Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Wednesday, November 7, 2012

MENCONTOHI SIKAP MANUSIA BERTAMADUN

Pemilihan Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya yang berlangsung pada 6 November 2012 telah memberikan keputusannya, iaitu Barrack Obama dipilih semula sebagai Presiden untuk Penggal Kedua dengan mengalahkan pencabarnya, Mitt Romney (calon Republican yang merupakan Gabenur Massachusetts) dengan majoriti mudah.

Semasa berlangsungnya kempen pilihan raya itu, kita dapat saksikan kedua orang calon Presiden berdepan di dalam tiga kali debat secara terbuka. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Kedua calon sangat sporting dan moderator tidak pening kepala mengendalikan debat tersebut. Bolehkan perkara sebegini dilakukan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak dengan YB Dato Seri Anwar Ibrahim? No way ia akan berlaku.

Kedua-dua calon juga menjelajahi ke seluruh Amerika Syarikat berkempen dengan janji-janji dan manifesto masing-masing untuk menyakinkan para pengundi supaya mengundi mereka. Kempen-kempen mereka pun sangat terbuka. Inilah demokrasi sebenar yang diamalkan oleh penduduk Amerika Syarikat yang tidak akan berlaku di Malaysia. Tiada berlaku tunjuk perasaan, penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya tentang pengundi, dan pembunuhan. Semuanya berjalan lancar. Kenapakah sikap begini tidak dilakukan di negara kita?

Sunday, November 4, 2012

ARAB INDOCTRINATION

September 11th 2001 tarnished the image of humanity. The aftermath of the event stirred up many questions about the issues and concepts of ethics, principles and freedom. Topics that were considered beyond criticism under the pretext of political correctness had lost their impunity. Islam and its principles had to put up with open debates and uninhibited questionings of common people on several of the Islamic practices and intentions as never before in its history.

As the US prepares for a war with Iraq, world population has taken to streets in protests organizing rallies and demonstrations that have become rife with charting of anti-war rhetoric. But the deafening silence of the Muslim clerics as regards what led to the abominable situation still remains a paradox. Dr Mahathir, the prime minister of Malaysia has said, "The US war is not against Iraq but to Muslims around the world."

Ever since Indonesia was accredited to the world's largest Muslim population, it has also become by default a waggling tail of Arab colonization. The lost identity of Indonesia as a nation of heterogeneous people that was once composed of Buddhists, Hindus, Muslims, Christians and other traditional belief systems is just a memory in the face of continuous Arab influence on its culture, just as happened in Egypt, Persia, Iraq, Sudan, Afghanistan and most recently in Pakistan. The Indonesia job seekers, whose influx to the Middle East countries, especially to Saudi Arabia dates back to more than 25 years, easily assimilated to the host countries' strict Islamic rules and customs as most of them belonged to the semi-literate or illiterate category of domestic helpers who were also docile in nature. With the new acquired wealth, their return to home country was a triumph for Arab nations for these workers were also carrying along with the petro-dollars, a pro-Arab attitude and cultural subjugation.

A quick glance at the Indonesian demonstrations all over the country will make you confused as to whether these were the Middle Eastern rallies in that the crowd's attire and overall appearance where women wearing the very conspicuous hijab and abaya while men with their trade-mark beard moving often in disdasha, even sharing the same mannerisms of Arab people. All of these display, defy the age old Indonesia cultural identity except for the peoples' oriental features.

The destruction of the statue of Buddha in Bamiyan in Afghanistan explicitly symbolised the intolerant nature of Islam. The Hindu Kush mountains and the city of Kandahar fortunately somehow retain their original names which link them with the ancient Indus civilizations and Vedic history. A race of Aryans, and inspite of their own pitiably fell for the Arabs' ideology and way of life.

Zarathustra must be tossing and turning in his grave for the might have hardly imagined his own people would ditch him for another sets of belief system. Lord Ahura Mazda has no place in the hearts of the Iranian people. Their ancient celebrations, festivals and traditions are considered taboo under the new Arab-Islamic orientated theocratic regime. The Arab's invisible indoctrination and encroachment on cultural and religious freedom of individuals have become the bane of this century. The new and old settlements of the Muslim population around the world have created ghettos in almost every country, which stemmed from their refusal to integrate society. The friction, the rift and the apprehension created by this scenarios between Muslims and the rest of the world societies have become alarmingly dangerous, that if not curtailed will contribute to the repetition of September 11, 2001 disaster created by the Islamic extremists on the American soil.

The Islamic religion, invented by the Arabs, is a constant menace to the world peace and to the Muslims themselves who are capable of sacrifice their own lives in order to kill the "enemies of Islam." The level of fanaticism is far greater amongst the average Muslims, that the average Hindus, Jews or Christians. Forcing people to accept to submit to one's belief is only a practice of Islam. No other religion advocated violence as a legitimate means of propagating itself.

To be continued....

Wednesday, October 31, 2012

APAKAH MELAYU ITU?

Sebenarnya Melayu itu adalah Malai/Malay/Malayu
Malayu sebenar:

1. Tidak boleh berdolak dalik
2. Tidak boleh mungkir janji
3. Tidak boleh berhasad dengki
4. Tidak boleh berputus asa
5. Tidak boleh berasa takut

Jika anda memenuhi lima prinsip di atas, anda adalah
Malayu yang sebenarnya, iaitu warisan turun temurun
daripada nenek moyang kita.

