Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib di Parlimen semasa
membentangkan Bajet 2012 terhadap penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa
Malaysia mempunyai dua impak yang amat besar.
Impak pertama: positif dan menguntungkan
(a) Ia dapat memberikan pulangan kewangan yang lumayan kepada
pemegang saham Felda Global Ventures dan pulangan kewangan
yang tidak seberapa kepada peneroka.
(b) Dapat menarik para pemodal ke dalam pasaran saham
Bursa Malaysia
Impak kedua: negatif yang destruktif dan meruntuhkan
(a) Pegangan saham peneroka di dalam Felda Global Ventures
(melalui Felda Holdings dan KPF) menjadi mengecil dan akhirnya
ditelan oleh para pelabur besar
(b) Tanah milik Felda Holdings bertukar tangan kepada para
pelabur. Ini merugikan kerajaan dan rakyat.
(c) Penjajahan baru ke kawasan milik Melayu oleh para pelabur
melalui Bursa Malaysia.
(d) Dalam operasinya, Felda Global Ventures yang disenaraikan
ini gagal menunaikan obligasi sosial dan ekonomi kepada
peneroka dan generasi Felda di seluruh negara.
(e) Akhirnya syarikat ini akan di "bail-out" oleh Kerajaan
yang merugikan seluruh rakyat di negara ini.
Oleh kerana impak kedua, iaitu negatif yang destruktif dan meruntuhkan itu
melebihi faktor impak pertama, adalah munasabah penyenaraian Felda
Global Ventures ini tidak dilakukan kerana ia tidak menguntungkan para
peneroka Felda dan rakyat Malaysia seluruhnya. Yang nyata: keuntungan
HANYA dikaut oleh kroni/proksi pemerintah (penguasa yang berkuasa).
Kenyataan ini tidak sihat untuk meraih undi peneroka Felda dan rakyat
Malaysia jika diadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini. Ia
merupakan "boomerang" yang akan terkena diri sendiri. Adakah ini
permainan licik Rosmah, Isa Samad dan Jamaludin Jarjis yang disokong
melulu oleh Najib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment