Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Wednesday, May 25, 2011

Polimik Tentang Orang Melayu

Saya terpaksa menyambung semula kitab-kitab "Malaiyana Mulayanam" (Ajaran Melayu/Malai Mula Ajaran - The Root of All Knowledge) kerana mahu memberikan komentar yang mendesak. Terdapat berbagai polimik dan komen yang saya baca dalam internet tentang orang Melayu (orang kita). Inilah penjelasan saya:

Sebenarnya Orang Melayu/Malayu/Malai/Malay bukanlah bangsa yang baru di muka bumi ini ataupun berasal dari bangsa/suku bangsa lain. Orang kita ada identiti tersendiri dan unik. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. Semuanya dijadikan oleh Tuhan (saya tidak berikan nama sebab Tuhan itu tidak dapat difikirkan, dibayangkan, dideskripsikan dan di luar kemampuan akal manusia). Contoh, seperti angin dan udara. Bolehkah sesiapa yang mendeskripsikan angin dan udara. Adakah dia itu makhluk? Adakah dia berwarna warni? Kenapa kita tidak nampak tetapi dapat rasa? Tentang atom, ahli-ahli sains (manusia) dapat pecahkan komposisinya, tetapi angin dan udara? Sebagai manusia ciptaan Tuhan, kita janganlah menganggap diri kita, bangsa kita, agama kita dan fahaman kita sahaja yang betul, dan mengatakan yang orang lain itu salah belaka. Manusia jualah yang membeza-bezakan itu semua, tetapi pada Tuhan? Sebagai orang Islam, anda mengaku anda dan umat Islam sahaja yang benar, betul dan diterima Tuhan, sedangkan umat-umat lain dilaknat Tuhan. Begitu juga umat Kristian yang mengatakan ajaran Kristian sahaja yang benar dan diakui Tuhan. Para penganut Hindu dan Buddha pun mengatakan agama-agama mereka sahaja yang benar dan diakui Tuhan. Apabila diskriminasi ini berlaku, maka manusia sesama manusia pun berbunuhan sesama sendiri untuk menegakkan kebenaran atau mendominasi di antara satu sama lain. Kita mesti mengetahui bahawa sebelum adanya agama Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, Islam, Zoroaster, Mithra, dll., manusia di dunia ini beragama apa?

Ajaran agama dan Tuhan orang-orang Mesir dimatikan apabila orang-orang Mesir itu memeluk agama Kristian bila agama tersebut menjadi dominan (itu sebabnya terdapat tujuh juta orang Mesir menganut agama Kristian sehingga ke hari ini). Selepas itu, orang-orang Mesir meninggalkan agama dan ketuhanan Kristian untuk menjadi Islam apabila agama Islam menjadi dominan selepas Nabi Muhammad. Kini Islam di Mesir sudah bercampur aduk, bermacam mazhab dan tafsiran Islamnya. Di sinilah terletaknya universiti paling tua di dunia, iaitu Universiti Al-Azhar. Ramai pelajar Islam dari seluruh dunia datang belajar di sini, dari zaman dulu sehinggalah ke hari ini. Tetapi agak aneh, apabila graduan-graduan lepasan universiti ini (khasnya dalam bidang agama Islam) balik ke negara masing-masing (mereka menjadi imam, ulama dan pemimpin agama), kenapakah fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu berbeza-beza di antara satu negara Islam dengan negara Islam yang lain?

Kenapa terdapat empat sahaja mazhab yang diakui dalam agama Islam? Bagaimana dengan mazhab Wahabbi? Mazhab Wahabbi adalah mazhab dominan di Arab Saudi. Kenapakah nama negara ini Arab Saudi? Siapakah Ibn Saud yang memakai namanya untuk menjadi Arab Saudi? Kenapakah Arab Saudi yang kaya raya dan Quran dalam bahasanya (Arab) tidak menjadi negara maju? Kenapakah mereka tidak mencipta berbagai peralatan sains yang terdapat pada hari ini. Kenapakah kita menggunakan segala ciptaan "kafir?" Negara Islam yang manakah boleh dijadikan contoh (model) untuk bangsa-bangsa lain belajar tentang tamadun dan kejayaan? Kenapakah orang Islam bergaduh, berperang dan berbunuhan sesama sendiri?

