Tanggal 5 Mei 2013 (Ahad) merupakan hari keramat bagi semua rakyat Malaysia,
khasnya para pengundi berdaftar (tidak termasuk para pengundi HANTU dan
jelmaan) yang akan menentukan hala tuju negara kita, Malaysia. Jika betul pilih,
anda akan mengalami perubahan. Jika salah pilih, anda akan mengalami nasib
malang selama lima tahun lagi.
Terdapat dua pilihan, iaitu memilih Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah
selama 56 tahun, atau Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menjadi kerajaan baru bagi
Malaysia.
BN telah menunjukkan bukti pencapaian mereka dalam masa 56 tahun memerintah
Malaysia, tetapi masih ramai lagi rakyat yang miskin, khasnya orang Melayu.
Kenapa perkara ini tidak dapat diselesaikan sedangkan para pemimpin tunggak
kerajaan adalah UMNO, parti orang Melayu 100%? Itu belum termasuk 30%
pencapaian orang Melayu di bidang ekonomi yang terlalu jauh untuk dicapai.
Hanya segelintir sahaja orang Melayu yang kaya raya, tetapi mereka semua
adalah proksi dan kroni para penguasa. Jika BN menang kali ini, mungkin ramai
lagi proksi dan kroni akan dilahirkan sebelum BN bungkus pada Pilihan Raya
Umum ke 14 nanti.
PR bercita-cita mahu menumbangkan kerajaan BN atas nama gelombang rakyat.
Memang benar perkara ini jika dilihat kehadiran orang ramai setiap kali PR
mengadakan ceramah di merata-rata tempat. Mungkin PR dapat mengalahkan
BN kali ini dengan majoriti kecil. Sayugia diingatkan bahawa jika PR berjaya
memerintah Malaysia, laksanakanlah segala perkara dalam Manifesto PR demi
memartabatkan kedudukan semua kaum di negara ini, khasnya orang Melayu
supaya kehidupan mereka bertambah baik daripada masa sekarang. Jika PR
gagal meninggikan taraf hidup rakyat, ini bermakna para pemimpin PR pun dua
kali lima macam para pemimpin BN.
Jika dikaji senario politik tanahair, didapati rakyat tiada pilihan untuk mengundi,
iaitu samada BN atau PR. Mereka mahukan parti alternatif yang lebih baik
daripada kedua parti tersebut. Mungkin dalam masa lima tahun daripada
sekarang akan lahir satu parti alternatif yang baru, tertakluk kepada prestasi
BN atau PR.
Selamat mengundi dan fikirkan masa depan diri anda, anak cucu anda, generasi
sekarang dan generasi akan datang. Jika salah pangkah, anda mesti salahkan
diri anda kerana salah pilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Usaha UMNO sejak 1969, DEB berjaya melahirkan ribuan jurutera, technician, tenaga2 pakar, akauntan, peneroka2, usahawan2, doktor2 pakar, doktor2 gigi, doktor2 general practise, jururawat, pilot2, ahli2 akademik..
ReplyDeleteCuba tengok pendapatan purata orang2 Melayu pada tahun 1969 brbanding pendapatan 2013..
Orang2 Melayu tidak berhasad dengki..usah salahkan mereka2 yg kaya2 tu kroni ler, apa ler..
Orang2 melayu kaya ngan sifat yg mulia..bukan kaya ngan harta semata2.
Jadi lah Melayu..