Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Friday, October 13, 2017

ALIM ULAMA DAN AGAMAWAN KENA BERFIKIR

Semua orang tahu bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu/Islam
di Malaysia adalah di belakang kaum2 Cina dan India walaupun
kuasa pemerintahan Negara di tangan orang Melayu/Islam.

Oleh kerana para pemimpin politik yang memegang kuasa tidak
boleh membetulkan kemunduran orang Melayu/Islam Negara ini,
eloklah alim ulama dan agamawan mengambil alih tanggungjawab
untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu/Islam Malaysia.

Semoga alim ulama dan agamawan berfikir secara mendalam
untuk mencari kaedah2 terbaik untuk meningkatkan taraf
ekonomi umat Islam di Negara ini, seperti memajukan tanah2
wakaf dan menggunakan simpanan dana2 di Lembaga Zakat,
Baitul Mal dan Tabung Haji.

Dana2 ini boleh membangunkan rumah2 mampu bilik atau
rumahpangsa2 kos rendah di bandar2 besar bagi mengatasi
masalah perumahan umat Islam di Negara ini. Selain itu,
dana2 tersebut boleh digunakan untuk membantu para
usahawan Melayu/Islam mengeluarkan produk2 halal
untuk pasaran tempatan dan luar Negara.

SELAMAT BERFIKIR

Dr Ilyas Harun
Tel: 012-9516012
Emel: drilyasmy@yahoo.co.uk

Tarikh: 1 OKTOBER 2017

Thursday, March 9, 2017

SEMUA PERSATUAN/PERTUBUHAN MELAYU MESTI BERSATU

Saya telah menganggotai beberapa Persatuan/Pertubuhan
Melayu yang mempunyai matlamat dan objektif untuk
menangani pelbagai permasalahan yang dialami oleh
Orang Melayu/Bumiputera, khasnya di bidang ekonomi
dan pendidikan. Namun begitu, tiada satu pun tindakan
konkrit untuk mengatasi permasalahan tersebut, dan
Orang Melayu/Bumiputera semakin terhimpit akibat
kenaikan harga barang dan berbagai kos hidup yang
meningkat pada setiap masa. Semuanya menyalahkan
orang lain atau pihak lain, terutamanya Orang Cina dan
Yahudi. Telunjuk pun menuding ke arah orang lain.
Bolehkah kali ini telunjuk itu menuding ke arah diri kita
sendiri yang menjadi bangsa yang mundur dan miskin di
negara yang kaya raya dengan pemerintahan negara berada
di tangan bangsa Melayu sendiri. Para pemimpin Melayu
tidak mahu menolong bangsa mereka sendiri kerana mereka
sibuk mengkayarayakan diri sendiri.

Untuk mengatasi permasalahan tersebut, saya mencadangkan
supaya semua Pertubuhan/Persatuan Melayu yang beraneka
nama untuk bersatu dan bergabung di bawah satu bumbung,
seperti yang dilakukan oleh Orang Cina dengan "Kwangsi"
mereka untuk membantu bangsa mereka dalam segala bidang
kehidupan. Di bawah "Kwangsi," berbagai pertubuhan dan
persatuan Cina bergabung tanpa ada unsur-unsur politik dan
fahaman agama. Tujuan utama "Kwangsi" adalah untuk
membantu orang Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan
tanpa diskriminasi dan pilih kasih. Lihatlah kejayaan mereka
di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Myanmar,
Vietnam, Laos, Kampuchea dan Brunai, walaupun jumlah
mereka kecil jika dibandingkan dengan penduduk tempatan.
Sila baca buku saya: SIAPAKAH ORANG CHINA
SEBERANG LAUT."

Dengan itu sudah sampai masanya, semua pertubuhan dan
persatuan Melayu bergabung di bawah satu bumbung seperti
"Kwangsi" Cina. Kita semua sedia maklum bahawa parti-parti
politik Melayu, seperti UMNO dan PAS tidak boleh diharap
untuk membela nasib Orang Melayu di negara ini. Untuk
merealisasikan matlamat tersebut, Orang Melayu mestilah
menghilangkan sifat dengki khianat terhadap bangsa sendiri
dengan mengembleng pemikiran, tenaga dan dana untuk
memertabatkan status Melayu di Malaysia dan Nusantara
seperti di zaman pra sejarah. Sejarah Melayu di zaman dahulu
sudah dilupakan oleh Orang Melayu apabila pengaruh luar
dari India, Timur Tengah dan Eropah masuk ke wilayah ini.

Jangan pula generasi Melayu akan datang menyalahkan kita
kerana tidak bertindak matang dan berwawasan untuk
memertabatkan bangsa Melayu. Dewasa ini pun sedikit
demi sedikit wilayah Melayu dibeli oleh orang lain. Akhirnya
"Menang sorak, kampung tergadai."

