Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Monday, March 5, 2012

WAHAI PARA PEMIMPIN MELAYU, TAK MALUKAH ANDA SEMUA?

Malaysia dan Indonesia diperintah oleh pribumi berbangsa Melayu (dari rumpun Malai), tetapi malangnya penduduk pribumi merupakan golongan yang paling miskin di kedua-dua buah negara yang disebut sebagai Alam Melayu (Nusantara) walaupun keduanya dianugerah oleh Allah SWT dengan kekayaan melimpah ruah. Di manakah salah dan silapnya? Jika dahulu disalahkan para penjajah (British di Malaya/Malaysia, dan Belanda di Indonesia), tetapi sekarang pemerintahan negara sudah berada di tangan sendiri?

Mengikut majalah kewangan Malaysian Business, orang yang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok. Selepas itu diikuti berpuluh-puluh billionaires bukan Melayu. Anehnya orang yang paling miskin di negara ini adalah orang Melayu walaupun pemerintahan berada di tangan para pemimpin Melayu. Lebih aneh lagi, para pemimpin agama (ulama) pun turut bersekongkol dengan para pemimpin berkuasa untuk "membodohkan" orang Melayu, seolah-olah orang Melayu adalah patung bernyawa yang boleh di"kongkalikong" atau diperkotak-katikkan sesuka hati. Hampir separuh orang Melayu yang berjumlah 17 juta orang di negara ini masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Namun begitu, mereka inilah yang memberikan undi menyokong dalam setiap pilihanraya kepada para pemimpin yang berkuasa selepas British menyerahkan kuasa pada tahun 1957.

Begitu juga di Indonesia yang bidang ekonominya didominasi oleh orang bukan pribumi. Mengikut Majalah Forbes, orang yang paling kaya di Indonesia ialah dua orang adik beradik bukan pribumi, iaitu Budi Hartono dan Michael Hartono. Anehnya, berjuta rakyat pribumi Indonesia merantau ke negara-negara lain untuk mencari rezeki dan berpuluh-puluh juta lagi yang hidup dalam kemiskinan walaupun negara Indonesia itu kaya raya dengan hasil mahsul bumi seperti petroleum, kayu balak, galian dan tanaman pertanian. Semua orang tahu bahawa pemerintahan negara 100% berada di tangan para pemimpin pribumi, selepas Belanda menyerahkan kuasa pada tahun 1945.

Melalui ruangan ini, saya berseru kepada para pemimpin Melayu yang berkuasa (baik di bidang politik mahupun di bidang agama) supaya memikirkan sedalam-dalamnya perkara di atas untuk membetulkan keadaan. Tidak ada makna negara itu menjadi maju sedangkan kaum pribumi hidup melarat. Yang maju sebenarnya adalah kaum bukan pribumi dan para pemimpin berkuasa. Tak malukah anda wahai para pemimpin berkuasa yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapakah para ulama tidak menegur ketamakan dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin berkuasa? Sendiri tanya, sendiri jawablah (mengambil kata-kata Syed Hussein Alattas @ Pak Habib). Wahai bangsaku, orang Melayu, sedarlah kalian.....

No comments:

Post a Comment