Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Follow by Email

Saturday, January 21, 2012

Kenapa Orang Melayu Membisu?

Kenyataan Prof Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah, Puteri Hang Li Poh, Keris Taming Sari dan pembukaan Melaka itu adalah mitos kerana tidak terdapat dalam sejarah China dan Siam semasa beliau membentangkan kertaskerja dalam Seminar Kesederhanaan tempoh hari perlulah disangkal oleh Orang Melayu, khasnya para cendekiawan Melayu. Jika kenyataan begini dikeluarkan oleh cendekiawan Melayu, saya percaya ianya pasti mendapat tentangan hebat dari Orang Melayu sendiri. Tetapi apakan daya beliau bukan Melayu yang menyebabkan Orang Melayu diam membisu sehingga ke hari ini.

Beliau mahukan bukti tentang kewujudan Hang Tuah dengan mengorek kubur Hang Tuah dan mengambil tulang belulangnya untuk kajian DNA supaya dapat disahkan kewujudan Wira Melayu itu. Itu sebabnya beliau mengatakan Hang Tuah itu adalah mitos, iaitu tidak pernah wujud dalam sejarah negara ini. Para cendekiawan dan Orang Melayu pun diam membisu bak mulut dan pemikiran mereka ditutup rapat. Pendek kata Orang Melayu tidak punyai pahlawan dan wira yang hebat. Yang hebat hebat itu adalah orang asing. Jika sejarah yang berlaku di kurun kelima belas ini pun mahu dipadamkan, bagaimana tentang sejarah kewujudan Orang Melayu di Alam Nusantara ini yang berlaku puluhan atau ribuan tahun dahulu? Inilah kesilapan para cendekiawan kita yang percayakan tulisan sejarah Orang Melayu dan Alam Nusantara ini yang berlandaskan kepada perspektif Barat dan konco-konco mereka. Akhirnya semua pelajar, samada di peringkat sekolah menengah atau di universiti, melakukan kajian dan penulisan sejarah hanyalah berpandukan kacamata Barat. Mereka "cut and paste" sahaja, tiada yang original.

Bilakah para pemerintah Malaysia, Brunai dan Indonesia mahu menjalankan kajian mendalam tentang sejarah serta kewujudan Orang Melayu/Malai/Malay dan kependudukan Alam Melayu (Nusantara) mengikut kacamata kita sendiri yang tidak berpandu kepada kacamata Barat?