Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, August 5, 2010

THE REAL ORIGIN OF THE MALAYS

Kebanyakan orang percaya bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan di Negeri China. Pendapat ini tidak tepat kerana terdapat orang Melayu yang berhijrah ke Negeri China, Vietnam, Kampuchea, Laos, Tibet dan Utara India. Penghijrahan ini terjadi kerana di wilayah orang Melayu (sekarang Nusantara) kebanyakannya telah tenggelam akibat serangan super tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Batara Guru (Toba). Letusan ini menyebabkan air laut naik mendadak dan ditambah lagi dengan cairnya ketulan ais dari kutub utara dan kutub selatan yang menenggelamkan tanah daratan yang begitu luas.

Wilayah tempat asal usul orang Melayu diberikan berbagai nama, seperti Atlantis, Lemuria, Mu, Kumari Kandam, Sundaland, atau Nusantara. Lebih kurang 70,000 tahun dahulu, orang Melayu sudah membina tamadun besar (sebelum banjir besar) di wilayah ini serta mengajar lain-lain bangsa untuk bertamadun. Mereka membina tamadun-tamadun hebat di Mohenja-Daro dan Harappa di Lembah Indus, Sumeria, Phythia, Mesir Purba, Incas dan Mayan. Tamadun ini tidak diketahui oleh para sarjana Barat dan mereka hanya membuat andaian-andaian tentang pendirinya. Kenapakah Banjaran HiMALAYA di benuakecil India itu dinamakan Himalaya? Hi bermakna "Gunung", Malaya bermakna "Malays" atau "Melayu". Siapakah bangsa Aryan? Mereka adalah golongan bangsawan Melayu yang memerintah di utara benuakecil India. Siapakah bangsa Sumeria, Mesir Purba, Incas dan Mayan?

Kajian mendalam saya terhadap asal usul sebenar orang Melayu telah saya bukukan dengan jodol: MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN DAN BUDAYA YANG MEMERINTAH. Di dalam buku ini terdapat berbagai kitab-kitab ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang yang telah wujud berpuluh ribu tahun dahulu, iaitu lebih lama daripada wujudnya kitab-kitab Hindu. Apakah agama orang Melayu sebelum Hindu? Siapakah pendiri agama Hindu? Semuanya terjawab di dalam buku saya itu.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi saya di email: drilyasmy@yahoo.co.uk atau handphone: 012-9516012. DR. ILYAS HARUN

12 comments:

  1. Salama,
    Mengikut taurat tamadun manusia sejak Adam telah berlangsung selama hampir 6,000 tahun. 1,000 tahun sebelum Adam di huni bangsa Jana sebagaimana di nyatakan di dlm al quran dan dari Jana ini turunnya keturunan cendera, mambang, jin, syaitan, pari dan dewa. Bumi ini mempunyai 7 jalan iaitu 7 makhluk yg menghuninya. Kitab veda adalah kitab nabi Daawada (Daud) dan nabi Daud hidup kira2 3,000 tahun dahulu dan ini bermakna kitab tersebut menyatakan ttg agama nabi Ibrahim, Asalama dan bukanlah tiada permulaan sebagaimana di percayai pengikut hindhu. Perkataan Himalaya sebenarnya adalah dari perkataan A'rabaya iaitu Haya (Hidup) Malaya. Melayu, Bangsa yg paling digeruni, mempunyai keberanian sebagaimana bangsa Rom dan kebijaksanaan yg menjadikannya penguasa alam semesta. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bangsa Melayu adalah salah satu dari bani Asara(Perjalanan) Yala (Diri). Mereka sentiasa berhijrah mengembangkan agama tuhan. Mereka merupakan bangsa yg dianggap bangsawan kerana mempunyai kelebihan dari segi keturunan dan ilmu pengetahuan kitab2 tuhan. Bangsa ini menguasai seluruh nusantara dan membina empayar2 kerajaan yg hebat. Fikirkan indonesia mempunyai hampir 300 juta penduduk berbilang bahasa namun bahasa rasmi adalah bahasa Melayu yg memang menyerlahkan keTUANAN melayu sedangkan bahasa Jawa merupakan bahasa kebanyakan mereka. Kebangkitan semula agama tuhan telahpun diketahui oleh nabi2 terdahulu dan segala rahsia akan hamba singkapkan. Kebanyakan manusia akan menolaknya namun matlamat hidup hamba ialah menguasai dunia ini sebagai janji tuhan bhw bumi ini diwarisi oleh hambaNya yg soleh.

    ReplyDelete
  3. Ramai orang menganggap bangsa Melayu ini bermula dua atau tiga ribu tahun dahulu, tetapi sebenarnya mereka telah wujud dan menghuni wilayah Nusantara ini berpuluh ribu tahun yang lalu. Mereka tidak ada kena mengena dengan lain-lain bangsa seperti yang dinyatakan oleh para cendekiawan, termasuk Al Mahadaya yang mengaitkan orang Melayu berasal keturunan dengan para Nabi. Orang Melayu termasuk ke dalam kelompok besar ras Mongoloid sedangkan para Nabi yang kita ketahui adalah daripada ras Kaukasoid (berkulit putih, hidung 'terpatuk' dan bermata biru dan hijau (majoriti). Orang Melayu ada agama tersendiri sebelum adanya agama Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Zoroaster, Mithra, Jaina, Zeus (Apollo), Triniti Mesir Purba, dan lain-lain agama di dunia ini. Itu sebab orang Melayu sangat bersopan santun dan berbudi bahasa seperti yang diajarkan oleh agama Melayu (semestinya dari Tuhan). Ini isu sensitif...

    Untuk makluman: agama tertua di dunia yang diketahui adalah agama Mesir Purba. Selepas itu diikuti oleh agama Yunani (Greek Purba) dan diikuti oleh agama-agama Hindu, Mithra, Zoroaster dan agama orang Inca, Maya dan Aztec. Selepas itu, agama Jaina, Buddha, Laotze, Confucius dan Shinto. Kemudiannya lahirlah agama-agama 'langit' di Timur Tengah, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam. Oleh kerana pengaruh penjajahan dan peperangan, agama-agama langit ini pun mendominasi dunia sehinggalah ke hari ini.

    Sebagai orang Melayu, eloklah kita mencari permata yang 'hilang' itu untuk mengembalikan kemuafakatan ummah. Ia 'hilang' bermakna terpendam dek tekanan dan paksaan oleh pihak yang berkuasa. Ia telah muncul secara perlahan-lahan dengan berselindung di sebalik agama rasmi (Islam). Suatu hari ini, agama Melayu akan dianuti oleh majoriti penduduk Nusantara seperti di zaman leluhur mereka di zaman dahulu kala. Cubalah kita berfikir di luar kotak pemikiran biasa kerana di luar sana terdapat perkara-perkara yang anih dan luar biasa. Segala hujah dan pendapat hendaklah dilakukan secara berhemah dan berbudi bahasa mengikut kepercayaan orang Melayu sejati. Sesungguhnya Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya yang Memerintah. Melayu Sejati tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh mungkir janji dan tidak boleh berhasad dengki. Saya masih lagi melakukan kajian dan penyelidikan tidak mengikut cara konvensional yang berbau Barat dan cara orang lain. Saya lakukan cara Melayu. Sebarang komen alamatkan kepada email saya: drilyasmy@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  4. salam tuan,

    dimana boleh saya dapatkan buku tuan itu?

    ReplyDelete
  5. Assalamu alaikum !

    Setiap orang manusia memang akan mengakui bangsa , agama dan bahasanyalah yang tertinggi martabatnya didunia. Itu tak salah itu memang perangai manusia.

    Tetapi apa yang anda tulis tentang bangsa melayu sudah keterlaluan .

    Nilai dan tamadun sesebuah bangsa dinilai mengunakan bahasa , scriptures ( buku-buku), penciptaan dan kemajuan dalam bidang-bidang lain.

    Sebuah bangsa yang tertua patut ada :
    1. Bahasa sendiri yang lengkap
    2. Tulisan sendiri
    3. Bahasa lain yang terlahir dari bahasa tersebut
    4. Adad istiadat tersendiri
    5. Dan sebagainya.

    Pada pendapat saya Bangsa melayu berasal dari Tamil Nadu , India . Pengikut yang datang dari india pada zaman jajahan Raja Raja Cholan dari India ke Tanah Jawa dan Thailand itulah yang dikatakan Orang melayu sekarang.

