Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Sunday, March 3, 2019

PENGAJARAN BAGI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional
yang sudah memerintah negara ini selama lebih 60 tahun di dalam
pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei 2018. Dengan itu, PH
pun membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya, di mana
pengagihan jawatan menteri dibuat sama rata di antara parti-parti
komponen PH, iaitu PKR, DAP, Pribumi dan Amanah. Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menjadi pengerusi PH dilantik menjadi Perdana Menteri
dan Dr Wan Azizah, presiden PKR menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas sembilan bulan memerintah negara, kerajaan PH tidak dapat
menunaikan beberapa perkara di dalam Manifesto mereka. Perkara ini
membuatkan rakyat berasa marah dan tidak puas hati, terutamanya
harga barang keperluan yang semakin mahal, tiada subsidi minyak,
tiada penghapusan tol, nasib peneroka Felda, pesawah, petani dan
nelayan masih tidak terbela, dan berbagai permasalahan rakyat tidak
dapat diatasi oleh kerajaan PH. Alasan yang diberi adalah hutang
negara yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu berjumlah RM 1 trillion
yang berat untuk ditanggung oleh kerajaan PH kini.

Petanda kemarahan rakyat dijelmakan di dalam pilihan raya kecil
(PRK) terbaharu, iaitu di Cameron Highlands (Parlimen) dan
Semenyih (DUN). Kedua-dua kerusi itu, parti pemerintah kalah
yang sepatutnya boleh menang dengan mudah. Berbagai alasan
yang diberikan, tetapi alasan itu tidak boleh diterima, Alasan
sebenar adalah:
RAKYAT KECEWA DENGAN PEMERINTAHAN PH.

Dengan itu, eloklah kerajaan PH mengambil iktibar daripada
kekalahan yang baru dialami dalam PRK terkini jika ingin
memenangi PRU ke 15 nanti, dengan menunaikan segala
perkara di dalam Manifesto PRU 14 tanpa alasan.

Sunday, February 3, 2019

GONG XI FATT CHAI

Selamat tahun baru, Gong Xi Fatt Chai kepada para sahabatku
berbangsa Cina di Malaysia dan seluruh dunia.

Kesian la orang Cina kat Malaysia ni tak boleh pamerikan
patung2 babi di tahun Babi mengikut kepercayaan mereka
kerana menjaga sensitiviti orang Melayu/Islam.

Kenapakah perlu berlaku diskriminasi sebegitu, sedangkan
Malaysia ni sebuah negara majmuk yang mempunyai
berbagai bangsa dan agama, Melayu, Cina, India, Sikh,
Orang Asli dan berbagai etnik di Sabah dan Sarawak
yang menganut agama2 Islam, Buddha, Kristian, Hindu,
Sikh, Bahai, animisme dan sebagainya.

Untuk mendapat hormat dari orang lain, kita mestilah
hormat pada orang lain. Hormat itu diperolehi melalui
toleransi di antara satu sama lain, bukannya dengan
cara paksa, iaitu kita mahu orang lain hormat pada
kita tetapi kita tidak mahu menghormati orang lain.

Orang Melayu/Islam di Malaysia sekarang ini sudah
jauh terpesong pemikiran mereka jika mahu dibandingkan
dengan Orang Melayu/Islam di era tahun-tahun 40an,
50an, 60an, 70an dan 80an.

Tanpa adanya orang bukan Melayu/Islam di Malaysia,
negara ini tak akan maju seperti yang kita kecapi sekarang ini.

Tuesday, January 29, 2019

BOIKOT BARANGAN KAFIR OLEH UMAT ISLAM MALAYSIA

Dewasa ini heboh kat media sosial yang mengajak umat Islam di
Malaysia supaya memboikot barangan dan produk bukan Islam.
Memang lucu la gesaan seperti itu kerana orang Islam di negara
ini belum ada yang mengeluarkan pelbagai barangan dan produk
keperluan harian. Juga tidak ada hypermarket Islam yang menjual
100% keluaran pengilangan milik orang Melayu/Islam.

