti itu kerana orang Islam di negara
ini belum ada yang mengeluarkan pelbagai barangan dan produk
keperluan harian. Juga tidak ada hypermarket Islam yang menjual
100% keluaran pengilangan milik orang Melayu/Islam.

Contohnya, ada ke peniaga Melayu/Islam yang melibatkan diri
dalam perniagaan spare parts dan hardware yang berbagai jenis?

Jika kita pergi ke bandar-bandar besar di negara ini, seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Seremban, Pulau Pinang,
Kota Kinabalu, Kucing dan Sibu, berapa orang ke peniaga2
Melayu/Islam yang berniaga di kompleks-kompleks membeli
belah ternama? Itu belum termasuk bangunan-bangunan
pencakar langit yang dimiliki oleh orang Melayu/Islam.

Sudah bersedia ke orang Melayu/Islam untuk berdikari dan
mengeluarkan barangan dan produk halal? Selain itu, dari
mana mereka mendapatkan bahan-bahan mentah dan
mesin-mesin pengilangan untuk mengeluarkan barangan
dan produk halal?

Persoalan besar yang perlu diberikan jawapan adalah:
Bersedia ke orang Melayu/Islam memboikot semua
barangan dan produk orang bukan Islam (kafir)?

Thursday, January 3, 2019

TAHUN BARU 2019

Tahun baru 2019 di Malaysia bermula pada hari Selasa, 01 Januari 2019

Munculnya tahun baru ini, semoga kita dapat meninggalkan kenangan manis dan pahit
di tahun lepas, 2018 untuk memantapkan diri secara fizikal, mental dan spiritual bagi
mencapai kejayaan yang gemilang di tahun baru ini dan tahun-tahun mendatang

Diri kita sendirilah yang merubah diri kita, bukan orang lain.

SELAMAT TAHUN BARU, 2019