Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Friday, March 9, 2012

PRODUK LUAR BIASA

Sebagai pencipta produk kesihatan luar biasa, saya telah ditemui oleh seorang pengguna setia yang menyatakan bahawa berat badan beliau telah turun 20 kilo yang membuatkan beliau kini berasa lebih muda dan bertenaga. Beliau menunjukkan tali pinggangnya yang ditebuk banyak lubang akibat penurunan tersebut. Beliau telah menempah beberapa pasang seluar dan baju kerana pakaian sekarang sudah terlalu besar untuk dipakai. Beliau sangat tertarik dengan kesihatan dan tubuh badan saya yang seperti orang muda walaupun usia saya kini sudah menjangkau 61 tahun. Saya katakan itulah kesaktian Orang Melayu yang sebenarnya. Kebetulan saya telah mewarisi formula penjagaan kesihatan itu daripada bapa saya dan bapa saya pula mendapatkannya daripada bapa beliau dan seterus beribu-ribu tahun legasi ini diwariskan.

Manusia sekarang, terutamanya penduduk Malaysia hampir separuh mengalami berat badan dan obesiti. Itu sebabnya berbagai penyakit kronik menyerang manusia di zaman sekarang. Di zaman dulu tidak ada penyakit-penyakit seperti ini. Oleh kerana menghidapi tahap kesihatan yang rendah, setiap orang membelanjakan beratus atau beribu ringgit setiap bulan untuk perubatan dan rawatan. Semua ini dapat dielakkan jika orang itu tahu tentang kelebihan produk Jurus Strum Formula. Apa lagi mahu ditunggu? Adakah anda melihat sahaja tubuh badan anda yang mengembang di sana sini dan mengalami berbagai penyakit tanpa berbuat sesuatu? Ianya masih belum terlambat jika anda mahu menggunakan produk saya dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh mengaplikasikannya. Anda juga boleh menjana pendapatan lumayan jika anda menjadi agen produk luar biasa ini.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh layari laman web:
www.jurusstrumformula.unisonmall.com
Facebook: jurus strum formula

Salam dari saya,
Dr ILYAS HARUN
Founder
JURUS STRUM FORMULA

Monday, March 5, 2012

TAHUKAH ANDA BAHAWA.....?

Tahukah anda bahawa orang-orang yang paling kaya di Malaysia ialah:
(Mengikut laporan Malaysian Business dan Forbes Magazine)

1. Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) memiliki aset bernilai RM45.7 billion
2. Tan Sri Ananda Krishnan (Raja Astro) memiliki aset bernilai RM42.99 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) memiliki aset bernilai RM39.21 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) memiliki aset bernilai RM11.36 billion
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC) memiliki aset bernilai RM9.53 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) memiliki aset bernilai RM6.0 billion
7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) memiliki aset bernilai RM7.58 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) memiliki aset bernilai RM6.58 billion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) memiliki aset bernilai RM6.41 billion
10. Ong Heng Seng (menetap di Singapura) memiliki aset bernilai RM4.92 billion

Tahukah anda bahawa orang-orang yang paling miskin di Malaysia ialah:
1. MELAYU

WAHAI PARA PEMIMPIN MELAYU, TAK MALUKAH ANDA SEMUA?

Malaysia dan Indonesia diperintah oleh pribumi berbangsa Melayu (dari rumpun Malai), tetapi malangnya penduduk pribumi merupakan golongan yang paling miskin di kedua-dua buah negara yang disebut sebagai Alam Melayu (Nusantara) walaupun keduanya dianugerah oleh Allah SWT dengan kekayaan melimpah ruah. Di manakah salah dan silapnya? Jika dahulu disalahkan para penjajah (British di Malaya/Malaysia, dan Belanda di Indonesia), tetapi sekarang pemerintahan negara sudah berada di tangan sendiri?

Mengikut majalah kewangan Malaysian Business, orang yang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok. Selepas itu diikuti berpuluh-puluh billionaires bukan Melayu. Anehnya orang yang paling miskin di negara ini adalah orang Melayu walaupun pemerintahan berada di tangan para pemimpin Melayu. Lebih aneh lagi, para pemimpin agama (ulama) pun turut bersekongkol dengan para pemimpin berkuasa untuk "membodohkan" orang Melayu, seolah-olah orang Melayu adalah patung bernyawa yang boleh di"kongkalikong" atau diperkotak-katikkan sesuka hati. Hampir separuh orang Melayu yang berjumlah 17 juta orang di negara ini masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Namun begitu, mereka inilah yang memberikan undi menyokong dalam setiap pilihanraya kepada para pemimpin yang berkuasa selepas British menyerahkan kuasa pada tahun 1957.

Begitu juga di Indonesia yang bidang ekonominya didominasi oleh orang bukan pribumi. Mengikut Majalah Forbes, orang yang paling kaya di Indonesia ialah dua orang adik beradik bukan pribumi, iaitu Budi Hartono dan Michael Hartono. Anehnya, berjuta rakyat pribumi Indonesia merantau ke negara-negara lain untuk mencari rezeki dan berpuluh-puluh juta lagi yang hidup dalam kemiskinan walaupun negara Indonesia itu kaya raya dengan hasil mahsul bumi seperti petroleum, kayu balak, galian dan tanaman pertanian. Semua orang tahu bahawa pemerintahan negara 100% berada di tangan para pemimpin pribumi, selepas Belanda menyerahkan kuasa pada tahun 1945.

Melalui ruangan ini, saya berseru kepada para pemimpin Melayu yang berkuasa (baik di bidang politik mahupun di bidang agama) supaya memikirkan sedalam-dalamnya perkara di atas untuk membetulkan keadaan. Tidak ada makna negara itu menjadi maju sedangkan kaum pribumi hidup melarat. Yang maju sebenarnya adalah kaum bukan pribumi dan para pemimpin berkuasa. Tak malukah anda wahai para pemimpin berkuasa yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapakah para ulama tidak menegur ketamakan dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin berkuasa? Sendiri tanya, sendiri jawablah (mengambil kata-kata Syed Hussein Alattas @ Pak Habib). Wahai bangsaku, orang Melayu, sedarlah kalian.....