Thursday, September 27, 2012

UMNO + PAS = MELAYU=ISLAM

Tajuk ini memang cocok sekali untuk UMNO bergabung dengan PAS bagi memberikan kemenangan dalam PRU 13 nanti kepada Orang Melayu. Jika dikaji kedudukan kerusi Parlimen yang berjumlah 222 buah, kawasan majoriti Orang Melayu adalah 69%. Ini bermakna Orang Melayu boleh memerintah negara ini tanpa bukan Melayu dengan syarat Orang Melayu mesti bersatu padu. Pada masa ini Orang Melayu berpecah kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR. Untuk pemerintahan yang lebih Islamik, UMNO mestilah bergabung dengan PAS tanpa melibatkan PKR dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Gandingan dua buah parti besar Orang Melayu ini mampu meraih undi lebih 60% yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan. Secara otomatik, rancangan Pakatan Rakyat (yang didominasi oleh PKR) untuk ke Putrajaya akan berkubur dan menjadi mimpi ngeri yang menakutkan.

Para pemimpin PAS mestilah berfikir secara mendalam tentang kerjasama mereka dengan parti-parti PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Jika dikaji secara rasional, PAS menjadi parti serpihan ataupun seperti "Melukut di tepi gantang" yang diprogramkan oleh para pemimpin PKR dan DAP. Anwar Ibrahim mahu menjadi pejuang demokrasi sebenar di negara ini tetapi beliau pun tidak demokratik apabila memegang jawatan sebagai Ketua Umum ("Defacto Leader") tanpa melalui proses pemilihan/pengundian seperti jawatan-jawatan lain di dalam parti PKR. Mengikut perkiraan mereka, Pakatan Rakyat akan menang PRU 13 secara majoriti mudah ("simple majority") yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Mungkin Anwar Ibrahim dipilih menjadi perdana menteri. Tetapi siapakah yang akan menjadi timbalan perdana menteri? Mungkin Ustaz Hadi? Bagaimana pula dengan pemimpin DAP yang menang? Mungkinkah mereka mahu diwujudkan jawatan timbalan perdana menteri kedua? Siapakah yang memegang kementerian-kementerian penting, seperti Kewangan, Pertahanan, Pelajaran, Pertanian, Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Perdagangan? Pasti berlaku perebutan jawatan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi menyelesaikan polimik tersebut, eloklah PAS bekerjasama dengan UMNO. Para pemimpin UMNO mestilah jujur dan ikhlas dalam hal ini demi kepentingan Orang Melayu/Islam di Malaysia. Sebelum ini, para pemimpin UMNO tidak jujur dengan menikam PAS dari belakang yang menyebabkan PAS terkeluar daripada Barisan Nasional. Kejujuran paling penting ialah memberikan jawatan-jawatan penting kepada para pemimpin PAS yang menang dalam PRU 13.

Wednesday, August 8, 2012

RUMAH TERBUKA SANTAI AIDILFITRI

PENGUMUMAN:

Dengan segala hormatnya, saya bersama famili, menjemput rakan-rakan blogger dan para peminat saya
untuk hadir ke rumah saya sempena dengan Rumah Terbuka Santai Aidilfitri pada 1/9/2012 (Sabtu), bermula pada jam 8.00 malam - 12.00 tengah malam. Turut hadir memeriahkan suasana tersebut adalah para penulis dan seniman terkenal seperti S.Hussain Alattas (Pak Habib) bersama anaknya, Uncle Seekers, Yassinsalleh (Dia Ibuku), Sayuti Omar (MSO), Dinsman, Mariani, Zailani Ahmad dan lain-lain.

Alamat rumah: No. 44, Jalan Kelab Golf 13/5,
                       KGSAAS, Green Meadow, Seksyen 13
                       40100 Shah Alam, Selangor

Keterangan lanjut, sila hubungi:
                     
                       Dr Ilyas Harun: 012-9516012
                       Zarina Zakaria: 019-3037107

Kehadiran Anda Semua diucapkan ribuan terima kasih.

Monday, August 6, 2012

ISTERI/BINI POLITIKUS

Ramai bini politikus korporat lagak tak terperi
Nama dah ditukar dari Khatijah menjadi Kathy
Duit emas intan berlian berguni bertan berlori
Membeli belah dan bershopping di luar negeri
Supermarket kedai tempatan dah tak main lagi
Baju dan pakaian di pasar malam dikatakan geli
Semua berjenama yang penuh berpuluh almari
Pandai bersusuk dan make up penambahan seri
Tok-tok bomoh dan dukun kerap pula dikunjungi
Banyaklah tangkal azimat mahu menunduk si suami
Jampi serapah dan nasi kangkang permainan isteri

Bini banyak tapi isteri boleh empat
Isteri yang solehah sukar nak dapat
Bini-bini memang kuat mengumpat
Mulut selalu bisa sebab lidah berlipat
Cerca dan memaki susahlah nak ubat
Si suami selalu suruh mintalah taubat
Bini bertindak cerai pula dipaksa buat
Gertak bini memang sungguh dahsyat
Tok kadi tak pakai tak cukup syarat
Bini jadi raja, suami pun jadi sesat
Bila bini sesat, si suami mudarat
Bini menjanda, ramai mengorat
Bekas si suami pun melarat
Duit habis hilang kudrat

Isteri empat tapi bini banyak
Bini tak malu di depan khalayak
Bini berjalan selalulah mendongak
Rambut berwarna tutup aurat tak layak
Sebab mahu tunjuk potongan badan segak
Selalulah perasan orang ramai tengok bersesak
Berjalan pinggul bergoyang dan dada pun menegak

Suami di rumah nafas naik sesak
Bini di luar selalu kain terselak
Hilai ketawa besarlah gelak
Berkawan si betina galak

Isteri tentu anak banyak
Bini pula tak mahukan anak
Dia kata nanti perut naik senak
Bila ada anak tentu kena menanak

Lazimnya bini muda belia
Cantiklah pula paras dan rupa
Pandai pujuk rayu yang menggoda
Tapi dia bukanlah pula dara atau janda
Sebab sudah pun ditebuk lelaki sang buaya
Si suami memanglah gila mahukan yang muda
Dikatakan isteri dah tak pandai jaga diri sebab tua

Isteri kena kahwin cara rasmi
Ada isteri yang kahwin free
Bini kenalah kahwin lari
Takut diketahui isteri

Isteri, kena kahwin depan tok kadi
Bini, tok kadi tidaklah dapat dipasti
Isteri, kenalah kahwin sampai ke mati
Bini, tempoh kahwin tidaklah dipasti
Isteri dan bini tentulah berlainan erti

Ada isteri mahu jadi raja
Suami pula dikatakan ketua
Isteri buat keputusan semua
Suami jadi ketua tiada kuasa
Isteri berleter dikata berbahasa
Suami beri nasihat, bukan fatwa
Kehendak si isteri ikutkan segala

Isteri mati?
Kahwin lagi
Bini mati?
Mutaah lagi.....

POLITIK & POLITIKUS

Politikus ego dah suka sana sini bergebang
Waktu terbaik mungkin di bulan terang
Nampak kelibat suram-suram bayang
Kata bergulung lidah bercabang
Bukan auta itulah temberang
Di otak selalu bersarang
Mana mau cari wang?

Ada wang dikata berwang (beruang)?

Bila berkuasa akulah raja serba serbi
Mahu dikritik kalu, lu mampus you see
Pendapat bernas orang lain dikata maki
Lagi banyak pendapat diberi ISA menanti
Setiap masa mahu kayakan diri serta kroni
Rakyat miskin negara tergadai tidaklah peduli
Aku hebat ada kuasa takhta pemerintahan sendiri
Lu orang mana ada kuasa sebab aku perdana menteri

Bila kuasa di tangan sudah tiada
Tapi merasakan masih lagi berkuasa
Mahu campur tangan pemerintahan negara
Konon sang pengganti tidak pandai segala perkara
Konon sang pengganti tidak mahu teruskan agenda
Konon sang pengganti lemah dan gagal membalas jasa

Politikus rakus otaknya malang
Perangai buruk bak betina jalang
Maruah tergadai, tidak kira orang
Politicking kotor bukan kepalang
Ramai bilangan sukarlah dibilang
Politikus bersih bukan sebarang
Jumlah kecil di zaman sekarang
Nasib bangsa dirundung malang

Politikus sewel makan mahu dihidang
Dah tak main ikan bilis dan juga kerang
Sambil makan mahulah pula didendang
Lagunya nyanyian Hetty Koes Endang
Yang dibawakan khas dari Seberang
Masa makan iman pun bergoncang
Melihat penyanyi pinggul digoyang
Bila malam badan pun terlentang
Cuba teka ... siapa yang datang?

Tauke datang membawalah dulang
Berisi wang jumlah berjuta kupang
Gaji dan elaun sudah tak pandang
Diri kini dah kaya harta dan ladang
Projek dan balak tidaklah dihalang
Tauke datang diberikan peluang
Tanah dan lombong pasti datang
Politikus kaya, tauke lagi senang
Politikus kalah, tauke menghilang

Tauke hilang bukanlah kepalang
Untuk menemui politikus pemenang
Politikus pemenang dijadikan alang
Duit dan kekayaan di kepala bersarang
GRO wanita upahan disuruh kangkang
Politikus rakus jalan pun terkengkang
Akibat masuk duit dan burit jalang....

Tuesday, July 24, 2012

IBLIS/SETAN DIIKAT DALAM BULAN PUASA?

Para ulama dan guru-guru agama mengingatkan umat Islam bahawa iblis dan setan diikat oleh Allah SWT dalam bulan Puasa (Ramadan). Betul ke begitu? Wallahualam. Namun yang paling nyata adalah manusia (khasnya umat Islam) yang menjadi iblis dan setan dalam bulan Puasa apabila iblis dan setan yang sebenar telah diikat oleh Allah SWT. Kita dapat saksikan iblis dan setan berwajah manusia begitu pelahap membeli makanan dan minuman di bazaar Ramadan. Mereka betul-betul tidak dapat menahan nafsu makan walaupun mereka berpuasa. Selepas berbuka puasa, hampir 30% daripada makanan yang dibeli itu dibuang ke dalam tong sampah.

Anda boleh bertanya kepada para pekerja Alam Flora yang terpaksa mengangkut sampah 2 -3 kali ganda sampah (khasnya sisa makanan) dalam bulan Ramadan (Puasa) jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Nafsu nafsi tidak dapat dilawan oleh umat Islam.

Selain itu, terdapat pergaduhan sesama Islam. Di beberapa buah negara Islam, terdapat pembunuhan dan pengusiran sesama umat Islam, seperti yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan, Tajikistan dan lain-lain. Ini menunjukkan kegagalan alim ulama untuk menyedarkan umat Islam dengan cara yang sebenarnya supaya umat Islam menjadi lebih dinamik dan kreatif untuk menjadi umat contoh kepada manusia di dunia ini seluruhnya. Dengan jumlah melebihi 1.3 billion orang, sesungguhnya orang Islam adalah satu kuasa besar
yang semestinya digeruni oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi, senarionya adalah terbalik, iaitu negara-negara dan umat Islam menjadi kelompok yang paling mundur dan buta huruf. Kita mesti melakukan sesuatu perubahan - semestinya perubahan MINDA - tanpa mengharapkan para pemimpin politik dan agama Islam kerana mereka kebanyakannya berpemikiran materialistik.

