Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Wednesday, August 10, 2011

AMANAT DARI GALUNGGUNG

Ini merupakan ajaran nenek moyang yang sudah dilupakan oleh kebanyakan
orang kita kerana terpengaruh dengan identiti asing.

"Ada dahulu ada sekarang, tidak ada dahulu tidak akan ada sekarang;
ada masa lalu ada masa kini, bila tidak ada masa lalu, tidak akan ada
masa kini, ada pokok kayu ada batang, tidak ada pokok kayu tidak akan
ada batang; ada tunggulnya tentu ada "catang"nya."

- Amanat Dari Galunggung -

Tukilan kalimat karuhan yang tertuang di dalam naskah Amanat Dari
Galunggung itu ada memperingatkan kita terhadap akar budaya kita
yang harus dipelihara untuk kesimbungan antara generasi ke generasi
dan kesadaran terhadap sejarah keturunan bangsa sendiri. Dan
kesadaran seperti ini mestilah dipraktikkan pada setiap masa supaya
kita tidak terlepas dari budaya kita sendiri yang telah dahulu mapan
pada zamannya. Agak sedih kerana orang kita lebih mengagungkan
budaya/identiti orang lain daripada budaya sendiri. Setiap bangsa di
dunia ini menegakkan budaya mereka sendiri, tetapi warga Nusantara
telah meninggalkan budaya sendiri kerana terpengaruh dengan budaya
asing yang dibawa masuk dari India, Timur Tengah/Arab dan Eropah.
Sehingga kini, warga Nusantara terkapai-kapai untuk maju. Hal ini
ditambahkan lagi dengan berbagai bencana alam yang dahsyat sering
berlaku di wilayah ini yang mengorbankan ratusan ribu jiwa dan
memusnahkan berbillion ringgit harta. Apakah segala malapetaka
yang berlaku itu tidak menjadi pengajaran kepada kita supaya balik
ke pangkal jalan untuk menghormati nenek moyang kita sendiri?

Malapetaka dan musibah yang berlaku di bumi Nusantara ini bukan
balasan Tuhan tetapi balasan Alam terhadap umat di sini kerana
menderhaka kepada nenek moyang mereka sendiri dengan mengenali
lebih mendalam nenek moyang orang lain. Lihatlah bangsa China dan
India yang masih mempertahankan kepercayaan terhadap nenek
moyang mereka, tetapi kita telah mengenepikannya. Warga kita
sudah kehilangan identiti sendiri.

Untuk menjadi bangsa besar dan disegani dunia, eloklah kita
kembali kepada identiti kita sendiri, seperti yang dilakukan oleh
bangsa-bangsa yang maju (Amerika, Jepun dan Eropah). Kita lebih
mengenal orang lain daripada diri kita sendiri. Ayuh bangsaku!!
Bangunlah kamu dari lena kamu dan diri kami telah di"zombie"
menjadi "Pak Turut" bangsa lain.

No comments:

Post a Comment