Hari ini, Jumaat (12/03/2011) berlaku gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Ia pasti mereka ke beberapa buah negara lagi di Lautan Pasifik, termasuk Taiwan, Indonesia, Filipina, Hawaii dan pesisir benua Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Utara. Kenapa gempa bumi yang mengakibatkan tsunami kerap berlaku di Jepun dan Indonesia? Ini disebabkan rekahan perut bumi yang pernah menenggelamkan sebahagian daratan Sundaland (atau Kumari Kandam atau Lemuria atau Mu atau Atlantis) berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Sebahagian daratan yang tidak tenggelam itu dinamakan Nusantara (sekarang ini merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina dan Papua New Guinea). Ia berlaku akibat letusan gunung paling tinggi di dunia di zaman dahulu kala, iaitu Gunung Batara Guru di Sumatera (sekarang ini menjadi Tasik Toba dan puncaknya ialah Pulau Samosir). Ini merupakan malapetaka yang paling besar berlaku di muka bumi yang mencairkan sebahagian gunung ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan yang menyebabkan air laut naik secara mendadak yang merubah geografi dunia.
Para sarjana Melayu mestilah menjalankan kajian komprehensif terhadap asal usul bangsa sendiri tanpa berpandu kepada kacamata sarjana Barat. Mereka mengatakan Orang Melayu berasal dari Yunan, Negeri China. Tetapi ia adalah sebaliknya, di mana terdapat Orang Melayu yang berhijrah ke Baratdaya Negeri China, Kampuchea, Laos, Vietnam, Utara Thailand dan Burma, Tibet dan Utara India. Mereka telah membangunkan tamadun Mohenja-Daro dan Harappa di Lembah Indus. Seterusnya, Orang Melayu membangunkan tamadun Sumeria. Pernahkah dibuat kajian tentang Orang Kurd yang kini menghuni di sempadan-sempadan Turki, Iraq dan Iran yang tidak bertutur dalam bahasa Indo-European tetapi bahasa yang unik (tersendiri). Orang Melayu telah mengajar Orang Sparta dan di Pesisir Laut Mediterranean sehingga tertegaknya tamadun-tamadun Mesir dan Greek (Yunani).
Orang Melayu pada mulanya bersatu padu. Selepas itu mereka berpecah menjadi suku-suku (seperti zaman ini ada parti-parti politik) bangsa Jawa, Sunda, Minangkabau, Batak, Banjar, Bajau, Kadazandusun, Bidayuh, Iban, Rawa dsb. Kemudian Orang Melayu berpecah kepada anutan agama. Mula-mula agama Hindu dan Orang Melayu pun ramai yang menjadi penganut Hindu. Selepas itu, datang pula agama Islam dan Orang Melayu pun menjadi penganut Islam. Selepas itu datang pula pengaruh Barat dan Orang Melayu pun mengamalkan etika Barat di segi ekonomi dan politik (demokrasi?). Dengan itu, kesaktian Melayu pun tenggelam. Namun begitu, masih terdapat segelintir Orang Melayu yang mengamalkan ajaran datuk nenek mereka yang asli. Mungkin pada suatu masa nanti, Orang Melayu akan balik ke pangkal jalan dan menjadi Orang Melayu Sejati. Sebenarnya Orang Melayu sejati itu memegang kepada tiga prinsip asas dalam kehidupan mereka, iaitu 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, dan 3) Tidak boleh mungkir janji. Inilah falsafah datuk nenek Orang Melayu sebelum adanya ajaran-ajaran agama Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.
Sebenarnya bencana dan malapetaka (seperti gempa bumi dan tsunami) yang berlaku itu adalah tabiat alamiah, iaitu ianya tidak statik. Lumrah alam yang berubah-ubah. Lihatlah di langit yang sentiasa berubah rupa pada setiap masa. Manusia pun sentiasa berubah-ubah di segi tingkah laku dan rupa kerana ianya tidak statik. Dari bayi menjadi kanak-kanak, dan seterusnya berubah menjadi remaja, kemudian menjadi tua dan seterusnya menjadi tua bangka. Lihat pada orang tua bangka yang cukup sifat tetapi pergerakannya macam bayi. Apabila mati, manusia berubah menjadi atom atau partikel yang belum diberikan nama lagi. Tubuh badannya menjadi karbon dan gas. Ia terus berputar dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Lihat pada haiwan, pokok dan tumbuhan. Sebenarnya tiada apa jua yang kekal di muka bumi ini. Begitu juga dengan cakrawala yang tidak dapat dihitung oleh manusia walaupun dengan peralatan paling canggih. Berbillion (trillion atau zillion) bintang-bintang di angkasaraya yang sudah tentu mempunyai planet-planetnya sendiri). Namun begitu, kejadian yang paling sofistikated dan kompleks sekali adalah manusia itu sendiri. Mula, Cipta, Rupa, Nyata adalah pencipta alam semesta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al quran menyatakan ttg wasiat nabi Ishak kpd anak2 nya iaitu jgn mati kecuali dlm agama Asalama (Islam dlm bahasa Ajam). Ini bermakna sebelum turunnya al quran, org2 Malayu telah pun menganut agama Islam iaitu agama nabi Ibrahim. Apabila turunnya al quran, agama ini dilengkapkan syariatnya oleh nabi terakhir namun masih di dlm agama yg sama. Kajilah sejarah agama2 kerana agama2 yg ada kini dicipta kemudian untuk menyesatkan manusia. Nenek moyang hamba yg hebat tidak pernah sekutukan tuhan dan menyembah tuhan yg tidak bermakna(berhala). mahadaya-asalama.blogspot.com
ReplyDelete