Monday, July 16, 2012

RALI "OREN" PAS GAGAL

Parti PAS melalui biro Felada yang dipelopori oleh ANAK pimpinan Mazlan Aliman gagal diberikan sambutan oleh warga Felda yang mengadakan "rali" (demonstrasi) membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia. Demonstrasi yang dikatakan akan disertai oleh lebih 20,000 orang pada 14 Julai 2012 dari Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Negara, hanya disertai oleh 10% sahaja, iaitu lebih kurang 2,000 orang. Ini membuktikan bahawa bantahan tersebut adalah sia-sia dan ianya tidak mendapat sambutan. Daripada 2,000 orang itu, kebanyakannya bukan warga Felda. Jadi, perbuatan ANAK dan PAS bersama berbagai NGO lain yang anti-Kerajaan BN adalah sia-sia dan membuang masa.

Adalah elok, Kerajaan PAS Kelantan memberikan tanah 20 ekar seorang (lebih daripada Felda) kepada warganegara Kelantan khasnya dan warganegara Malaysia amnya untuk membuktikan bahawa mereka adalah berjiwa rakyat. Negeri Kelantan masih banyak lagi tanah-tanah kosong untuk diberikan kepada rakyatnya. Jika Felda dan Kerajaan BN dikatakan tidak baik, kenapakah mereka tidak membuat perkara yang lebih baik untuk rakyat? Sesungguhnya demonstrasi, rali dan kritikan tidaklah menyelesaikan masalah. Teladan yang baik mencerminkan arahtuju pembangunan bagi kemakmuran rakyat, negeri dan negara. Jika perkara sebegini tidak dapat diwujudkan, mampukah PAS, PKR dan DAP memajukan negara ini dan memakmurkan rakyat?

Lihatlah negeri-negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah) yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat yang tidak dapat meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih baik. Mereka hanya pandai menyalahkan para pemimpin Barisan Nasional tanpa melakukan perkara-perkara yang positif dan kreatif. Jika terdapat kritikan, ianya dikatakan hasutan BN atau orang-orang tersebut diupah oleh para pemimpin BN. Krisis air di Selangor dan Lembah Klang membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor tidak prihatin terhadap desakan rakyat untuk mengelakkan krisis kekurangan air. Berapa ribu ekar tanah-tanah di empat buah negeri tersebut yang diberikan oleh mereka kepada rakyat masing-masing? Apakah pelan pembangunan mereka untuk memakmurkan rakyat? Semuanya rhetorik dan permainan kata-kata untuk memancing undi.

Rakyat hendaklah berfikir sedalam-dalamnya supaya tidak lagi memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak dapat membuktikan kesungguhan mereka untuk membantu rakyat. Sebaliknya, mereka dipenuhi dengan intriks dan krisis kepimpinan (berebut-rebutan jawatan) sesama sendiri. Adakah para pemimpin seperti ini harus dipercayai dan diberikan undi?

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih Putrajaya dan memerintah Malaysia, sudah tentulah perebutan kuasa di kalangan mereka menjadi bertambah kritikal. Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, adakah Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan berdiam diri. Mungkinkah Malaysia pada waktu itu mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri (satu dari PAS dan satu dari DAP) apabila Anwar menjadi Perdana Menteri?

Sunday, May 13, 2012

GERAKAN MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM DAN DUNIA

Di Malaysia kini heboh diperkatakan tentang berbagai cara para pendakwah dan gereja Kristian mengKristiankan orang Melayu/Islam yang menimbulkan ketegangan agama. Hal ini telah lama berlaku tetapi ianya dibuat secara sulit/sembunyi-sembunyi, bermula daripada pemerintahan penjajah Inggeris lagi di mana mereka mendirikan berbagai sekolah, hospital dan rumah kebajikan Kristian.

Para pendakwah Kristian yang mengikuti misi tentera mereka (Barat) ke berbagai negara di seluruh dunia telah menjalankan kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan umat bukan Kristian dengan motif tersembunyi. Motif nyata adalah mengaut kekayaan material dan kuasa. Agama Kristian pula digunakan oleh kuasa-kuasa penjajah Barat (Inggeris, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali dll) untuk mendapat kekayaan dan kuasa daripada negara-negara yang dijajah supaya rakyat yang memeluk agama Kristian akan patuh kepada penguasa dan gereja.

Selain daripada gerakan dakwah dan penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh orang-orang Roman di benua Eropah dan Pesisir Laut Mediterranean pada zaman dahulu, dan para pendakwah Kristian di zaman penjajahan pada kurun kelima belas dan keenam belas, kini terdapat gerakan dakwah Kristian berbentuk baru, iaitu tanpa mengamalkan apa-apa bentuk kekerasan, penindasan dan pembunuhan. Gerakan dakwah ini berselindung di sebalik kegiatan sosial dan kemasyarakatan yang mempunyai berbagai nama, simbol dan objektif-objektif kemanusiaan. Para mubaligh Kristian ini bergiat cergas di berbagai negara di seluruh dunia, khasnya di negara-negara Islam, seperti:

Afghan Border Crusade, Africa Enterprise Incorporated, Africa Evangelical Fellowship, Africa Inland Mission, Andes Evangelical Mission, Asia Outreach, Bible Christian Union, Belgian Evangelical Mission, Bethany Fellowship Mission, Bible & Medical Missionary Fellowship, Central African Mission International, Central Asian Mission, Campus Crusade for Christ International, Child Evangelical Fellowship Incorporated, Cambodia for Christ (South-east Asian Outreach), Christian Literature Crusade, Christian & Missionary Alliance, Christian Witness to Israel, Dorothea Mission, Evangelize China Fellowship, European Christian Mission, Every Home Crusade (World Literature Crusade), Evangelical Union of South America, Far East Broadcasting Association, Far East Gospel Crusade, Fellowship of Faith for Muslims, Greater Europe Mission, Gospel Missionary Union, Gospel Recordings Incorporated, International Christian Fellowship, Indian Evangelical Mission, International Hospital Christian Fellowship, International Mission Incorporated, Indonesian Missionary Fellowship, International Nepal Fellowship, Inter-Varsity Christian Fellowship, International Fellowship of Evangelical Students, Japan Evangelical Band, Jesus to the Communist World, Latian American Mission, Messianic Testimony, Navigators Incorporated, Leprosy Mission, Middle East Christian Outreach, Missionary Aviation Fellowship, New Tribes Mission, Open Doors with Brother Andrew, Operation Mobilisation, Oriental Missionary Society International, Overseas Missionary Fellowship, Overseas Crusades Incorporated, Qua Iboe Mission, Red Sea Mission Team, Regions Beyond Missionary Union, Scripture Gift Mission, Scripture Union, Sudan Interior Mission, Sudan United Mission, The Evangelical Alliance Mission, The Evangelical Alliance Relief Fund, Trans-World Radio, Underground Evangelism, Unevangelical Fields Mission, United Bible Societies, United World Mission Incorporated, Universities & Colleges Christian Fellowship of Evangelical Unions, West Indies Mission (World-team), World Radio Missionary Fellowship, World-wide Evangelical Crusade, World Vision International, Wycliffe Bible Translators Incorporated, Salavation Army, dan Young With A Mission Incorporated.

Selain itu, penyebaran agama Kristian di seluruh dunia, khasnya di negara-negara Islam turut dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan seperti:-

Association of Evangelicals of Africa & Madagascar (beroperasi di Kenya), Assemblies of God (AoG), Asia Pacific Christian Mission (Australia), Bible Churchman's Missionary Society (Anglican), Christian Missions for Many Lands (Christian Brethren), Church Missionary Society (Anflican), Church of North India, Church of South India, Church of Christ in Nigeria, Dutch Reformed Church (Holland, South Africa & Indonesia), Evangelical Churches of West Africa, Evangelical Fellowship of India, Far East Gospel Crusade, Japan Mission for Hospital Evangelism (beroperasi di Afica Selatan), London Missionary Society (Congregational Church), Roman Catholic Church, Seventh-Day Adventist Church, South American Missionary Society (Anglican), South Seas Evangelical Mission (Australia), Student Christian Movement, Youth for Christ, dan Young Men Christian Association (YMCA).

Kegiatan Kristian di negara-negara Islam ditumpukan kepada kelompok rakyat yang hidup miskin dan buta huruf kerana diabaikan oleh pemerintah negara dan penguasa agama Islam. Kebanyakan para pendakwah Kristian itu bermazhab Protestant yang mengajar kepada campuran agama Kristian dan agama tempatan (ini fasa pertama). Mereka dilengkapkan dengan dana dan peralatan canggih di bidang komunikasi dan perhubungan, termasuklah kakitangan terlatih dalam bidang dakwah. Mereka ini sungguh-sungguh komited, rajin, jujur (amanah) dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan tanpa mempunyai agenda peribada (kepentingan diri sendiri). Bandingkan dengan para pendakwah dan alim ulama Islam!

Monday, April 16, 2012

PRO & ANTI PENYENARAIAN FELDA GLOBAL

Sehingga kini, berita hangat yang banyak diperkatakan orang ialah tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad ke Bursa Malaysia. Terdapat golongan yang menyokong penyenaraian itu dan terdapat pula golongan yang membantah hal tersebut. Keseluruhan yang menentang itu adalah dari parti-parti pembangkang.

Sebagai anak peneroka Felda Lurah Bilut (tanah rancangan Felda terawal dibuka di negara ini, iaitu pada tahun 1958 dan kemasukan peneroka pada tahun 1959), saya terpanggil untuk memberikan komen secara jujur dan berterus terang yang tidak memihak kepada mana-mana golongan.

Sebelum itu, eloklah saya terangkan berbagai isu yang dihadapi oleh peneroka dan generasi peneroka yang masih belum diselesaikan oleh pihak Felda dan Kerajaan. Sebahagian daripada isu-isu besar yang masih belum di atasi adalah seperti berikut:-

1. PERUMAHAN GENERASI KEDUA

Majoriti peneroka mempunyai anak seramai 5 orang atau lebih. Di awal pembukaan tanah rancangan Felda tiada timbul masalah perumahan anak-anak peneroka kerana kebanyakan mereka masih kecil lagi. Setelah masa berjalan dan generasi peneroka ini berkahwin dan beranak pinak, timbul masalah besar tentang rumah-rumah kediaman mereka. Ini berlaku kepada generasi peneroka yang menetap di tanah-tanah rancangan Felda. Mereka tidak sesuai menumpang di rumah orang tua mereka kerana jumlah generasi ini semakin membesar. Kini, terdapat 317 buah tanah rancangan Felda di seluruh negara yang menghadapi masalah besar ini.

Oleh kerana terdapat banyak tanah kosong yang besar dan sesuai dibina rumah bagi generasi peneroka di tanah-tanah rancangan Felda, sepatutnya Pihak Berkuasa (Felda dan Kerajaan Pusat/Negeri) membina rumah kediaman tersebut tanpa didesak oleh peneroka dan generasi Felda. Perkara ini tidak diambil peduli oleh Pihak Berkuasa yang menimbulkan berbagai masalah sosial di tanah-tanah rancangan Felda.

