Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Follow by Email

Wednesday, August 10, 2011

AMANAT DARI GALUNGGUNG

Ini merupakan ajaran nenek moyang yang sudah dilupakan oleh kebanyakan
orang kita kerana terpengaruh dengan identiti asing.

"Ada dahulu ada sekarang, tidak ada dahulu tidak akan ada sekarang;
ada masa lalu ada masa kini, bila tidak ada masa lalu, tidak akan ada
masa kini, ada pokok kayu ada batang, tidak ada pokok kayu tidak akan
ada batang; ada tunggulnya tentu ada "catang"nya."

- Amanat Dari Galunggung -

Tukilan kalimat karuhan yang tertuang di dalam naskah Amanat Dari
Galunggung itu ada memperingatkan kita terhadap akar budaya kita
yang harus dipelihara untuk kesimbungan antara generasi ke generasi
dan kesadaran terhadap sejarah keturunan bangsa sendiri. Dan
kesadaran seperti ini mestilah dipraktikkan pada setiap masa supaya
kita tidak terlepas dari budaya kita sendiri yang telah dahulu mapan
pada zamannya. Agak sedih kerana orang kita lebih mengagungkan
budaya/identiti orang lain daripada budaya sendiri. Setiap bangsa di
dunia ini menegakkan budaya mereka sendiri, tetapi warga Nusantara
telah meninggalkan budaya sendiri kerana terpengaruh dengan budaya
asing yang dibawa masuk dari India, Timur Tengah/Arab dan Eropah.
Sehingga kini, warga Nusantara terkapai-kapai untuk maju. Hal ini
ditambahkan lagi dengan berbagai bencana alam yang dahsyat sering
berlaku di wilayah ini yang mengorbankan ratusan ribu jiwa dan
memusnahkan berbillion ringgit harta. Apakah segala malapetaka
yang berlaku itu tidak menjadi pengajaran kepada kita supaya balik
ke pangkal jalan untuk menghormati nenek moyang kita sendiri?

Malapetaka dan musibah yang berlaku di bumi Nusantara ini bukan
balasan Tuhan tetapi balasan Alam terhadap umat di sini kerana
menderhaka kepada nenek moyang mereka sendiri dengan mengenali
lebih mendalam nenek moyang orang lain. Lihatlah bangsa China dan
India yang masih mempertahankan kepercayaan terhadap nenek
moyang mereka, tetapi kita telah mengenepikannya. Warga kita
sudah kehilangan identiti sendiri.

Untuk menjadi bangsa besar dan disegani dunia, eloklah kita
kembali kepada identiti kita sendiri, seperti yang dilakukan oleh
bangsa-bangsa yang maju (Amerika, Jepun dan Eropah). Kita lebih
mengenal orang lain daripada diri kita sendiri. Ayuh bangsaku!!
Bangunlah kamu dari lena kamu dan diri kami telah di"zombie"
menjadi "Pak Turut" bangsa lain.

Wednesday, August 3, 2011

MAKLUMAT PENTING

Tujuan saya membuat kajian tentang asal usul orang Melayu/Malai/Malay adalah untuk memperbetulkan sejarah yang ditulis oleh bangsa lain terhadap sejarah kita sendiri. Apabila kita sudah mengenal diri kita sebagai orang Melayu/Malai/Malay yang sudah mendiami bumi Nusantara ini beribu-ribu tahun, maka dapatlah kita mencari suatu formula untuk bersatu padu sesama kita. Selain itu, ajaran nenek moyang kita tentang sifat berkasih sayang, tolong menolong dan bergotong royong, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang, berseni dan berkebudayaan, beriadah dan bersilat, berpemikiran terbuka, saling memaafkan, pandai menjaga kesihatan dan kebersihan, pandai menjaga alam sekitar, kehidupan harmoni, tidak suka berdolak dalik, tidak suka mungkiri janji, tidak suka berhasad dengki, berkreatif dan inovatif untuk memajukan diri dan komuniti, tidak berburuk sangka, dan berbagai sifat positif yang lain. Itu sebabnya berbagai bangsa di dunia ini sangat suka datang ke Nusantara. Bahkan ada yang suka menetap di sini sampai ke mati. Belum ada sejarah dunia yang mencatatkan kehadiran kuasa-kuasa Barat (penjajah) di sesuatu wilayah yang kemudiannya mereka jajah. Lihatlah Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol dan kemudiannya Amerika Syarikat yang menjajah Nusantara disebabkan kita tidak bersatu, walaupun jumlah mereka tidak ramai seperti kita. Belanda adalah sebuah negara yang kecil dan penduduknya kecil tetapi mereka dapat menjajah Indonesia selama 350 tahun. Begitu juga Portugal, England dan Sepanyol yang wilayah dan penduduknya lebih kecil dari Nusantara, tetapi mereka berjaya menjajah wilayah ini berkurun-kurun lamanya.

Apabila orang Melayu/Malai/Malay sudah boleh bersatu padu tanpa mengira fahaman politik, agama, negara dan suku bangsa, barulah kita boleh membangunkan wilayah ini dan bangsa kita ke status negara maju yang dapat bersaing dengan negara-negara maju. Di samping itu, orang kita akan dapat mencipta berbagai peralatan sains dan teknologi yang canggih untuk digunakan oleh masyarakat antarabangsa. Pada masa ini, kita hanya menjadi PENGGUNA SAHAJA terhadap hasil-hasil ciptaan Barat. Lihatlah hypermarket Tesco, Giant, Carrefour, Court Mammoth, dsb yang berjaya menapakkan kaki mereka di bidang pemborongan dan perbekalan barangan keperluan. Berbilion duit kita dibawa balik ke negara-negara mereka. Kenapakah kita masih lagi tidak sedar? Lihat pula industri perkilangan dan pembuatan yang hampir 100% dimiliki oleh orang asing. Orang kita 100% menjadi pekerja dan kuli mereka. Kenapakah dana orang Islam di Nusantara ini yang disimpan di Tabung Haji, Baitul Mal dan lain-lain Tabung tidak digunakan untuk membangunkan status ekonomi umat Islam? Saya percaya jika tabung-tabung ini digunakan sepenuhnya untuk membangunkan ekonomi umat Islam, ramai tauke hypermarket asing gulung tikar dan balik ke negara-negara mereka.

Kita tak kisah orang Melayu/Malai/Malay ini beragama apa, berfahaman politik apa atau hidup di negara mana pun di Nusantara ini, tetapi mereka mestilah bersatu. Kepelbagaian dalam kesatuan adalah MAHA PENTING untuk mencapai kemajuan. Itulah keunikan kepelbagaian yang Tuhan anugerahkan kepada orang Melayu/Malai/Malay. Ciri-ciri orang kita pun unik dijadikan Tuhan - ada yang berkulit putih, ada yang berkulit sawo matang, ada yang berkulit hitam, ada yang berhidung mancung, ada yang berhidung penyek, dan berbagai lagi keunikan yang tidak dipunyai oleh bangsa-bangsa lain. Namun begitu, keunikan itu bukanlah untuk kita mendominasi atau merendah2kan martabat bangsa-bangsa lain. Kita saling perlu memerlukan di antara satu sama lain dan berintegrasi tanpa diskriminasi. Itulah ajaran semua agama di muka bumi ini.

Lihatlah Israel yang ditegakkan oleh rejim Zionis di tengah-tengah bangsa Arab yang mempunyai 22 buah negara dan lebih 200 juta penduduk. Oleh kerana bangsa Arab itu tidak bersatu, 5 juta penduduk Israel tidak dapat dikalahkan. Mereka sering menuduh orang itu dan orang ini. Mereka anti-Amerika dan Barat, tetapi teknologi Barat mereka gunakan. Negara-negara Islam di seluruh dunia menjadi tempat lambakan barangan dan perkhidmatan Barat yang mengkayakan mereka serta merta. Penjualan senjata Barat kepada negara-negara Islam bertrilion dollar setahun. Sepatutnya senjata itu digunakan untuk memerangi musuh, tetapi semuanya digunakan untuk membunuh bangsa mereka sendiri. Apakah budaya seperti ini yang mahu kita contohi? Negara-negara Islam dianugerahkan Allah SWT dengan kekayaan sumber bumi yang tersangat banyak. Tetapi kekayaan itu siapa yang meraihnya? Kenapa mereka tidak boleh menjadi maju? Kenapa mereka tidak boleh mencipta berbagai barangan? Sedangkan jam tertinggi di dunia yang terletak dekat Kaabah di Mekah itu pun dibina oleh orang asing!

Banyak blog dan laman web yang saya baca tentang orang Islam. Kebanyakannya menuduh kafir, Yahudi, Kristian dan berbagai label yang menyakitkan hati (dipenuhi dengan emosi amarah yang membara). Apa perkara ini yang diajar oleh Rasulullah SAW? Memang, orang kafir pun ada mengkritik orang Islam dan agama Islam, tetapi kita jawablah secara sopan walaupun mereka kurang sopan. Jawapan yang berhemah adalah ajaran Islam yang sangat murni. Tetapi kenapakah umat Islam itu kasar dan ganas sikapnya? Mungkinkah dunia ini akan aman jika semua penduduk dunia memeluk agama Islam? Lihatlah contoh negara-negara Islam pada hari ini yang kehidupannya tidak aman, tenteram dan makmur. Contoh melalui teladan. Adakah orang-orang yang kita kata kafir itu lahir secara sendiri, bukannya dijadikan oleh Tuhan? Allah SWT Maha Kuasa untuk menjadikan segala2nya. Diwujudkan Neraka dan Syurga adalah sebagai tempat pembalasan. Biarlah Tuhan yang membalas, jangan manusia sendiri yang menjatuhkan hukuman dan pembalasan. JANGANLAH KITA BERTINDAK SEPERTI TUHAN...