Para ulama dan guru-guru agama mengingatkan umat Islam bahawa iblis dan setan diikat oleh Allah SWT dalam bulan Puasa (Ramadan). Betul ke begitu? Wallahualam. Namun yang paling nyata adalah manusia (khasnya umat Islam) yang menjadi iblis dan setan dalam bulan Puasa apabila iblis dan setan yang sebenar telah diikat oleh Allah SWT. Kita dapat saksikan iblis dan setan berwajah manusia begitu pelahap membeli makanan dan minuman di bazaar Ramadan. Mereka betul-betul tidak dapat menahan nafsu makan walaupun mereka berpuasa. Selepas berbuka puasa, hampir 30% daripada makanan yang dibeli itu dibuang ke dalam tong sampah.
Anda boleh bertanya kepada para pekerja Alam Flora yang terpaksa mengangkut sampah 2 -3 kali ganda sampah (khasnya sisa makanan) dalam bulan Ramadan (Puasa) jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Nafsu nafsi tidak dapat dilawan oleh umat Islam.
Selain itu, terdapat pergaduhan sesama Islam. Di beberapa buah negara Islam, terdapat pembunuhan dan pengusiran sesama umat Islam, seperti yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan, Tajikistan dan lain-lain. Ini menunjukkan kegagalan alim ulama untuk menyedarkan umat Islam dengan cara yang sebenarnya supaya umat Islam menjadi lebih dinamik dan kreatif untuk menjadi umat contoh kepada manusia di dunia ini seluruhnya. Dengan jumlah melebihi 1.3 billion orang, sesungguhnya orang Islam adalah satu kuasa besar
yang semestinya digeruni oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi, senarionya adalah terbalik, iaitu negara-negara dan umat Islam menjadi kelompok yang paling mundur dan buta huruf. Kita mesti melakukan sesuatu perubahan - semestinya perubahan MINDA - tanpa mengharapkan para pemimpin politik dan agama Islam kerana mereka kebanyakannya berpemikiran materialistik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment