Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, July 16, 2012

RALI "OREN" PAS GAGAL

Parti PAS melalui biro Felada yang dipelopori oleh ANAK pimpinan Mazlan Aliman gagal diberikan sambutan oleh warga Felda yang mengadakan "rali" (demonstrasi) membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia. Demonstrasi yang dikatakan akan disertai oleh lebih 20,000 orang pada 14 Julai 2012 dari Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Negara, hanya disertai oleh 10% sahaja, iaitu lebih kurang 2,000 orang. Ini membuktikan bahawa bantahan tersebut adalah sia-sia dan ianya tidak mendapat sambutan. Daripada 2,000 orang itu, kebanyakannya bukan warga Felda. Jadi, perbuatan ANAK dan PAS bersama berbagai NGO lain yang anti-Kerajaan BN adalah sia-sia dan membuang masa.

Adalah elok, Kerajaan PAS Kelantan memberikan tanah 20 ekar seorang (lebih daripada Felda) kepada warganegara Kelantan khasnya dan warganegara Malaysia amnya untuk membuktikan bahawa mereka adalah berjiwa rakyat. Negeri Kelantan masih banyak lagi tanah-tanah kosong untuk diberikan kepada rakyatnya. Jika Felda dan Kerajaan BN dikatakan tidak baik, kenapakah mereka tidak membuat perkara yang lebih baik untuk rakyat? Sesungguhnya demonstrasi, rali dan kritikan tidaklah menyelesaikan masalah. Teladan yang baik mencerminkan arahtuju pembangunan bagi kemakmuran rakyat, negeri dan negara. Jika perkara sebegini tidak dapat diwujudkan, mampukah PAS, PKR dan DAP memajukan negara ini dan memakmurkan rakyat?

Lihatlah negeri-negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah) yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat yang tidak dapat meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih baik. Mereka hanya pandai menyalahkan para pemimpin Barisan Nasional tanpa melakukan perkara-perkara yang positif dan kreatif. Jika terdapat kritikan, ianya dikatakan hasutan BN atau orang-orang tersebut diupah oleh para pemimpin BN. Krisis air di Selangor dan Lembah Klang membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor tidak prihatin terhadap desakan rakyat untuk mengelakkan krisis kekurangan air. Berapa ribu ekar tanah-tanah di empat buah negeri tersebut yang diberikan oleh mereka kepada rakyat masing-masing? Apakah pelan pembangunan mereka untuk memakmurkan rakyat? Semuanya rhetorik dan permainan kata-kata untuk memancing undi.

Rakyat hendaklah berfikir sedalam-dalamnya supaya tidak lagi memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak dapat membuktikan kesungguhan mereka untuk membantu rakyat. Sebaliknya, mereka dipenuhi dengan intriks dan krisis kepimpinan (berebut-rebutan jawatan) sesama sendiri. Adakah para pemimpin seperti ini harus dipercayai dan diberikan undi?

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih Putrajaya dan memerintah Malaysia, sudah tentulah perebutan kuasa di kalangan mereka menjadi bertambah kritikal. Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, adakah Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan berdiam diri. Mungkinkah Malaysia pada waktu itu mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri (satu dari PAS dan satu dari DAP) apabila Anwar menjadi Perdana Menteri?

No comments:

Post a Comment