Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, February 28, 2011

Hujan Duit Di Musim Pilihanraya

Kalau boleh biarlah setiap minggu ada Wakil Rakyat (terutamanya Dewan Undangan Negeri) yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan. Dengan cara ini setiap minggu ramai pula para menteri dan pemimpin parti turun ke padang, melawat kampung-kampung dan menaburkan segala macam bantuan kepada orang kampung, iaitu pengundi. Dalam masa pilihanraya, para menteri dan pemimpin ini "merayu" kepada orang kampung supaya mengundi parti mereka. Maka berkampunglah para menteri dan pemimpin kerajaan di tempat tersebut. Apabila menang sahaja pilihanraya, batang hidup mereka pun hilang. Bila orang kampung datang ke pejabat menteri, para pegawai menteri buat tak layan dan menteri pun tidak mahu bertemu dengan orang kampung (para pengundi). Inilah lumrah hidup dalam budaya politik Malaysia masakini.

Seminggu sekali kampung tersebut pun berubah wajah. Jalan raya diturap dengan tar atau diperbaiki, longkang tersumbat dibetulkan, projek itu dan projek ini dan berbagai lagi bantuan kepada orang kampung, ada yang dijanjikan dan ada yang dilaksanakan. Menteri-menteri, termasuk PM dan TPM tidak ada kerja di pejabat masing-masing kerana turun padang berkempen pilihanraya bagi memenangkan calon parti pemerintah. Perkara semacam ini tidak pernah berlaku di negara-negara lain kerana para menteri dan pemimpin sibuk dengan tugas rasmi negara, bukan sibuk kempen di sana sini.

Selamat mengundi kepada para pengundi DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka. Semoga anda menggunakan budi bicara dan tanyalah hati nurani sebelum anda memangkah mana-mana parti politik dalam pilihanraya kali ini. Jika anda salah pangkah, jangan salahkan menteri atau pemimpin jika mereka tidak membantu anda atau kampung anda selepas mereka menang dalam pilihanraya. Anda kena salahkan diri sendiri kerana andalah yang memilih pemimpin, bukannya pemimpin yang memilih diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment