Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, September 27, 2012

UMNO + PAS = MELAYU=ISLAM

Tajuk ini memang cocok sekali untuk UMNO bergabung dengan PAS bagi memberikan kemenangan dalam PRU 13 nanti kepada Orang Melayu. Jika dikaji kedudukan kerusi Parlimen yang berjumlah 222 buah, kawasan majoriti Orang Melayu adalah 69%. Ini bermakna Orang Melayu boleh memerintah negara ini tanpa bukan Melayu dengan syarat Orang Melayu mesti bersatu padu. Pada masa ini Orang Melayu berpecah kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR. Untuk pemerintahan yang lebih Islamik, UMNO mestilah bergabung dengan PAS tanpa melibatkan PKR dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Gandingan dua buah parti besar Orang Melayu ini mampu meraih undi lebih 60% yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan. Secara otomatik, rancangan Pakatan Rakyat (yang didominasi oleh PKR) untuk ke Putrajaya akan berkubur dan menjadi mimpi ngeri yang menakutkan.

Para pemimpin PAS mestilah berfikir secara mendalam tentang kerjasama mereka dengan parti-parti PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Jika dikaji secara rasional, PAS menjadi parti serpihan ataupun seperti "Melukut di tepi gantang" yang diprogramkan oleh para pemimpin PKR dan DAP. Anwar Ibrahim mahu menjadi pejuang demokrasi sebenar di negara ini tetapi beliau pun tidak demokratik apabila memegang jawatan sebagai Ketua Umum ("Defacto Leader") tanpa melalui proses pemilihan/pengundian seperti jawatan-jawatan lain di dalam parti PKR. Mengikut perkiraan mereka, Pakatan Rakyat akan menang PRU 13 secara majoriti mudah ("simple majority") yang membolehkan mereka menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Mungkin Anwar Ibrahim dipilih menjadi perdana menteri. Tetapi siapakah yang akan menjadi timbalan perdana menteri? Mungkin Ustaz Hadi? Bagaimana pula dengan pemimpin DAP yang menang? Mungkinkah mereka mahu diwujudkan jawatan timbalan perdana menteri kedua? Siapakah yang memegang kementerian-kementerian penting, seperti Kewangan, Pertahanan, Pelajaran, Pertanian, Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Perdagangan? Pasti berlaku perebutan jawatan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi menyelesaikan polimik tersebut, eloklah PAS bekerjasama dengan UMNO. Para pemimpin UMNO mestilah jujur dan ikhlas dalam hal ini demi kepentingan Orang Melayu/Islam di Malaysia. Sebelum ini, para pemimpin UMNO tidak jujur dengan menikam PAS dari belakang yang menyebabkan PAS terkeluar daripada Barisan Nasional. Kejujuran paling penting ialah memberikan jawatan-jawatan penting kepada para pemimpin PAS yang menang dalam PRU 13.