Contohnya, ada ke peniaga Melayu/Islam yang melibatkan diri
dalam perniagaan spare parts dan hardware yang berbagai jenis?

Jika kita pergi ke bandar-bandar besar di negara ini, seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Seremban, Pulau Pinang,
Kota Kinabalu, Kucing dan Sibu, berapa orang ke peniaga2
Melayu/Islam yang berniaga di kompleks-kompleks membeli
belah ternama? Itu belum termasuk bangunan-bangunan
pencakar langit yang dimiliki oleh orang Melayu/Islam.

Sudah bersedia ke orang Melayu/Islam untuk berdikari dan
mengeluarkan barangan dan produk halal? Selain itu, dari
mana mereka mendapatkan bahan-bahan mentah dan
mesin-mesin pengilangan untuk mengeluarkan barangan
dan produk halal?

Persoalan besar yang perlu diberikan jawapan adalah:
Bersedia ke orang Melayu/Islam memboikot semua
barangan dan produk orang bukan Islam (kafir)?

Thursday, January 3, 2019

TAHUN BARU 2019

Tahun baru 2019 di Malaysia bermula pada hari Selasa, 01 Januari 2019

Munculnya tahun baru ini, semoga kita dapat meninggalkan kenangan manis dan pahit
di tahun lepas, 2018 untuk memantapkan diri secara fizikal, mental dan spiritual bagi
mencapai kejayaan yang gemilang di tahun baru ini dan tahun-tahun mendatang

Diri kita sendirilah yang merubah diri kita, bukan orang lain.

SELAMAT TAHUN BARU, 2019

Thursday, November 22, 2018

MELAYU YANG INFERIORITY COMPLEX

Mutakhir ini Melayu/Islam satu agenda
Isu ICERD jadi plot bicara mereka
Tun M nafi tapi mereka tak percaya
Akhbar2 Melayu bagi api membara
Hari2 disiar isu ICERD jua
UMNO dan PAS mau jadi juara
NGO2 Melayu/Islam pun turut serta
Mahu berdemonstrasi di ibu kota
Mereka mendakwa Melayu/Islam dihina
Kes rompakan wang negara terus dilupa
Rakyat menanggung hidup terseksa
Juara mahu mencetuskan huru hara
Baling batu sembunyi tangan adanya
Komplot sabotaj tidak mahu diguna
Berlindung dengan slogan semantik jua
Mahu melihat pemerintah bercempera
Menteri2 dikata tidak tahu buat kerja
Juara kata yang terbaik mereka sahaja
Parlimen jadi medan polimik nista
Media milik mereka wadah luahan rasa
Semua kerajaan buat tak betul belaka
Rakyat semua janganlah terpedaya
Lapangkan dada bukakan minda
Dunia ke depan jangan kita gostan pula
Bangsa2 lain maju kita tak ke mana
Maju rakyat majulah negara
Wahai Melayu sedarlah semua
Maju ke depan membangun kita
Biarkan juara tenggelam di khayal mereka
Selamat berfikir Melayu semuanya

P/S: Orang Melayu mahu jadi TUAN tapi semasa ada kuasa lebih 60 tahun,
        orang2 bukan Melayu yang kaya raya di negara ini.

Friday, October 13, 2017

ALIM ULAMA DAN AGAMAWAN KENA BERFIKIR

Semua orang tahu bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu/Islam
di Malaysia adalah di belakang kaum2 Cina dan India walaupun
kuasa pemerintahan Negara di tangan orang Melayu/Islam.

Oleh kerana para pemimpin politik yang memegang kuasa tidak
boleh membetulkan kemunduran orang Melayu/Islam Negara ini,
eloklah alim ulama dan agamawan mengambil alih tanggungjawab
untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu/Islam Malaysia.

Semoga alim ulama dan agamawan berfikir secara mendalam
untuk mencari kaedah2 terbaik untuk meningkatkan taraf
ekonomi umat Islam di Negara ini, seperti memajukan tanah2
wakaf dan menggunakan simpanan dana2 di Lembaga Zakat,
Baitul Mal dan Tabung Haji.

Dana2 ini boleh membangunkan rumah2 mampu bilik atau
rumahpangsa2 kos rendah di bandar2 besar bagi mengatasi
masalah perumahan umat Islam di Negara ini. Selain itu,
dana2 tersebut boleh digunakan untuk membantu para
usahawan Melayu/Islam mengeluarkan produk2 halal
untuk pasaran tempatan dan luar Negara.

SELAMAT BERFIKIR

Dr Ilyas Harun
Tel: 012-9516012
Emel: drilyasmy@yahoo.co.uk

Tarikh: 1 OKTOBER 2017

Thursday, March 9, 2017

SEMUA PERSATUAN/PERTUBUHAN MELAYU MESTI BERSATU

Saya telah menganggotai beberapa Persatuan/Pertubuhan
Melayu yang mempunyai matlamat dan objektif untuk
menangani pelbagai permasalahan yang dialami oleh
Orang Melayu/Bumiputera, khasnya di bidang ekonomi
dan pendidikan. Namun begitu, tiada satu pun tindakan
konkrit untuk mengatasi permasalahan tersebut, dan
Orang Melayu/Bumiputera semakin terhimpit akibat
kenaikan harga barang dan berbagai kos hidup yang
meningkat pada setiap masa. Semuanya menyalahkan
orang lain atau pihak lain, terutamanya Orang Cina dan
Yahudi. Telunjuk pun menuding ke arah orang lain.
Bolehkah kali ini telunjuk itu menuding ke arah diri kita
sendiri yang menjadi bangsa yang mundur dan miskin di
negara yang kaya raya dengan pemerintahan negara berada
di tangan bangsa Melayu sendiri. Para pemimpin Melayu
tidak mahu menolong bangsa mereka sendiri kerana mereka
sibuk mengkayarayakan diri sendiri.

Untuk mengatasi permasalahan tersebut, saya mencadangkan
supaya semua Pertubuhan/Persatuan Melayu yang beraneka
nama untuk bersatu dan bergabung di bawah satu bumbung,
seperti yang dilakukan oleh Orang Cina dengan "Kwangsi"
mereka untuk membantu bangsa mereka dalam segala bidang
kehidupan. Di bawah "Kwangsi," berbagai pertubuhan dan
persatuan Cina bergabung tanpa ada unsur-unsur politik dan
fahaman agama. Tujuan utama "Kwangsi" adalah untuk
membantu orang Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan
tanpa diskriminasi dan pilih kasih. Lihatlah kejayaan mereka
di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Myanmar,
Vietnam, Laos, Kampuchea dan Brunai, walaupun jumlah
mereka kecil jika dibandingkan dengan penduduk tempatan.
Sila baca buku saya: SIAPAKAH ORANG CHINA
SEBERANG LAUT."

Dengan itu sudah sampai masanya, semua pertubuhan dan
persatuan Melayu bergabung di bawah satu bumbung seperti
"Kwangsi" Cina. Kita semua sedia maklum bahawa parti-parti
politik Melayu, seperti UMNO dan PAS tidak boleh diharap
untuk membela nasib Orang Melayu di negara ini. Untuk
merealisasikan matlamat tersebut, Orang Melayu mestilah
menghilangkan sifat dengki khianat terhadap bangsa sendiri
dengan mengembleng pemikiran, tenaga dan dana untuk
memertabatkan status Melayu di Malaysia dan Nusantara
seperti di zaman pra sejarah. Sejarah Melayu di zaman dahulu
sudah dilupakan oleh Orang Melayu apabila pengaruh luar
dari India, Timur Tengah dan Eropah masuk ke wilayah ini.

Jangan pula generasi Melayu akan datang menyalahkan kita
kerana tidak bertindak matang dan berwawasan untuk
memertabatkan bangsa Melayu. Dewasa ini pun sedikit
demi sedikit wilayah Melayu dibeli oleh orang lain. Akhirnya
"Menang sorak, kampung tergadai."

