Tahun pun bertukar dari 2010 kepada 2011 dan umur kita pun meningkat. Tahun berganti tahun dan umur kita pun terus meningkat dan meningkat. Itulah putaran semulajadi yang tidak dapat kita elakkan. Walaupun umur kita meningkat tetapi kesihatan dan tubuh badan kita biarlah di tahap yang membanggakan, iaitu tidak ada penyakit dan sakit-sakit. Untuk hal tersebut, eloklah kita menjaga tahap kesihatan diri kita pada paras yang terbaik, seperti kita menjaga kereta kita dengan "service" yang kerap untuk pemeliharaan enjin dan bodynya. Eloklah kita belajar cara-cara penjagaan diri dan tubuh badan di segi fizikal, mental dan juga spiritual. Bacalah artikel saya tentang urut Jurus Strum dan cara-cara penjagaan kesihatan diri sendiri dan anggota keluarga kita.
Sempena tahun baru 2011 ini, saya mengambil kesempetan kepada para pengunjung laman web saya ini untuk mengucapkan syabas dan semoga berjaya dalam kehidupan masing-masing. Elok juga rujuk laman web bersepadu saya: www.kamarika.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment