Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, August 30, 2010

Desire for excellence

As human beings we need everything in life, only for the best. In order to achieve the desired excellent result in whatever thing you dreamt of, please browse our web at: www.kamarika.com for more reference. For more information, please call me at 012-9516012

Thursday, August 5, 2010

THE REAL ORIGIN OF THE MALAYS

Kebanyakan orang percaya bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan di Negeri China. Pendapat ini tidak tepat kerana terdapat orang Melayu yang berhijrah ke Negeri China, Vietnam, Kampuchea, Laos, Tibet dan Utara India. Penghijrahan ini terjadi kerana di wilayah orang Melayu (sekarang Nusantara) kebanyakannya telah tenggelam akibat serangan super tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Batara Guru (Toba). Letusan ini menyebabkan air laut naik mendadak dan ditambah lagi dengan cairnya ketulan ais dari kutub utara dan kutub selatan yang menenggelamkan tanah daratan yang begitu luas.

Wilayah tempat asal usul orang Melayu diberikan berbagai nama, seperti Atlantis, Lemuria, Mu, Kumari Kandam, Sundaland, atau Nusantara. Lebih kurang 70,000 tahun dahulu, orang Melayu sudah membina tamadun besar (sebelum banjir besar) di wilayah ini serta mengajar lain-lain bangsa untuk bertamadun. Mereka membina tamadun-tamadun hebat di Mohenja-Daro dan Harappa di Lembah Indus, Sumeria, Phythia, Mesir Purba, Incas dan Mayan. Tamadun ini tidak diketahui oleh para sarjana Barat dan mereka hanya membuat andaian-andaian tentang pendirinya. Kenapakah Banjaran HiMALAYA di benuakecil India itu dinamakan Himalaya? Hi bermakna "Gunung", Malaya bermakna "Malays" atau "Melayu". Siapakah bangsa Aryan? Mereka adalah golongan bangsawan Melayu yang memerintah di utara benuakecil India. Siapakah bangsa Sumeria, Mesir Purba, Incas dan Mayan?

Kajian mendalam saya terhadap asal usul sebenar orang Melayu telah saya bukukan dengan jodol: MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN DAN BUDAYA YANG MEMERINTAH. Di dalam buku ini terdapat berbagai kitab-kitab ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang yang telah wujud berpuluh ribu tahun dahulu, iaitu lebih lama daripada wujudnya kitab-kitab Hindu. Apakah agama orang Melayu sebelum Hindu? Siapakah pendiri agama Hindu? Semuanya terjawab di dalam buku saya itu.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi saya di email: drilyasmy@yahoo.co.uk atau handphone: 012-9516012. DR. ILYAS HARUN