Dr Ilyas Harun
H/P: 012-9516012

Tuesday, February 28, 2017

JUST FOR RELAXING

Father        : Father-in-law
Mother       : Mother-in-law
Sister          : Sister-in-law
Brother       : Brother-in-law
Son             : Son-in-law
Daughter    : Daughter-in-law
Wife            : ???
                    : She is the law
After divorce : She is the outlaw

UNTUK RENUNGAN WARGA FELDA DAN KERAJAAN

Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang merupakan tanah rancangan Felda yang pertama di Malaya (sekarang Malaysia) yang dihuni oleh para peneroka pada tahun 1959. Ia merupakan projek perintis sebagai penilaian bagi Bank Dunia untuk memberikan pinjaman kepada Kerajaan bagi membuka lebih banyak lagi tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara. Kejayaan Felda Lurah Bilut dan dana besar dari Bank Dunia membolehkan Kerajaan membuka lebih banyak lagi tanah rancangan Felda untuk membantu rakyat yang tidak memiliki tanah. Kini warga Felda dianggarkan hampir 20% daripada penduduk Malaysia.

Setelah berlalunya 58 tahun, nasib para peneroka dan generasi Felda mendapat pembelaan yang sewajarnya dan menampakkan kejayaan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan pihak Pengurusan Felda dan Kerajaan Malaysia berhubung dengan tanggungan hutang yang banyak oleh para peneroka dan nasih generasi kedua Felda yang terpinggir. Walau bagaimana pun, kesalahan tidak terletak di bahu Kerajaan dan Felda, tetapi para peneroka dan generasi kedua sebagai pewaris ada melakukan kesalahan. Mahukah kita mengaku kesalahan kita? Lihatlah fakta berikut:-

1. Sebagai generasi pewaris bagi ladang 10 ekar milik arwah bapa/ibu kita, berapakah jumlah pendapatan hasil ladang yang kita simpan sebagai "Tabung Untuk Tanam Semula" (TUTS)? Katakan pendapatan hasil ladang RM 3,000 sebulan, simpanan ke dalam tabung TUTS RM 300 atau 10% daripada pendapatan hasil ladang pada setiap bulan. Dalam masa 10 tahun, ianya menjadi RM36,000, dan dalam masa 20 tahun, ianya menjadi RM72,000. Dengan jumlah tabungan kita yang banyak itu, kerja-kerja tanam semula ladang tidak payah diserahkan kepada Felda kerana kita sudah mampu buat sendiri dan dana sendiri. Kita pun tidak menanggung hutang.

2. Jika pendapatan hasil ladang peneroka Felda purata RM2,7000 sebulan (setelah ditolak tabung TUTS) itu dibelanjakan di kedai-kedai milik peneroka di Felda masing-masing, sudah tentulah para peniaga tempatan dapat membesarkan lagi kedai mereka atau mempelbagaikan perniagaan mereka. Tetapi apa yang terjadi? Para peneroka Felda sanggup berbelanja di kedai-kedai di luar tanah rancangan Felda mereka di pekan atau bandar berdekatan, contohnya Sungai Jan (Tong Kiat), Jerantut, Mentakab, Raub, Bentong, Mentakab, Jerantut, Kuantan, dan lain-lain yang dimiliki oleh bukan Melayu. Setiap bulan, berjuta-juta ringgit pendapatan peneroka mengalir keluar dari tanah rancangan Felda.

3. Pada zaman ibu/bapa (generasi pertama) masuk ke tanah rancangan Felda, perpaduan di kalangan mereka sangat utuh walaupun di kalangan mereka menganggotai berbagai parti politik dan dogma. Kenapakah sekarang ini tiada lagi perpaduan seperti di zaman ibu/bapa kita, sedangkan generasi kedua sudah mendapat pendidikan tinggi jika dibandingkan dengan generasi pertama?