Dr Ilyas Harun
H/P: 012-9516012

Tuesday, February 28, 2017

JUST FOR RELAXING

Father        : Father-in-law
Mother       : Mother-in-law
Sister          : Sister-in-law
Brother       : Brother-in-law
Son             : Son-in-law
Daughter    : Daughter-in-law
Wife            : ???
                    : She is the law
After divorce : She is the outlaw

UNTUK RENUNGAN WARGA FELDA DAN KERAJAAN

Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang merupakan tanah rancangan Felda yang pertama di Malaya (sekarang Malaysia) yang dihuni oleh para peneroka pada tahun 1959. Ia merupakan projek perintis sebagai penilaian bagi Bank Dunia untuk memberikan pinjaman kepada Kerajaan bagi membuka lebih banyak lagi tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara. Kejayaan Felda Lurah Bilut dan dana besar dari Bank Dunia membolehkan Kerajaan membuka lebih banyak lagi tanah rancangan Felda untuk membantu rakyat yang tidak memiliki tanah. Kini warga Felda dianggarkan hampir 20% daripada penduduk Malaysia.

Setelah berlalunya 58 tahun, nasib para peneroka dan generasi Felda mendapat pembelaan yang sewajarnya dan menampakkan kejayaan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan pihak Pengurusan Felda dan Kerajaan Malaysia berhubung dengan tanggungan hutang yang banyak oleh para peneroka dan nasih generasi kedua Felda yang terpinggir. Walau bagaimana pun, kesalahan tidak terletak di bahu Kerajaan dan Felda, tetapi para peneroka dan generasi kedua sebagai pewaris ada melakukan kesalahan. Mahukah kita mengaku kesalahan kita? Lihatlah fakta berikut:-

1. Sebagai generasi pewaris bagi ladang 10 ekar milik arwah bapa/ibu kita, berapakah jumlah pendapatan hasil ladang yang kita simpan sebagai "Tabung Untuk Tanam Semula" (TUTS)? Katakan pendapatan hasil ladang RM 3,000 sebulan, simpanan ke dalam tabung TUTS RM 300 atau 10% daripada pendapatan hasil ladang pada setiap bulan. Dalam masa 10 tahun, ianya menjadi RM36,000, dan dalam masa 20 tahun, ianya menjadi RM72,000. Dengan jumlah tabungan kita yang banyak itu, kerja-kerja tanam semula ladang tidak payah diserahkan kepada Felda kerana kita sudah mampu buat sendiri dan dana sendiri. Kita pun tidak menanggung hutang.

2. Jika pendapatan hasil ladang peneroka Felda purata RM2,7000 sebulan (setelah ditolak tabung TUTS) itu dibelanjakan di kedai-kedai milik peneroka di Felda masing-masing, sudah tentulah para peniaga tempatan dapat membesarkan lagi kedai mereka atau mempelbagaikan perniagaan mereka. Tetapi apa yang terjadi? Para peneroka Felda sanggup berbelanja di kedai-kedai di luar tanah rancangan Felda mereka di pekan atau bandar berdekatan, contohnya Sungai Jan (Tong Kiat), Jerantut, Mentakab, Raub, Bentong, Mentakab, Jerantut, Kuantan, dan lain-lain yang dimiliki oleh bukan Melayu. Setiap bulan, berjuta-juta ringgit pendapatan peneroka mengalir keluar dari tanah rancangan Felda.

3. Pada zaman ibu/bapa (generasi pertama) masuk ke tanah rancangan Felda, perpaduan di kalangan mereka sangat utuh walaupun di kalangan mereka menganggotai berbagai parti politik dan dogma. Kenapakah sekarang ini tiada lagi perpaduan seperti di zaman ibu/bapa kita, sedangkan generasi kedua sudah mendapat pendidikan tinggi jika dibandingkan dengan generasi pertama?

4. Ibu/bapa (generasi pertama) membina rumah yang selesa untuk anak-anak mereka yang ramai bilangannya. Tetapi sekarang, anak-anak (generasi kedua) yang ramai itu tidak pula boleh membesarkan rumah pusaka tersebut. Terdapat banyak rumah-rumah pusaka itu yang roboh atau terabai begitu sahaja.

5. Jika setiap warga Felda, khasnya generasi kedua menjaga kebersihan kawasan rumah (luar dan dalam), pihak Felda atau JKKK atau JKKR tidak payah memotong rumput di bahu jalan di hadapan rumah peneroka. Perbelanjaan penyelenggaran ini agak tinggi pada setiap bulan.