Kini, ada terdapat usaha Felda membangunkan rumah-rumah generasi Felda di Felda Jengka dan Felda Chini, tetapi ianya tidak menyeluruh untuk menyelesaikan masalah yang besar ini. Kelemahan Felda ialah membina Feldajaya, iaitu bandar-bandar baru di gugusan Felda terpilih yang menelan belanja beratus juta ringgit. Sepatutnya wang sebesar ini dapat menyelesaikan masalah perumahan generasi peneroka Felda di seluruh negara.

2. BIDANG KEUSAHAWAN DI KALANGAN WARGA FELDA

Tiada terdapat usaha-usaha yang positif oleh pihak Felda untuk membangunkan bidang perniagaan dan perindustrian di kalangan warga Felda bagi menambah pendapatan. Generasi Felda menghadapi masalah besar untuk mendapatkan modal untuk memula atau membesarkan perniagaan mereka. Memang ada dana khas yang diwujudkan oleh Felda untuk tujuan keusahawanan dan perniagaan di kalangan warga Felda tetapi dana tersebut tidak digunakan sepenuhnya atau diberikan kepada para usahawan tulen. Oleh sebab itu, kebanyakan bandar-bandar yang diwujudkan oleh Kerajaan di gugusan Felda, seperti Bandar Pusat Jengka (kini Bandar Tun Razak), Bandar Chini dan lain-lain seperti hidup segan mati tak mahu. Sebaliknya bandar-bandar bukan Melayu yang di luar tanah-tanah rancangan Felda pula berkembang pesat seperti Jerantut, Sungai Jan, Mentakab, Sri Jaya, Kulai, Segamat, Kota Tinggi dan Bahau.

3. MASALAH ISU PERAHAN MINYAK

Hasil ladang sawit peneroka yang dihantar ke kilang Felda tidak mendapat harga yang tinggi jika dibanding dengan harga tawaran kilang swasta. Isu perahan minyak sawit ini menjadi hangat di kalangan peneroka dan pihak Felda tidak segera menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana ketidakprihatian Felda itu, para peneroka Felda Kemahang, Kelantan telah membawa isu perahan minyak ini ke Mahkamah di mana Mahkamah memerintahkan Felda berbayar ganti rugi berjuta-juta ringgit. Banyak lagi kes yang sedang berjalan dan yang akan dibawa oleh peneroka ke Mahkamah.

Itu adalah sebahagian daripada isu-isu besar yang belum diselesaikan oleh Felda dan Kerajaan. Adakah selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad, isu-isu ini dapat diselesaikan? Adakah matlamat utama penyenaraian tersebut untuk menyelesaikan berbagai masalah di tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara? Jawapan yang pasti ialah TIDAK.

Friday, March 9, 2012

PRODUK LUAR BIASA

Sebagai pencipta produk kesihatan luar biasa, saya telah ditemui oleh seorang pengguna setia yang menyatakan bahawa berat badan beliau telah turun 20 kilo yang membuatkan beliau kini berasa lebih muda dan bertenaga. Beliau menunjukkan tali pinggangnya yang ditebuk banyak lubang akibat penurunan tersebut. Beliau telah menempah beberapa pasang seluar dan baju kerana pakaian sekarang sudah terlalu besar untuk dipakai. Beliau sangat tertarik dengan kesihatan dan tubuh badan saya yang seperti orang muda walaupun usia saya kini sudah menjangkau 61 tahun. Saya katakan itulah kesaktian Orang Melayu yang sebenarnya. Kebetulan saya telah mewarisi formula penjagaan kesihatan itu daripada bapa saya dan bapa saya pula mendapatkannya daripada bapa beliau dan seterus beribu-ribu tahun legasi ini diwariskan.

Manusia sekarang, terutamanya penduduk Malaysia hampir separuh mengalami berat badan dan obesiti. Itu sebabnya berbagai penyakit kronik menyerang manusia di zaman sekarang. Di zaman dulu tidak ada penyakit-penyakit seperti ini. Oleh kerana menghidapi tahap kesihatan yang rendah, setiap orang membelanjakan beratus atau beribu ringgit setiap bulan untuk perubatan dan rawatan. Semua ini dapat dielakkan jika orang itu tahu tentang kelebihan produk Jurus Strum Formula. Apa lagi mahu ditunggu? Adakah anda melihat sahaja tubuh badan anda yang mengembang di sana sini dan mengalami berbagai penyakit tanpa berbuat sesuatu? Ianya masih belum terlambat jika anda mahu menggunakan produk saya dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh mengaplikasikannya. Anda juga boleh menjana pendapatan lumayan jika anda menjadi agen produk luar biasa ini.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh layari laman web:
www.jurusstrumformula.unisonmall.com
Facebook: jurus strum formula

Salam dari saya,
Dr ILYAS HARUN
Founder
JURUS STRUM FORMULA

Monday, March 5, 2012

TAHUKAH ANDA BAHAWA.....?

Tahukah anda bahawa orang-orang yang paling kaya di Malaysia ialah:
(Mengikut laporan Malaysian Business dan Forbes Magazine)

1. Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) memiliki aset bernilai RM45.7 billion
2. Tan Sri Ananda Krishnan (Raja Astro) memiliki aset bernilai RM42.99 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) memiliki aset bernilai RM39.21 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) memiliki aset bernilai RM11.36 billion
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC) memiliki aset bernilai RM9.53 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) memiliki aset bernilai RM6.0 billion
7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) memiliki aset bernilai RM7.58 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) memiliki aset bernilai RM6.58 billion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) memiliki aset bernilai RM6.41 billion
10. Ong Heng Seng (menetap di Singapura) memiliki aset bernilai RM4.92 billion

Tahukah anda bahawa orang-orang yang paling miskin di Malaysia ialah:
1. MELAYU

WAHAI PARA PEMIMPIN MELAYU, TAK MALUKAH ANDA SEMUA?