4. Ibu/bapa (generasi pertama) membina rumah yang selesa untuk anak-anak mereka yang ramai bilangannya. Tetapi sekarang, anak-anak (generasi kedua) yang ramai itu tidak pula boleh membesarkan rumah pusaka tersebut. Terdapat banyak rumah-rumah pusaka itu yang roboh atau terabai begitu sahaja.

5. Jika setiap warga Felda, khasnya generasi kedua menjaga kebersihan kawasan rumah (luar dan dalam), pihak Felda atau JKKK atau JKKR tidak payah memotong rumput di bahu jalan di hadapan rumah peneroka. Perbelanjaan penyelenggaran ini agak tinggi pada setiap bulan.

6. Jika ibu/bapa murid-murid di sekolah-sekolah rendah dan menengah memahami betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka, tabung PIBG dengan sendirinya berisi penuh tanpa memohon bantuan kewangan daripada pihak-pihak lain. Sikap prihatin sudah luntur di kalangan generasi kedua Felda pada masa ini.

7. Jika setiap pemilik ladang faham tentang tugas dan tanggungjawabnya, sudah tentulah ladang akan menjadi bersih dan hasil keluaran pun meningkat.

8. Dulu, tanah-tanah rancangan Felda bersemarak (vibrant) dengan berbagai aktiviti kemasyarakatan di bidang keagamaan, kebudayaan, sukan dan ekonomi yang melahirkan insan-insan yang hebat dan berkualiti. Tetapi sekarang?

9. Generasi kedua dan ketiga ramai yang berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta. Begitu juga di bidang perniagaan, ramai yang menjadi usahawan yang berjaya dan tokoh korporat. Jika mereka ini prihatin dan sayangkan kampung halaman mereka di tanah-tanah rancangan Felda, sudah tentulah tanah-tanah rancangan Felda menjadi lebih maju dan berdaya saing dengan bandar-bandar yang berdekatan dengan pelbagai aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.

10. Generasi kedua dan ketiga merupakan modal insan yang sangat besar dan berkualiti dengan pendidikan tinggi dan beraneka pengalaman, tetapi lelulusan, kepakaran dan pengalaman mereka itu tidak digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan, pengurusan Felda dan masyarakat. Dalam pada itu, mereka sepatutnya boleh menubuhkan satu konglomerat dengan dana sendiri untuk membuka tanah-tanah rancangan ala Felda di seluruh dunia.

Sampai bila kita mahu menyalahkan orang atau pihak lain tanpa melakukan perubahan drastik untuk maju ke hadapan?

Dr Ilyas Harun (Generasi Kedua)
Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang
H/P: 012-9516012
Emel: drilyasmy@yahoo.co.uk

Monday, February 27, 2017

IS IT TRUE?

Is it true that Women, when they are in....
Teens - Like Amazon, virgin and thick-forested
20s - Like Asia, vibrant and challenging
30s - Like America, colourful and admiring
40s - Like Europe, fully explored
50s - Like Antartica, cold and uninspiring
60s - Like Sahara, barren and unbecoming
70s - Like Siberia, isolated and no one goes
80s - Like Dead Valley, waiting to die

LELAKI, BILA BERUSIA/////

20an - Ada pandangan hidup
30an - Pantang hidup
40an - Ada pegangan hidup
50an - Kadang-kadang hidup
60an - Susah nak hidup
70an - Sesekali hidup
80an - Tiada kehidupan

Friday, February 10, 2017

PILIHAN RAYA UMUM KE 14

Persoalan yang hebat diperkatakan di mana-mana di seluruh Malaysia
adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Ia menjadi teka
teki bagi semua peringkat masyarakat, khasnya di kalangan ahli-ahli
politik (Kerajaan dan Pembangkang). Mandat terakhir kerajaan Barisan
Nasional (BN) memerintah Negara ini adalah bulan Mac 2018. Dengan
itu, PRU mesti diadakan sebelum tarikh tersebut.

