Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, March 9, 2017

SEMUA PERSATUAN/PERTUBUHAN MELAYU MESTI BERSATU

Saya telah menganggotai beberapa Persatuan/Pertubuhan
Melayu yang mempunyai matlamat dan objektif untuk
menangani pelbagai permasalahan yang dialami oleh
Orang Melayu/Bumiputera, khasnya di bidang ekonomi
dan pendidikan. Namun begitu, tiada satu pun tindakan
konkrit untuk mengatasi permasalahan tersebut, dan
Orang Melayu/Bumiputera semakin terhimpit akibat
kenaikan harga barang dan berbagai kos hidup yang
meningkat pada setiap masa. Semuanya menyalahkan
orang lain atau pihak lain, terutamanya Orang Cina dan
Yahudi. Telunjuk pun menuding ke arah orang lain.
Bolehkah kali ini telunjuk itu menuding ke arah diri kita
sendiri yang menjadi bangsa yang mundur dan miskin di
negara yang kaya raya dengan pemerintahan negara berada
di tangan bangsa Melayu sendiri. Para pemimpin Melayu
tidak mahu menolong bangsa mereka sendiri kerana mereka
sibuk mengkayarayakan diri sendiri.

Untuk mengatasi permasalahan tersebut, saya mencadangkan
supaya semua Pertubuhan/Persatuan Melayu yang beraneka
nama untuk bersatu dan bergabung di bawah satu bumbung,
seperti yang dilakukan oleh Orang Cina dengan "Kwangsi"
mereka untuk membantu bangsa mereka dalam segala bidang
kehidupan. Di bawah "Kwangsi," berbagai pertubuhan dan
persatuan Cina bergabung tanpa ada unsur-unsur politik dan
fahaman agama. Tujuan utama "Kwangsi" adalah untuk
membantu orang Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan
tanpa diskriminasi dan pilih kasih. Lihatlah kejayaan mereka
di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Myanmar,
Vietnam, Laos, Kampuchea dan Brunai, walaupun jumlah
mereka kecil jika dibandingkan dengan penduduk tempatan.
Sila baca buku saya: SIAPAKAH ORANG CHINA
SEBERANG LAUT."

Dengan itu sudah sampai masanya, semua pertubuhan dan
persatuan Melayu bergabung di bawah satu bumbung seperti
"Kwangsi" Cina. Kita semua sedia maklum bahawa parti-parti
politik Melayu, seperti UMNO dan PAS tidak boleh diharap
untuk membela nasib Orang Melayu di negara ini. Untuk
merealisasikan matlamat tersebut, Orang Melayu mestilah
menghilangkan sifat dengki khianat terhadap bangsa sendiri
dengan mengembleng pemikiran, tenaga dan dana untuk
memertabatkan status Melayu di Malaysia dan Nusantara
seperti di zaman pra sejarah. Sejarah Melayu di zaman dahulu
sudah dilupakan oleh Orang Melayu apabila pengaruh luar
dari India, Timur Tengah dan Eropah masuk ke wilayah ini.

Jangan pula generasi Melayu akan datang menyalahkan kita
kerana tidak bertindak matang dan berwawasan untuk
memertabatkan bangsa Melayu. Dewasa ini pun sedikit
demi sedikit wilayah Melayu dibeli oleh orang lain. Akhirnya
"Menang sorak, kampung tergadai."

Dr Ilyas Harun
H/P: 012-9516012

No comments:

Post a Comment