Malaysia dan Indonesia diperintah oleh pribumi berbangsa Melayu (dari rumpun Malai), tetapi malangnya penduduk pribumi merupakan golongan yang paling miskin di kedua-dua buah negara yang disebut sebagai Alam Melayu (Nusantara) walaupun keduanya dianugerah oleh Allah SWT dengan kekayaan melimpah ruah. Di manakah salah dan silapnya? Jika dahulu disalahkan para penjajah (British di Malaya/Malaysia, dan Belanda di Indonesia), tetapi sekarang pemerintahan negara sudah berada di tangan sendiri?

Mengikut majalah kewangan Malaysian Business, orang yang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok. Selepas itu diikuti berpuluh-puluh billionaires bukan Melayu. Anehnya orang yang paling miskin di negara ini adalah orang Melayu walaupun pemerintahan berada di tangan para pemimpin Melayu. Lebih aneh lagi, para pemimpin agama (ulama) pun turut bersekongkol dengan para pemimpin berkuasa untuk "membodohkan" orang Melayu, seolah-olah orang Melayu adalah patung bernyawa yang boleh di"kongkalikong" atau diperkotak-katikkan sesuka hati. Hampir separuh orang Melayu yang berjumlah 17 juta orang di negara ini masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Namun begitu, mereka inilah yang memberikan undi menyokong dalam setiap pilihanraya kepada para pemimpin yang berkuasa selepas British menyerahkan kuasa pada tahun 1957.

Begitu juga di Indonesia yang bidang ekonominya didominasi oleh orang bukan pribumi. Mengikut Majalah Forbes, orang yang paling kaya di Indonesia ialah dua orang adik beradik bukan pribumi, iaitu Budi Hartono dan Michael Hartono. Anehnya, berjuta rakyat pribumi Indonesia merantau ke negara-negara lain untuk mencari rezeki dan berpuluh-puluh juta lagi yang hidup dalam kemiskinan walaupun negara Indonesia itu kaya raya dengan hasil mahsul bumi seperti petroleum, kayu balak, galian dan tanaman pertanian. Semua orang tahu bahawa pemerintahan negara 100% berada di tangan para pemimpin pribumi, selepas Belanda menyerahkan kuasa pada tahun 1945.

Melalui ruangan ini, saya berseru kepada para pemimpin Melayu yang berkuasa (baik di bidang politik mahupun di bidang agama) supaya memikirkan sedalam-dalamnya perkara di atas untuk membetulkan keadaan. Tidak ada makna negara itu menjadi maju sedangkan kaum pribumi hidup melarat. Yang maju sebenarnya adalah kaum bukan pribumi dan para pemimpin berkuasa. Tak malukah anda wahai para pemimpin berkuasa yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapakah para ulama tidak menegur ketamakan dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin berkuasa? Sendiri tanya, sendiri jawablah (mengambil kata-kata Syed Hussein Alattas @ Pak Habib). Wahai bangsaku, orang Melayu, sedarlah kalian.....

Thursday, February 23, 2012

ORANG MELAYU SUDAH HILANG IDENTITINYA

Pada 21 Februari 2012, saya dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran JATI yang diasaskan oleh YB Dato Dr Hassan Ali, mantan EXCO Agama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berlangsung di Dewan SACC, Shah Alam. Turut hadir ialah YBhg Tan Sri Harussani, mufti Perak.

Objektif JATI ditubuhkan ialah untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Namun begitu, objektif ini memecahbelahkan lagi orang Melayu kepada banyak kumpulan. Kenapakah orang Melayu masih miskin dan mundur di negara yang kaya ini? Sedangkan pucuk pimpinan (UMNO dan PAS) adalah Melayu belaka, termasuklah raja-raja? Semasa ada kuasa dulu, Dr Hassan Ali pun gagal memertabatkan kedudukan orang Melayu, Islam dan Raja. Kenapakah selepas kuasa sudah tidak ada, perkara itu mahu diperjuangkan? Perbuatan itu samalah dengan Tun Dr Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO yang mahu memperjuangkan nasib orang Melayu selepas mereka tidak ada kuasa lagi. Tanyakan hal ini kepada ahli-ahli MUBARAK (Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat) yang sudah ketinggalan bas. Atau tanyakan kepada para pemimpin PKR yang pernah mempunyai kuasa besar dulu. Orang Melayu bukan semuanya bodoh seperti yang dianggap oleh para pemimpin politik dan agama.

Sebab utama orang Melayu berpecah belah, miskin dan mundur kerana mereka sudah hilang identiti keMelayuannya kerana terpengaruh dengan identiti orang lain, baik dari Barat mahupun dari Timur Tengah. Mereka lebih mengenali keturunan orang lain daripada keturunan sendiri. Tanyakan kepada kebanyakan orang Melayu tentang nama moyang atau lebih atas sedikit dari moyang mereka. Semuanya tidak tahu. Tetapi, tanyakan mereka tentang nama para sahabat Nabi dan para pemimpin Arab, semuanya tahu. Inilah senario yang berlaku, tetapi perkara ini dianggap sensitif pula. Nampaknya orang Melayu lebih Arab daripada orang Arab atau lebih Barat daripada orang Barat. Penyakit ini bertambah kronik dari hari ke hari. Itu sebabnya kebanyakan orang Melayu mudah dikotak-katikkan oleh para pemimpin politik dan agama. Akhirnya orang Melayu menjadi pemerhati dan pengguna terhadap kemajuan yang dicapai oleh bangsa-bangsa lain. Mereka asyik menyalahkan Yahudi dan Barat terhadap kemunduran mereka. Pendek kata, orang lain yang salah, bukan diri mereka. Bilakah mereka mahu membuka minda mereka seluas-luasnya untuk mengetahui kesalahan sendiri dan bersaing dengan bangsa-bangsa lain?

