Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Sunday, March 3, 2019

PENGAJARAN BAGI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional
yang sudah memerintah negara ini selama lebih 60 tahun di dalam
pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei 2018. Dengan itu, PH
pun membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya, di mana
pengagihan jawatan menteri dibuat sama rata di antara parti-parti
komponen PH, iaitu PKR, DAP, Pribumi dan Amanah. Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menjadi pengerusi PH dilantik menjadi Perdana Menteri
dan Dr Wan Azizah, presiden PKR menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas sembilan bulan memerintah negara, kerajaan PH tidak dapat
menunaikan beberapa perkara di dalam Manifesto mereka. Perkara ini
membuatkan rakyat berasa marah dan tidak puas hati, terutamanya
harga barang keperluan yang semakin mahal, tiada subsidi minyak,
tiada penghapusan tol, nasib peneroka Felda, pesawah, petani dan
nelayan masih tidak terbela, dan berbagai permasalahan rakyat tidak
dapat diatasi oleh kerajaan PH. Alasan yang diberi adalah hutang
negara yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu berjumlah RM 1 trillion
yang berat untuk ditanggung oleh kerajaan PH kini.

Petanda kemarahan rakyat dijelmakan di dalam pilihan raya kecil
(PRK) terbaharu, iaitu di Cameron Highlands (Parlimen) dan
Semenyih (DUN). Kedua-dua kerusi itu, parti pemerintah kalah
yang sepatutnya boleh menang dengan mudah. Berbagai alasan
yang diberikan, tetapi alasan itu tidak boleh diterima, Alasan
sebenar adalah:
RAKYAT KECEWA DENGAN PEMERINTAHAN PH.

Dengan itu, eloklah kerajaan PH mengambil iktibar daripada
kekalahan yang baru dialami dalam PRK terkini jika ingin
memenangi PRU ke 15 nanti, dengan menunaikan segala
perkara di dalam Manifesto PRU 14 tanpa alasan.