BN yang sudah memerintah Malaysia sejak Merdeka pada 31/8/1957
menghadapi situasi paling sukar untuk mempertahankan pemerintahan di
tangan mereka kerana kekuatan parti-parti pembangkang, dan kekecewaan
orang ramai terhadap dasar PM Najib Razak yang dilihat banyak
melakukan skandal rasuah, khasnya kes IMDB yang melibatkan
RM 2.6 billion masuk ke akaun peribadi beliau. Selain berbagai
penyalahgunaan kuasa, rakyat dibebankan dengan cukai GST dan
harga barang yang meningkat dari sehari ke sehari. Paling
membebankan rakyat adalah kenaikan harga minyak petrol
dan diesel yang tidak sepatutnya berlaku. Kenaikan ini pula
menyebabkan para peniaga terpaksa menaikkan harga barang
bagi menampung kos pengangkutan.

Bagi saya, BN akan tetap menang dalam PRU 14 kelak, tetapi majoriti
di Parlimen akan berkurangan. Salah satu faktor kemenangan BN
adalah undi rakyat kampung dan Felda yang merupakan pengundi
tegar BN. Sehingga kini, berbagai insentif dan bantuan kewangan
diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk meraih undi di
dalam PRU 14 kelak.

SELAMAT MENGUNDI
UNDILAH DENGAN BIJAK

Dr Ilyas Harun
H/P: 012-9516012
Email: drilyasmy@yahoo.co.uk

Wednesday, November 9, 2016

THE POWER OF HUMANITY

We are the architects of greatness. Our vision has within the depth of our souls. It is divine revelation. We never see the mirages of fact, but peer beyond the veils and mists of doubt and pierce the walls of unborn Time. We are the makers of empire; battle for bigger things than crowns and higher seats than thrones. We are the chosen few... the blazers of the way.

Love Humanity

Saturday, September 26, 2015

TRAGEDI DI MEKAH

Mekah adalah kota paling suci umat Islam yang terletak di
Arab Saudi. Di situ terdapat Kaabah dan Masjidil Haram.
Sejarah kewujudannya diketahui adalah melalui sumber Islam.
Namun begitu, berbagai peristiwa pahit dan tragedi yang telah
berlaku di kota suci Mekah dalam masa jemaah Haji dari
seluruh dunia datang ke kota ini.

Beberapa dekad yang lalu, beribu-ribu orang jemaah Haji
telah terbunuh dan berpuluh-puluh ribu orang lagi yang
cedera akibat berbagai peristiwa yang berlaku di kota suci
Mekah, terutamanya di Mina semasa ritual melontar jamrah.

Sepatutnya Mekah itu diurustadbir oleh sebuah Jawatankuasa
Islam Antarabangsa, bukan oleh Arab Saudi seorang sahaja.
Hal ini disebabkan Mekah dan Medinah itu bukan Arab Saudi
yang punya. Ia dipunyai oleh semua umat Islam seluruh dunia.
Bilakah umat Islam bukan Arab (80% jumlah umat Islam)
mahu membetulkan perkara yang tidak betul ini?

Adakah Raja Arab mahu jadi Tuhan?

Saturday, August 22, 2015

MENCARI AGEN PRODUK JURUS STRUM FORMULA

Sebagai pengasas dan pengeluar produk kesihatan bernama
Jurus Strum Formula, saya memerlukan Agen-Agen untuk
memasarkan produk saya ini. Untuk keterangan lanjut, sila
layari blog saya yang lain: alam-malai.blogspot.com

Atau hubungi saya secara terus
H/P: 012-9516012
Dr Ilyas Harun

Thursday, August 6, 2015

MALAYSIA TUNGGANG LANGGANG

PM Najib Razak telah memecat Tinbalan Presiden UMNO Mahyuddin Yassin sebagai
Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden UMNO Shafie Apdal sebagai Menteri.
Selepas itu, PM Najib memecat Peguam Negara Ghani Patail. Perkara ini disusuli
dengan penangkapan beberapa orang pegawai kanan SPRM yang menyiasat skandal
IMDB.

