Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, June 2, 2011

Penjagaan Kesihatan Tubuh Badan - Jurus Strum Formula

Terdapat datuk dan nenek kita yang panjang usianya dengan kesihatan yang baik. Mereka meninggal dunia di usia melebihi 80 tahun. Kenapa? Datuk saya meninggal dunia pada usia lebih 90 tahun dan bapa saya pula di usia 83 tahun (itu pun disebabkan sakit kaki perpanjangan akibat luka yang dalam terkena parang semasa menebas). Mereka tidak obes (gemuk melampau) tetapi tetap mengekalkan berat badan yang seimbang seperti di zaman remaja. Saya yang kini sudah berusia hampir 60 tahun tetapi jika dilihat orang, sudah tentu mereka tidak percaya dengan usia saya. Ini disebabkan saya masih mampu berlari dan bermain sukan dengan budak-budak muda kerana stamina dan kecergasan saya masih kuat. Perkara ini dapat saya lakukan kerana formula (petua) yang saya warisan daripada bapa saya, dan bapa saya mula mewarisinya daripada bapa dia (atuk saya), dan atuk saya pula mewarisinya dari bapa dia (moyang saya) ... dah beribu tahun, iaitu sebelum adanya agama-agama Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian dan Islam. Adakah yang dahulu itu salah, dan yang kemudian itu betul? Tok nenek kita pun mendapat ilmu pengetahuan adalah daripada Tuhan, bukan daripada makhluk-makhluk lain. Tetapi apabila agama Hindu dan Buddha masuk ke Alam Malayu/Malai/Malay, raja-raja, pembesar dan rakyat pun memeluk agama Hindu dan Buddha. Maka pudarlah identiti dan ajaran (petua) Malayu/Malai/Malay. Beratus tahun kemudian, masuk pula agama Islam ke rantau ini di mana raja-raja, pembesar dan rakyat bertukar agama, daripada agama Hindu dan Buddha kepada agama Islam pula. Identiti dan ajaran Melayu/Malay pun terbenam. Beratus tahun kemudian, masuklah penjajah Barat dan agama Kristian di mana terdapat orang Malayu/Malai/Malay (seperti Filipino, Batak, Iban, Kadazandusun, dsb) yang memeluk agama Kristian. Penjajah Barat (Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol dan kemudiannya Amerika) memecahkan orang Malayu/Malai/Malay kepada negara-negara, seperti Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura, Sri Lanka, Burma, Thailand, Vietnam, Laos, Kampuchea, Hong Kong, Taiwan, Polynesia, Melanesia dan Hawaii. Maka hilang teruslah identiti dan ajaran Malayu/Malai/Malay yang telah diasaskan oleh datuk nenek (leluhur) kita dahulu. Kini orang Malayu/Malai/Malay menjadi "rojak" dengan pegangan fahaman politik, agama dan sosial yang beragam (beraneka). Itu sebab berbagai krisis berlaku di kalangan orang Malayu/Malai/Malay. Dunia memandang tinggi kehebatan dan kesaktian orang Malayu/Malai/Malay dan Alam Malayu/Malai/Malay, tetapi kita sendiri tidak nampak perkara itu. Ini disebabkan kita sudah diselimuti oleh identiti orang lain. Kita sanggup berbunuhan sesama Melayu (ini tidak dapat dinafikan). Bangsa lain memang suka perkara ini terjadi. Kenapakah kita tidak mahu balik ke pangkal jalan dengan identiti kita sendiri?
Saya dituduh oleh orang agama (Yahudi, Kristen dan Islam) sebagai anti-agama dan anti-Tuhan. Saya tidak mahu memberikan jawapan kerana kefahaman saya tentang Tuhan, Ketuhanan, Kehidupan dan KeMalaian saya sangat berbeza dengan mereka disebabkan saya mewarisi sesuatu yang mereka tidak ada. Mereka tersangat ego dengan kepercayaan mereka yang membuatkan negara-negara Yahudi, Kristian dan Islam tidak selamat dan sentiasa bergolak dengan berbagai krisis, dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Kebanyakan orang kita sudah termakan "racun" yang membunuh diri sendiri. Tetapi saya, TIDAK.
fORMULA JURUS STRUM yang saya warisi turun temurun telah menjaga diri saya yang sentiasa cergas, tahan lasak, berstamina dan sihat wal'afiat. Dalam sejarah hidup saya, saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau klinik. Jika deman, amalan yang diwarisi itu menyembuhkan penyakit tersebut. Isteri saya, sebelum kahwin, berat badannya 65 kg. Dia makan berbagai jenis ubat dan senaman untuk kuruskan badan yang menelan belanja tinggi. Tetapi selepas kahwin dengan saya, saya aplikasikan Formula Jurus Strum selama tiga bulan, dan hasilnya: berat badannya menurun menjadi 45 kg (berat badan yang paling ideal). Habis segala pakaiannya dibuang (yang bersaiz XXL dan XL), sebab berat badannya sudah menurun bersaiz S. Begitu juga semasa mengandung, di mana saya aplikasikan Formula Jurus Strum. Dia bertambah sihat dan kandungan sangat aktif di dalam perutnya. Apabila bersalin, saya melarangnya berbengkung, bertungku dan makan jamu. Saya hanya aplikasikan Formula Jurus Strum dan hasilnya, dia kembali bersaiz S. Kini, orang tidak percaya umurnya sudah 35 tahun tetapi macam rupa gadis sahaja. Anak lelaki saya sangat aktif dan pintar. Ini bukan pula saya sombong diri atau memuji diri sendiri, tetapi kenyataan (fact). Ramai sahabat, teman dan saudara mara saya yang sebaya dengan saya sudah meninggal dunia, dan yang masih hidup pula mengalami berbagai penyakit, seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Ilmu pengetahuan peninggalan nenek moyang kita tidak kompleks dan rumit. Ianya straight forward dan berkesan. Ia sangat mustajab untuk anak cucu, tetapi ramai orang kita yang tidak tahu. Ini disebabkan kita ambil identiti orang lain.
Saya bersedia menurunkan ilmu pengetahuan dan formula ini kepada sesiapa yang berminat dengan syarat mesti balik ke pangkal jalan sebagai orang Malayu/Malai/Malay. Orang Malayu/Malai/Malay mempunyai tiga prinsip hidup utama, iaitu 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, dan 3) Tidak boleh mungkir janji. Jika anda mempunyai sifat-sifat ini, barulah saya boleh berikan ilmu pengetahuan dan formula Jurus Strum ini. Jika berminat, sila hubungi saya: drilyasmy@yahoo.co.uk atau H/P: 012-9516012

No comments:

Post a Comment