Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, July 11, 2011

Tindakan Brutal Polis terhadap Bersih 2.0

Tanggal 9/7/2011 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia apabila Polis bertindak ganas terhadap rakyat (diketuai oleh Bersih) mengadakan rali aman di Kuala Lumpur. Perkara ini berlaku kerana para pemimpin kerajaan berdolak dalik tentang permohonan Bersih 2.0 yang mahukan SPR dibersihkan dari kekotoran dan penyelewengan, terutamanya terhadap pilihan raya (umum dan kecil). Walaupun Agong sudah bersetuju menjemput para pemimpin Bersih 2.0 mengadap di Istana Negara, tetapi para pemimpin kerajaan (PM dan kabinetnya) gagal menuruti perintah Agong. Jika kerajaan membenarkan Rali Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka (seperti saranan PM=Najib+), sudah tentulah perkara yang menjatuhkan imej kerajaan Malaysia tidak berlaku. Namun semuanya sudah terlambat.

Tindakan brutal Polis yang menangkap para hadirin rali (lebih 1,000 orang ditangkap, termasuk para pemimpin Bersih 2.0 dan tokoh politik pembangkang dari PAS, PKR dan DAP) serta menembak gas pemedih mata dan menyembur air kimia ke arah rali adalah tindakan di luar peri kemanusiaan. Sebabnya rakyat yang berali itu tidak bersenjata. Mereka bukannya penjenayah. Itu sebabnya kejadian jenayah di negara ini terus meningkat sebab kerajaan dan Polis sibuk memerangi rakyat. Sebelum rali, beratus orang telah ditangkap dengan pelbagai tuduhan rekaan. Hatta memakai baju berwarna kuning pun kena tangkap.

Dari sudut pandangan psikologi, peristiwa ini merupakan satu signal kepada para pemimpin kerajaan yang berkuasa supaya berfikir dalam-dalam secara kritikal sebelum terlambat. Kelak nanti, kuasa yang ada itu pasti dihilangkan oleh rakyat dalam pilihanraya. Berbagai manipulasi dan taktik kotor boleh digunakan dalam pilihanraya, tetapi jika kebanyakan rakyat mengundi parti pembangkang, bolehkah diputarbelitkan? Kita lihat ramai pemimpin yang dulu semasa berkuasa, mereka sangat ego dan tak sedar diri. Akhirnya mereka ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya. Kita boleh ambil contoh Hosni Mubarak yang sudah lama bertahta sebagai Presiden Mesir, tetapi akhirnya tumbang. Sesungguhnya kuasa rakyat itu adalah maha sakti yang tidak dapat dibendung oleh pemerintah zalim/diktator. Soviet Union yang 100% diktator pun tumbang, inikan pula negara demokrasi.

Polis (tak kira apa pangkat) yang sedang bekerja sekarang dan ada kuasa, janganlah sombong dan menyalahgunakan kuasa terhadap orang ramai (rakyat). Nanti, bila anda pencen atau dibuang kerja, anda pun menjadi rakyat jelata juga, bukan menjadi raja. Pada waktu itu barulah anda sedar dan menyesal, tetapi sudah terlambat. Anda pasti dihukum oleh Tuhan, kalau tidak di dunia ini, sesungguhnya di Akhirat nanti. Ini kenyataan yang anda tidak boleh lari. Belajarlah dengan Polis di negara-negara Barat yang berdisiplin dan mesra dengan orang ramai. Jika ada tunjuk perasaan, mereka hanya bertindak apabila berlaku kemusnahan dan kerosakan. Polis kita telah mendera orang ramai, melalui tangkapan, kesesakan jalan raya kerana road block dan intimidasi sebelum tarikh 9/7/2011 lagi. Anda dilantik oleh Agong, bukan PM. Jadi hormatilah Agong (jika baginda bertindak adil).

Saya menyeru para pemimpin kerajaan, khasnya PM supaya mengkaji dan menerima saranan Bersih 2.0 (kalau tak dapat memenuhi semua tuntutan, sekurang-kurangnya separuh pun sudah cukup) disebabkan kita ada Perlembagaan. Berapa lama anda boleh menodai Perlembagaan yang akhirnya rakyatlah yang membuat penentuan. Lihatlah kejadian di Thailand yang berjaya menukarkan Perdana Menteri mereka dengan seorang wanita yang tidak berpengalaman pun dalam pentadbiran negara. Perkara ini pasti berlaku di Malaysia jika sekiranya para pemimpin kerajaan sedia ada masih lagi bersikap tidak prihatin terhadap rakyat. Sudah hilang 2/3 suara di Parlimen pun masih tidak sedar lagi. Bilakah anda mahu sedar sebelum terlambat? Saya pernah bermesyuarat dengan MUBARAK (Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat) yang terdapat di dalamnya ialah bekas-bekas menteri, timbalan menteri dsb yang sudah "obselete" dan diasingkan oleh para pemimpin sekarang. Dulu, mereka hebat...tetapi sekarang, mereka "out-of date." Lihatlah Dr M dan Paklah yang tak hebat lagi.....Anda mahu jadi semacam mereka?

No comments:

Post a Comment