Saya telah menulis dan menerbitkan dua buah buku baru, iaitu 1) Alam Malai: Ajaran Malaiyana dan Sumber Asal Agama Yahudi dan Kristian:
1. Buku Alam Malai: Ajaran Malaiyana
Ajaran Malai telah wujud beribu-ribu tahun dahulu sebelum kedatangan
agama-agama Hindu dan Buddha dari India pada awal abad pertama
Masihi. Apabila raja-raja Malayu memeluk agama tersebut, maka
terdapat pula rakyat yang memeluk agama yang dianuti oleh raja-raja
mereka. Maka pudarlah ajaran Malai. Kemudian datang pula agama
Islam dari Timur Tengah yang terus menenggelamkan ajaran Malai
di kalangan warga Nusantara. Akhirnya, datang pula agama Kristian
dan fahaman sekular dari Eropah yang menenggelamkan lebih dalam
lagi ajaran Malai. Tetapi masih terdapat orang Malayu yang
mengamalkan ajaran Malai sehingga ke hari ini.
Di antara ajaran Malai itu adalah berkaitan dengan perilaku
yang mesti diamalkan oleh generasi Malayu, seperti berbudi bahasa
dan bersopan santun. Selain itu, generasi Malayu mestilah
manis mulut, pemikiran dan hati yang bersih, dan rajin berusaha
dan bekerja sambil melakukan kerja-kerja berat secara
bergotong royong. Generasi Malayu juga diajar oleh leluhur
supaya tidak berdolak dalik, tidak memungkiri janji, tidak
berhasad dengki, tidak berputus asa atau kecewa, dan tidak
takut. HARGA RM 60.00
2. Buku Sumber Asal Agama Yahudi dan Kristian
Pada mulanya orang-orang Yahudi itu mempunyai beberapa Tuhan
seperti Yahweh dan El. Kebanyakan sumber agama Yahudi
diambil daripada kitab suci Enuma Elish orang-orang Sumeria,
kitab Book of the Dead orang-orang Mesir, dan ajaran
Zoroaster. Agama Kristian pula adalah pecahan daripada
agama Yahudi yang khas untuk orang-orang bukan Yahudi
atau Goyim. HARGA RM 60.00
Tempahan dan beliau boleh dibuat melalui
Cik Atiqah (Eka) 012-3854454 (Whatapp dan SMS sahaja)
Email: drilyasmy@yahoo.co.uk
atiqahnadwa@yahoo.com
Saturday, March 15, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)