Orang Melayu/Malayu/Malai mempunyai tamadun dan identiti tersendiri. Nenek moyang kita di zaman dahulu kala (pra sejarah) telah meninggalkan ajaran yang cukup murni. Itu sebab orang kita sangat bersopan santun, berbudi bahasa, meraikan tamu (bangsa-bangsa lain suka datang ke Alam Melayu sebab ini), hormat ibu bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan orang asing.

Apabila berlaku letusan Gunung Batara Guru (kawahnya menjadi Tasik/Danau Toba, dan puncaknya menjadi Pulau Samosir) dan malapetaka dahsyat seperti super tsunami dan kecairan sebahagian ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan, sebahagian daratan Alam Melayu pun tenggelam ke dalam laut (kini menjadi Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulu dan Teluk Siam). Sebenarnya Alam Melayu ini mempunyai wilayah yang amat luas, merangkumi Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai, Papua New Guinea, Filipina, Vietnam, Laos, Kampuchea, Hong Kong dan Taiwan (keduanya di zaman dulu terletak di daratan Alam Melayu sebelum menjadi pulau). Malapetaka dahsyat itu juga menyebabkan berlakunya rekahan perut bumi yang memanjang dari Lautan Hindi sehingga ke Lautan Pasifik. Itu sebabnya Sri Lanka, Indonesia, Filipina, Taiwan dan pulau-pulau di dalam lingkungan maut ini sering berlaku bencana bumi, seperti ribut, tsunami, gempa bumi dan gunung berapi. Poin paling dalam di dasar laut terletak tidak jauh dari Filipina, dinamakan Mariannas Trench yang terdapat Challenger's Depth. Orang Melayu/Malayu/Malai/Malay pun berpecah-pecah.

Orang Melayu/Malayu/Malai/Malay berpecah menjadi suku-suku, seperti Jawa, Sunda, Aceh, Minang, Bugis, Batak, Iban, Kadazandusun, Murut, Banjar, Bajau, Filipino, Khmer, Ainu, Alishan, Siam, Vietnam, Polynesia, Melanesia, Hawaii, dll.

Perpecahan Melayu/Malay bertambah parah apabila masuknya agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu di mana raja-raja, pembesar dan rakyat memeluk agama tersebut. Maka identiti Melayu pun pudar. Selepas itu masuk pula agama Islam di mana raja-raja, pembesar dan rakyat Alam Melayu pun memeluk agama Islam. Identiti Melayu terus pudar. Kemudian masuk pula penjajah Barat dan agama Kristian di mana terdapat Orang Melayu/Malai (Filipino, Batak, Iban, Kadazandusun, dll) memeluk agama Kristian. Penjajah Barat (Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika) memecahkan orang Melayu/Malay kepada negara-negara, seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunai, Filipina, Sri Lanka, Myanmar (Burma), Thailand, Vietnama, Laos, Kampuchea, Hong Kong, Taiwan, Polynesia, Melanesia dan Hawaii. Maka identiti Melayu pun terus terbukur. Namun begitu, masih terdapat segelintir orang Melayu/Malay yang mempertahankan identiti Melayu/Malay tulen seperti yang diwarisi dari nenek moyang. Mereka inilah yang memberikan kesedaran kepada orang Melayu yang lain untuk kembali ke identiti Melayu.

Kini lebih 300 juta orang Melayu boleh menjadi kuasa dunia dengan syarat mereka balik ke pangkal jalan sebagai orang Melayu/Malay sejati. Mereka mestilah mengenepikan segala fahaman agama (tidak kira apa agama), politik (tidak kira apa parti dan fahaman politik), negara, negeri, propinsi dan suku. Memang Melayu tidak hilang di dunia, tetapi tanpa persatuan, orang Melayu/Malay menjadi kuli bangsa lain dan tempat pijak para pemimpin politik dan agama Melayu yang berkuasa kini. Kesedaran adalah penting. Kita membuang identiti kita sendiri dan mengambil identiti orang lain. Itu sebabnya kita tidak boleh bersatu. Itu sebabnya kita menjadi miskin, buta huruf dan mudah diperkotak-katikkan oleh orang yang berkuasa (politik dan agama) supaya status quo terjamin. Ini bermakna kekayaan bumi Alam Melayu ini tetap berada di tangan orang berkuasa dan diagih-agihkan sesama mereka. Ulama/paderi/pendita menjadi jurucakap mereka. Orang Melayu/Malai menjadi pemerhati dan pengikut setia membabi buta. Apa guna kita menjadi "tuan" di sini, sedangkan tuan sebenar kita adalah bangsa lain.

No comments:

Post a Comment