Apa-apa jua perayaan, seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Christmas dsb membuatkan berjuta orang berhijrah balik kampung yang membuatkan lebuhraya dan jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Oleh kerana terdapat sebatang sahaja lebuhraya utama menghubungkan utara dan selatan, berlakulah kesesakan jalan raya yang amat dahsyat. Kita semua tahu bahawa Malaysia sebagai pembuat/pengeluar kereta/kenderaan, beribu-ribu unit kereta/kenderaan dikeluarkan setiap bulan. Jalan raya dan lebuhraya tidak berubah atau bertambah, sebaliknya pertambahan penggunaan lebuhraya dan jalan raya semakin meningkat setiap masa. Nisbah yang berat sebelah ini membuatkan kadar kemalangan begitu tinggi di Malaysia. Tambahan pula untuk mendapatkan lesen memandu di negara ini adalah sangat mudah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Beratus juta ringgit dibelanjakan untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Malaysia. Pernahkah Pihak Berkuasa menjalankan kajian mendalam tentang nisbah penggunaan jalan raya dan pengeluaran kereta (tidak termasuk kenderaan import)? Berbagai Agensi ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini, tetapi kenapa tiada penyelesaian? Sebabnya mudah, wang tersebut banyak yang tiris (bocor) akibat perbuatan rasuah di peringkat atasan lagi. Akhirnya rakyat dan pengguna jalan raya yang menjadi mangsa. Beribu-ribu nyawa melayang dan beribu-ribu lagi mengalami kecederaan dan kecacatan akibat ketidakcekapan Pihak Berkuasa di Malaysia. Anda pun patut dipersalahkan kerana salah memilih kerajaan! Kong Hee Fatt Choy!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment