Pages

Popular Posts

Popular Posts

Total Pageviews

Popular Posts

Tuesday, May 31, 2011

Formula Jurus Strum

Jurus Strum merupakan perkataan Malayu/Malai/Malay Purba yang boleh ditakrifkan sebagai "Tuju Terus Daerah Refleksi." Ia membawa erti urut atau picit ke daerah refleksi tubuh badan manusia, khasnya pada bahagian tangan dan kaki (untuk organ-organ dalaman). Kawasan-kawasan di telapak tangan dan kaki adalah titik pusat urat-urat saraf dan anggota dalam bagi tubuh badan manusia. Tiap-tiap titik tersebut mempunyai hubungan dengan organ-organ tertentu di dalam tubuh badan. Untuk pengetahuan bahawa daerah refleksi ini sebenarnya terdapat di seluruh tubuh badan manusia, tetapi titik pusatnya 40% berada pada bahagian telapak tangan dan 60% berada di bahagian kaki (tapak dan jari).

Mengurut atau memicit secara Jurus Strum daerah-daerah refleksi akan melancarkan perjalanan darah dan memecahkan segala halangan di saluran darah dan jantung. Rawatan tradisional ini mempunyai kaedah-kaedah tersendiri yang rahsia daripada pengetahuan kebanyakan orang. Pada zaman dahulu tidak ada hospital dan klinik seperti di zaman sekarang. Jurus Strum merupakan suatu ilmu pengetahuan purbakala Orang Malayu/Malai/Malai (sebelum berpecah menjadi suku-suku, seperti Jawa, Sunda, Minang, Bugis, Banjar, Batak, Iban, Kadazandusun, Khmer, Filipino, Aceh, Melayu, dsb. Ilmu ini adalah melalui "rasa" yang pengamal dan pesakit sahaja dapat mengalami dan mengetahuinya. Ia merupakan kaedah-kaedah saintifik tersendiri yang tidak dapat dicapai oleh ahli-ahli perubatan (doktor) moden yang hanya berteraskan pada sistem-sistem perubatan yang dipelopori oleh orang-orang Yunani (Greek Purba).

Walaubagaimana pun, khasiat dan faedah melalui urut/formula Jurus Strum adalah terbukti dengan nyata kepada para pesakit. Yang paling unik tentang formula ini adalah anda sendiri boleh melakukannya seorang diri dengan mengurut atau memicit-micit daerah refleksi di tangan dan kaki anda tanpa memerlukan tukang urut, dan ia boleh dilakukan tidak kira masa dan tempat. Sebagai contoh: jika anda mengurut jari tengah kaki (jari hantu) anda, ia akan berasa panas di dalam tubuh badan anda. Ini membuktikan bahawa daerah refleksi jari tengah terdapat juga pada jari tengah tangan. Interaksi secara biologi semulajadi ini sangatlah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan manusia.

Jika kita lihat pada binatang, seperti binatang peliharaan (katakan, kucing), ia tidak mengalami sakit otot, deman dan lain-lain penyakit kronik seperti yang dialami oleh manusia. Begitu juga dengan binatang-binatang di dalam hutan. Kenapa perkara ini terjadi? Sebenarnya, binatang memang memahami hukum alam, tetapi manusia mengengkari hal tersebut, dan yang paling malang sekali, manusia terus memusnahkan alam dengan penebangan hutan, meratakan bukit bukau, mengalih aliran air dan pelbagai pencemaran lainnya. Perkara destruktif ini pasti memberikan balasan bala bencana dan malapetaka dahsyat kepada kehidupan manusia itu sendiri dan selain manusia, seluruh kehidupan menanggung risiko musibah tersebut yang menyebabkan berlaku banjir, tanah runtuh, kemarau, penularan penyakit berjangkit dan lain-lain musibah kepada makhluk dan tumbuhan di bumi.

Perubatan dan rawatan tradisional ini lazimnya tidak dapat dihuraikan secara ilmiah (tulisan) mengikut pandangan sains moden. Biarlah kita tinggalkan pandangan sains moden kerana sains moden pun tidak dapat menyelesaikan pelbagai penyakit yang dialami oleh manusia di zaman ini. Apa yang penting kepada para pengamal perubatan moden adalah faedah-faedah komersial yang berteraskan kepada ubat-ubatan dan rawatan mereka yang mahal. Itu sebab pusat-pusat perubatan moden menjadi "pusat penyembelihan" para pesakit. Yang paling anehnya, mereka memandang cara dan kaedah perubatan serta rawatan tradisional sebagai telah ketinggalan zaman. Namun begitu, jika kita buat kajian ke atas sejarah manusia, adakah manusia di zaman dahulukala mendapat perubatan dan rawatan moden? Sebenarnya, cara dan kaedah perubatan dan rawatan moden adalah sesuatu yang diambil daripada tradisi zaman dahulu, dengan adaptasi berteraskan komersial dan keuntungan tinggi.

Perubatan dan rawatan tradisional adalah berteraskan kepada alam semulajadi. Sebenarnya, jika manusia mahu mengikut apa-apa jua kehendak alam, berjalan "kaki ayam" (tidak berkasut) di atas tanah adalah yang terbaik disebabkan daerah refleksi yang terdapat di bawah tapak kaki akan tertekan hingga bergerak fungsi titik-titik pusat urat saraf yang membolehkan tubuh badan diedari oleh darah secara semulajadi. Oleh kerana di zaman moden ini semua orang memakai kasut, peredaran darah pada kakinya terhimpit dek kasut yang mengurangkan kelancaran peredaran tersebut. Jikalau terlalu lama berjalan dengan memakai kasut, kaki akan mengalami sejuk kerana pengaliran darah tersekat. Lebih teruk lagi, kaki orang yang berjalan jauh dengan memakai kasut akan terkekang yang mengakibatkan peredaran darah di kakinya berkurangan dan lama kelamaan ia membahayakan kesihatan orang itu.

Tubuh badan manusia dapat berfungsi dengan normal adalah melalui urutan. Seperti kereta yang sudah bergerak ribuan kilometer, perlu diservis dengan menukar minyak hitam dan berbagai komponen lainnya, manusia pun serupa, iaitu perlu kepada "servis" juga. Bagai manakah cara "servis" terhadap manusia? Adakah dengan cara suntikan jarum ubat ataupun dengan pembedahan? TIDAK. Ianya dilakukan dengan urutan/picit/ tradisional. Di sini peranan formula Jurus Strum sangat penting bagi manusia untuk mengembalikan kelancaran peredaran darah di dalam tubuh badan manusia. Setiap orang tubuh badan itu memerlukan darah bersih yang dipam oleh jantung disebabkan darah adalah agen yang membawa zat makanan utama yang diperlukan, seperti oksigen, hormon, antibiotik, vitamin, dan lain-lain. Selain daripada fungsi tersebut, darah juga sebagai agen pembawa keluar kotoran yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, jika salah satu orang tubuh badan mengalami sakit, ia memerlukan peredaran darah yang lancar bagi membantunya menyembuhkan penyakit itu. Jika peredaran darah semakin lancar, bertambah sihatlah tubuh badan anda.

BALIKLAH KE FORMULA NENEK MOYANG UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN TUBUH BADAN ANDA SUPAYA ANDA DAPAT HIDUP SIHAT WAL'AFIAT, BAHAGIA, AMAN DAMAI DAN MAKMUR. IKUTILAH FORMULA JURUS STRUM.

No comments:

Post a Comment