Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, April 21, 2011

Gerakan Life-Long Learning & Earning (LLLE)

Hari ini, 22 April 2011 berlangsung Sidang Akhbar bagi Program Life-long Learning & Earning di Ibupejabat Yayasan Selangor (YS), Petaling Jaya, Selangor. YS merupakan payung bagi program ini yang ditunjangi oleh tiga syarikat; Kamarika Corporation, Percik Cafe dan VOS. Penggerak utamanya ialah Dr Kamari Kasan yang dibantu oleh Dr Ilyas Harun dan Mohd Zarif.

LLLE merupakan suatu "perspektif baru" bagi semua penyelesaian masalah, iaitu melihat manusia (insan) itu sebagai Khalifah. Masakini, manusia terperangkap di dalam kemelut pengaturcaraan luar sedar yang merosakkan diri dan alam sekitarnya. Oleh sebab itu LLLE membuka perspektif dalam perubahan berasaskan kelakuan (behaviourial-based change) dengan mengembalikan keseluruhan kesempurnaan kesedaran dalam diri ke landasan yang menuju kepada peranan manusia sebagai penyelesai masalah dan bukannya pembuat masalah atau perosak. Melalui kaedah ini, manusia sentiasa mempertingkatkan ketinggian inteligen diri secara menyeluruh; mengamankan alam; memberi keuntungan kepada seluruh manusia dalam bentuk berbagai perspektif.

Program LLLE merentasi semua bentuk kepercayaan dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Ianya berasaskan kepada kekuatan ilmu pengetahuan (knowledge-based). Di samping itu, ianya terbina menggunakan sistem teknologi ilmu (knowledge technology) berhubung dengan penciptaan produk dan memproses segala sumber secara aman dan mengamankan, daripada teknologi, industri dan produk yang menyelesaikan alam dan mengamankan alam untuk kesejahteraan kehidupan manusia sejagat. Tumpuan utama diberikan kepada perlaksanaan hukum psiko-sosial bernama Law of Programming Kamarika (Wirid) dan Law of Attraction (Waarid).

Program ini mula dilaksanakan di Negeri Selangor, dan akan dikembangkan ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Terdapat permintaan dari beberapa buah negara untuk melaksanakan program ini, tetapi ianya terpaksa ditolak buat masa ini.

For more information, browse our web at: www.kamarika.com.