    Gunung Himalaya bukan dinamakan sempena Orang melayu , sebaliknya ucapan yang betul bagi Himalaya ialah ( Imaya Malai ) yang bermaksud gunung yang tertinggi .

    http://www.rahsiaalam.com

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    Dari petikan tuan yang berbunyi:

    ...Kajian mendalam saya terhadap asal usul sebenar orang Melayu telah saya bukukan dengan jodol: MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN DAN BUDAYA YANG MEMERINTAH. ...

    adakah tuan penulis yang sama untuk blog Kepustakaan Melayu?

    ReplyDelete
  7. dey vicinotes..

    lu jgn suka2 kata melayu itu dr india mcm lu juga.. lu jgn igt itu melayu tada tulisan sndri juga.. lu kalu kaji pn tara juga jgn suka taip suka2 juga.. lu aa jenis baca satu buku juga, kesimpulan juga ada buat buta2.. lu suka2 ckp cholan mari juga tp lu tada cerita bila juga.. lu suka2 sebut Imai Malai tp lu xtau apa itu Malai juga.. lu kasi balik byk2 baca juga.. wa bukan kata suma dr ilyas kata ada butul juga.. tp byk yg ada butul juga.. lu ada paham ka india cholan mari?

    ReplyDelete
  8. Memang betul kata Prehu...Bukti2 kewujudan orang Melayu/Malai/Malay di Nusantara ini ada terdapat di Lembah Lenggong, Perak dan beberapa kawasan lagi di Indonesia. Lihat keratan akhbar tentang penemuan tersebut yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi USM. Tujuan saya adalah untuk menyatukan orang Melayu/Malai/Malai (tidak kira suku bangsa dan fahaman politik atau agama)di Nusantara ini yang berjumlah lebih 350 juta supaya dapat menjadi bangsa yang besar dan disegani dunia. Banyak peninggalan nenek moyang kita tetapi tidak ramai pengkaji Melayu/Malai/Malay yang membuat kajian tentangnya. Ada terdapat kesan-kesan purba di dalam laut, dekat Taiwan. Itu belum lagi kajian mendalam di Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa dan Teluk Siam yang pada zaman dahulu kala merupakan daratan yang tenggelam ke dasar laut. Kajian saya bukan bersikap rasis atau membangga2kan diri, tetapi saya ingin memberikan kesedaran kepada generasi sekarang tentang orang Melayu/Malai/Malai itu memang ada mempunyai tamadunnya sendiri. Orang Melayu/Malai/Malay bukan tinggal di atas pokok seperti yang dihujahkan oleh sesetengah cendiakawan Barat. Keseluruhan sejarah orang Melayu itu ditulis oleh para sarjana Barat dan Timur yang mempunyai perspektif tersendiri. Adakah kita mahu percaya kajian mereka dan menolak kajian yang dilakukan oleh bangsa kita sendiri? Sepatutnya kita bersama2 berkongsi pendapat tentang sejarah orang Melayu/Malai/Malay yang sebenarnya mengikut kajian kita sendiri. Lihatlah betapa indahnya sikap bergotong royong, berbudi bahasa, bersopan santun dan menghormati tetamu oleh nenek moyang kita. Tetapi sekarang?

    ReplyDelete
  9. Saya org melayu minang dr Indonesia, dan sy setuju sekali dgn kajian anda Tuan. Saya pun berfikir bahwa kita bangsa Melayu jgn lagi berperang, bersatulah kita. Sekian lama kita dipecah belah oleh bangsa eropa, belanda, portugis, british dll...semua demi gold, gospel n glory...

    ReplyDelete
  10. saya org jawa/indonesia/melayu, saya tertarik sekali dengan tulisan tuan, tpi saya kurang bisa memahami tulisan tuan, barangkali ada yang berhasa indonesia? bersatulah melayu!

    ReplyDelete
  11. apa sebaiknya arkeolog2 melayu bersatu untuk mengadakan suatu penelitian?

    ReplyDelete
  12. makin di kaji, makin misteri cerita tentang melayu ni... yg penting, melayu tu mmg ada misterinya sendr.. semoga rahsia itu boleh di rungkai dan dikongsi bersama bangsa2 malai-yu yg lain.. selamat mengkaji.. =)

    ReplyDelete