6. Jika ibu/bapa murid-murid di sekolah-sekolah rendah dan menengah memahami betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka, tabung PIBG dengan sendirinya berisi penuh tanpa memohon bantuan kewangan daripada pihak-pihak lain. Sikap prihatin sudah luntur di kalangan generasi kedua Felda pada masa ini.

7. Jika setiap pemilik ladang faham tentang tugas dan tanggungjawabnya, sudah tentulah ladang akan menjadi bersih dan hasil keluaran pun meningkat.

8. Dulu, tanah-tanah rancangan Felda bersemarak (vibrant) dengan berbagai aktiviti kemasyarakatan di bidang keagamaan, kebudayaan, sukan dan ekonomi yang melahirkan insan-insan yang hebat dan berkualiti. Tetapi sekarang?

9. Generasi kedua dan ketiga ramai yang berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta. Begitu juga di bidang perniagaan, ramai yang menjadi usahawan yang berjaya dan tokoh korporat. Jika mereka ini prihatin dan sayangkan kampung halaman mereka di tanah-tanah rancangan Felda, sudah tentulah tanah-tanah rancangan Felda menjadi lebih maju dan berdaya saing dengan bandar-bandar yang berdekatan dengan pelbagai aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.

10. Generasi kedua dan ketiga merupakan modal insan yang sangat besar dan berkualiti dengan pendidikan tinggi dan beraneka pengalaman, tetapi lelulusan, kepakaran dan pengalaman mereka itu tidak digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan, pengurusan Felda dan masyarakat. Dalam pada itu, mereka sepatutnya boleh menubuhkan satu konglomerat dengan dana sendiri untuk membuka tanah-tanah rancangan ala Felda di seluruh dunia.

Sampai bila kita mahu menyalahkan orang atau pihak lain tanpa melakukan perubahan drastik untuk maju ke hadapan?

Dr Ilyas Harun (Generasi Kedua)
Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang
H/P: 012-9516012
Emel: drilyasmy@yahoo.co.uk

Monday, February 27, 2017

IS IT TRUE?

Is it true that Women, when they are in....
Teens - Like Amazon, virgin and thick-forested
20s - Like Asia, vibrant and challenging
30s - Like America, colourful and admiring
40s - Like Europe, fully explored
50s - Like Antartica, cold and uninspiring
60s - Like Sahara, barren and unbecoming
70s - Like Siberia, isolated and no one goes
80s - Like Dead Valley, waiting to die

LELAKI, BILA BERUSIA/////

20an - Ada pandangan hidup
30an - Pantang hidup
40an - Ada pegangan hidup
50an - Kadang-kadang hidup
60an - Susah nak hidup
70an - Sesekali hidup
80an - Tiada kehidupan

Friday, February 10, 2017

PILIHAN RAYA UMUM KE 14

Persoalan yang hebat diperkatakan di mana-mana di seluruh Malaysia
adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Ia menjadi teka
teki bagi semua peringkat masyarakat, khasnya di kalangan ahli-ahli
politik (Kerajaan dan Pembangkang). Mandat terakhir kerajaan Barisan
Nasional (BN) memerintah Negara ini adalah bulan Mac 2018. Dengan
itu, PRU mesti diadakan sebelum tarikh tersebut.

BN yang sudah memerintah Malaysia sejak Merdeka pada 31/8/1957
menghadapi situasi paling sukar untuk mempertahankan pemerintahan di
tangan mereka kerana kekuatan parti-parti pembangkang, dan kekecewaan
orang ramai terhadap dasar PM Najib Razak yang dilihat banyak
melakukan skandal rasuah, khasnya kes IMDB yang melibatkan
RM 2.6 billion masuk ke akaun peribadi beliau. Selain berbagai
penyalahgunaan kuasa, rakyat dibebankan dengan cukai GST dan
harga barang yang meningkat dari sehari ke sehari. Paling
membebankan rakyat adalah kenaikan harga minyak petrol
dan diesel yang tidak sepatutnya berlaku. Kenaikan ini pula
menyebabkan para peniaga terpaksa menaikkan harga barang
bagi menampung kos pengangkutan.

Bagi saya, BN akan tetap menang dalam PRU 14 kelak, tetapi majoriti
di Parlimen akan berkurangan. Salah satu faktor kemenangan BN
adalah undi rakyat kampung dan Felda yang merupakan pengundi
tegar BN. Sehingga kini, berbagai insentif dan bantuan kewangan
diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk meraih undi di
dalam PRU 14 kelak.

SELAMAT MENGUNDI
UNDILAH DENGAN BIJAK

Dr Ilyas Harun
H/P: 012-9516012
Email: drilyasmy@yahoo.co.uk