Sunday, February 5, 2012

MELAYU OH MELAYU!!

Orang Melayu di Malaysia tengah tenat sekarang. Walaupun para pemimpin tertinggi negara ini adalah Melayu tetapi Orang Melayu merupakan bangsa yang paling miskin dan mundur jika dibandingkan dengan kaum-kaum bukan Melayu. Inilah fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Berbagai institusi Kerajaan ditubuhkan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup Orang Melayu tetapi kebanyakannya gagal disebabkan naungan politik dan birokrasi. Di samping itu, beberapa buah parti politik yang ditunjangi oleh para pemimpin Melayu ingin memperjuangkan nasib Orang Melayu tetapi semuanya semantik jimnastik bahasa yang memualkan bagi Orang Melayu yang terbuka mindanya.

Orang Melayu memerlukan payung yang baru untuk melindungi kepentingan dan keistimewaan mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Payung-payung lama dan sedia ada telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, terutamanya payung yang memegang pemerintahan negara. Orang Melayu sudah begitu lama ditipu - dulu ditipu oleh Penjajah Inggeris, sekarang ditipu oleh para pemimpin sendiri. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan Orang Melayu masih berfikir di dalam kotak pemikiran konvensional dan takut untuk melakukan pembaharuan. Lebih malang lagi, para ulama turut memainkan peranan menakut-nakutkan Orang Melayu. Para ulama ini adalah jurucakap pemerintah yang sangat taat. Mereka asyik mengeluarkan berbagai fatwa yang berbeza-beza di antara satu negeri dengan negeri yang lain di Malaysia ini yang boleh dianggap tidak masuk akal. Sesama mereka pun tidak sepakat!

Orang Melayu suka mengutuk sesama sendiri. Jika terdapat bukan Melayu yang menghentam Orang Melayu, terdapat Orang Melayu yang menyokong hentaman tersebut. Contohnya: Prof Khoo Kay Kim mengatakan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Li Po dan keris Taming Sari tidak wujud kerana tiada bukti, Orang Melayu pun berdiam diri. Bila Kamal Ashnawi mengaku sebagai orang yang terkaya di dunia, Orang Melayulah yang pertama mengutuk beliau. Mungkin Orang Melayu suka bukan Melayu yang kaya raya dan bila terdapat Orang Melayu yang kaya, mereka pun dengki sesama bangsa sendiri. Ini disebabkan Orang Melayu yang kaya raya tidak mahu menolong sesama bangsa. Mereka mengkayarayakan diri dan keluarga sendiri sahaja tanpa memikirkan Orang Melayu yang miskin. Institusi Islam seperti Pusat Zakat dan Tabung Haji yang mempunyai simpanan wang berbilion ringgit pun tidak mahu membantu Orang Melayu yang miskin secara serius. Bantuan hanya diberikan apabila dekat Hari Raya sahaja.

Di ruangan ini, saya mahu menjemput Orang Melayu mencari suatu formula untuk menjadikan Orang Melayu sebagai bangsa yang hebat dan tidak hidup melarat di dalam negara yang kaya raya dengan sumber dan hasil mahsul bumi yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Berikan pendapat yang boleh dijadikan panduan untuk membangkitkan semangat Orang Melayu di negara ini. Selamat berdiskusi.






Saturday, January 21, 2012

Kenapa Orang Melayu Membisu?

Kenyataan Prof Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah, Puteri Hang Li Poh, Keris Taming Sari dan pembukaan Melaka itu adalah mitos kerana tidak terdapat dalam sejarah China dan Siam semasa beliau membentangkan kertaskerja dalam Seminar Kesederhanaan tempoh hari perlulah disangkal oleh Orang Melayu, khasnya para cendekiawan Melayu. Jika kenyataan begini dikeluarkan oleh cendekiawan Melayu, saya percaya ianya pasti mendapat tentangan hebat dari Orang Melayu sendiri. Tetapi apakan daya beliau bukan Melayu yang menyebabkan Orang Melayu diam membisu sehingga ke hari ini.

Beliau mahukan bukti tentang kewujudan Hang Tuah dengan mengorek kubur Hang Tuah dan mengambil tulang belulangnya untuk kajian DNA supaya dapat disahkan kewujudan Wira Melayu itu. Itu sebabnya beliau mengatakan Hang Tuah itu adalah mitos, iaitu tidak pernah wujud dalam sejarah negara ini. Para cendekiawan dan Orang Melayu pun diam membisu bak mulut dan pemikiran mereka ditutup rapat. Pendek kata Orang Melayu tidak punyai pahlawan dan wira yang hebat. Yang hebat hebat itu adalah orang asing. Jika sejarah yang berlaku di kurun kelima belas ini pun mahu dipadamkan, bagaimana tentang sejarah kewujudan Orang Melayu di Alam Nusantara ini yang berlaku puluhan atau ribuan tahun dahulu? Inilah kesilapan para cendekiawan kita yang percayakan tulisan sejarah Orang Melayu dan Alam Nusantara ini yang berlandaskan kepada perspektif Barat dan konco-konco mereka. Akhirnya semua pelajar, samada di peringkat sekolah menengah atau di universiti, melakukan kajian dan penulisan sejarah hanyalah berpandukan kacamata Barat. Mereka "cut and paste" sahaja, tiada yang original.

Bilakah para pemerintah Malaysia, Brunai dan Indonesia mahu menjalankan kajian mendalam tentang sejarah serta kewujudan Orang Melayu/Malai/Malay dan kependudukan Alam Melayu (Nusantara) mengikut kacamata kita sendiri yang tidak berpandu kepada kacamata Barat?