Pemecatan tersebut tidak mengikut prosedur perjawatan. Sedangkan untuk memecat
Office Boy pun perlu mengikut prosedur.

Apa nak jadi dengan Malaysia? Adakah orang Melayu di negara ini bisu, pekak dan buta?

Dr Ilyas Harun


Thursday, July 16, 2015

SALAM IDILFITRI

Kepada umat Islam di seluruh dunia, saya mengucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Dr Ilyas Harun

Sunday, May 3, 2015

GST YANG MENCENGKAM EKONOMI RAKYAT

Cukai GST sudah dikuatkuasakan dan Kerajaan Malaysia
sebelum ini telah memberi jaminan bahawa harga barang-
barang tidak akan naik apabila GST mula dikuatkuasakan
pada 1/4/2015 yang lalu, tetapi apa yang berlaku sekarang?
Harga barang sudah NAIK. Pendapatan tidak naik, dan
perkara ini menjadi tidak seimbang yang merumitkan
ekonomi rakyat.

Tentang GST ini, kita boleh saksi berbagai Menteri dan
Timbalan Menteri yang membuat kenyataan dan kenyataan
itu kebanyakannya tidak tepat, disebabkan ramai Menteri
dan Timbalan Menteri yang tidak faham tentang apakah
cukai GST itu dan cara pengiraannya. Dari negara manakah
para menteri dan pegawai tinggi kerajaan belajar untuk
mengira cukai GST itu?

Oleh kerana mereka belajar tidak habis tentang selok belok
cukai GST itu, kini terdapat senario yang kelam kabut tentang
barangan dan perkhidmatan yang kena cukai GST dan yang
tidak kena cukai. Tunggu dan lihat menjelang Pilihan Raya
Umum PRU 14 nanti, sama ada rakyat memilih parti pemerintah
sekarang, Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang?

Saturday, February 21, 2015

CONTOHI SEMUT

Semut, tidak kira apa jenisnya (samada semut api, kerengga, anai2, dsb)
merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling unik di segi kesepakatan,
kerjasama, ketahanan diri, kepintaran dan ketekunan di dalam diri mereka
dalam bidang kehidupan seharian. Mereka mengatasi manusia di segi
kesepakatan yang sangat utuh. Semut bersatu padu, tetapi manusia sering
bertelagah dan berbunuhan sesama sendiri. Semut mementingkan hirarki
kepimpinan, iaitu Semut Ratu, tetapi manusia ramai yang tidak patuh kepada
ketua. Banyak lagi ciri-ciri teristimewa semut yang tidak diketahui oleh
manusia.

Oleh itu, manusia mestilah belajar daripada semut untuk bersatu padu,
bekerjasama di dunia ini supaya kehidupan manusia itu menjadi aman,
tenteram dan makmur.

Dr Ilyas Harun
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Friday, February 6, 2015

KETAGIH LAMAN SOSIAL

Ketagih Laman Sosial, seperti Facebook, Twitter dan sebagainya
adalah lebih teruk daripada ketagih dadah atau arak. Ianya telah
menimbulkan berbagai krisis rumahtangga dan perhubungan akibat
seseorang itu terlalu asyik berchatting dsb di Internet. Ini ditambah
lagi dengan Whatsapp, SMS dan ngobrol nyata melalui handphone.
Ketagihan ini amat parah di kalangan orang Melayu/Islam di negara
ini yang menyebabkan berlaku perceraian di kalangan suami isteri,
perbalahan dan sebagainya. Pendek kata, ketagihan Laman Sosial
dan ICT ini menyebabkan handphone tidak renggang dari tangan.
Mereka berchatting/FB sambil makan, sedang berada dalam kereta,
sedang berada dalam pejabat/rumah. Bila berbunyi sahaja handphone
di tengah malam dan lewat subuh, ia mesti dijawab atau dibalas
message yang diterima. Adakah anda salah seorang penagih
Laman Sosial dan Handphone?

Pengkaji gejala sosial,
Dr ILYAS HARUN